Cendawan atau mushroom adalah sejenis tumbuhan spora (kulat) yang tumbuh di atas tanah atau menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat nutrien daripadanya. Selain daripada tumbuh semula jadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan d ibiakan. Bentuk cendawan adalah pelbagai tetapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.
Cendawan membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan dan dikatakan ada beberapa jenis cendawan yang mempunyai nilai dan permintaan yang amat tinggi di pasaran. Terdapat pelbagai jenis cendawan dan antara jenis yang agak popular ialah sepertiCendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalon. Cendawan Enokim Cendawan Ganoderma Lucidum, Cendawan Butang, Shitake, Kulat Kukur dan banyak lagi.
Cendawan Sebagai Snek Makan Malam
Bagaimana apabila kita dipanggil pada waktu tengah malam oleh seseorang dan beliau mahu memakan snek sebagai pengalas perut yang lapar. Malam sudah lewat dan perut terasa lapar dan anda mahu menyediakan satu hidangan dengan cepat dan jangan pula membakar kentang kerana ia tidak menyihatkan untuk dimakan pada waktu malam. Apa kata anda membakar bahan masakan ini iaitu cendawan shitake atau apa-apa jenis cendawan yang serupa dengannya yang berada di dalam peti sejuk di rumah anda. Resepi ini sangat mudah. Dalam masa satu minit, ia sudah boleh dihidangkan atau dibawa pergi. Dan semua orang boleh menyediakannya.
Ambil beberapa cendawan shitake atau lain-lain cendawan segar dan bersihkan.
Ads
Potong kakinya dan letakkan cendawan ini secara terbalik di atas aloi yang dibalut dengan pembalut aluminium.
Renjiskan sedikit kicap soya manis atau kicap soya cair ke atas cendawan itu.
Letakkan kepingan keju di atas cendawan dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu tinggi selama 1 minit.
Setelah selesai 1 minit, keju akan mencair di atas cendawan dan baunya amat menyelerakan.
Resepi ini sangat mudah dan lazat. Cendawan lebih berzat untuk dimakan sebagai snek dari makanan lain di waktu malam. Cubalah sendiri resepi mudah ini di rumah. Jangan lupa membeli cendawan yang segar di pasar!
Ads
Kenapa Cendawan Penting?
Kenapa cendawan perlu ada dalam menu diet anda? Jom semak 4 manfaat yang anda perolehi dengan pengambilan cendawan secara konsisten.
1. Kaya Dengan Vitamin D
Fenomena jerebu yang melanda negara kita mencatatkan penurunan paras vitamin D yang penting untuk sistem tubuh. Jadi, sekiranya tiada makanan tambahan (suplemen) atau cahaya matahari yang suram, pengambilan cendawan adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan tahap vitamin D. Hal ini kerana, cendawan merupakan satu-satunya sumber makanan berunsurkan sayuran yang lazat dan kaya dengan vitamin D (tindak balas yang terjadi dalam cendawan mampu menukarkan ergosterols kepada vitamin D apabila terdedah kepada cahaya).
2. Membaiki Sistem Imun Badan
Selain itu, cendawan juga merupakan sumber vitamin B yang baik dan memainkan peranan penting dalam sistem saraf serta dapat membantu memberikan tenaga dengan memecahkan protein, lemak dan karbohidrat. Betaglucans yang hadir dalam cendawan juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imunisasi seseorang terutamanya bagi mereka yang alergi terhadap sesuatu makanan. Manakala zat selenium dan ergothioneine pula membantu dalam melindungi sel-sel kita daripada rosak yang disebabkan oleh penyakit kronik.
Ads
3. KATAKAN TIDAK PADA OBESITI
Siapa yang tidak mahu badan kurus, ramping, cergas dan sihat, bukan? Malaysia dikatakan antara negara yang mempunyai penduduk obesiti yang tertinggi di Asia. Mungkin ada di kalangan kita yang telah cuba bersenam dan kawal nafsu makan, tetapi berat tidak juga turun-turun.
Nah, ini ada berita baik! Mungkin dengan pengambilan cendawan boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Menurut kajian, ekstrak cendawan boleh membantu melawan obesiti. Sebenarnya ekstrak ini telah lama digunakan dalam amalan perubatan tradisional Asia lebih 2,000 tahun dahulu. Ianya dikatakan mempunyai keupayaan untuk melindungi tubuh daripada peningkatan berat badan yang melampau, di samping mengelakkan radang yang disebabkan oleh obesiti dan sistem metabolik yang tidak berfungsi dengan baik (metabolisme yang sangat rendah). Kajian yang dilakukan ke atas tikus gemuk ini memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan.
Cendawan juga mempunyai rasa yang seakan-akan daging ayam. Jadi, bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan amat digalakkan untuk menggantikan daging ayam dengan cendawan.
Bagi penggemar cendawan, tumbuhan spora ini enak jika dicampur bersama ke dalam masakan bergoreng, pai mahupun yang berkuah seperti sup. Kalau sukakan kelainan, dengan mencampurkan cendawan ke dalam kerabu atau salad juga nampak lebih menarik, bukan?
4. Kulit Lebih Anjal
Cendawan mengandungi pelembap yang dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas. Pengambilan secawan cendawan dikatakan mengandungi 25 peratus daripada zat mineral dan menjadi agen antioksida yang mampu membantu menyelamatkan kulit anda dari selaran matahari (sunburn), mengekalkan keanjalan kulit, di samping membantu mencegah dari mendapat kanser kulit
Resipi mudah homemade Sup Cendawan Sihat dari Dapur Brian!
Sumber: bldaily
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tercari-cari resipi MakaroniKeju Bakar yang sangat sedap tapi mudah untuk dihasilkan. Resipi perkongsian saudari Abby Razi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Sesuai dijadikan sajian makan malam atau dihidangkan di sebarang majlis keraian.
RESIPI MAKARONI KEJU BAKAR
BAHAN-BAHAN:
200gm makaroni
1/2 cawan keju Parmesan cheese | diparut
BAHAN SOS PUTIH:
1/4 cawan mentega
2 cawan keju Cheddar | dicincang
3 cawan susu penuh krim/susu segar
2 1/2 sudu makan tepung serbaguna
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam sebagai perasa
BAHAN SOS MERAH:
Sedikit mentega untuk menumis
1 biji bawang besar Holland | dipotong dadu
1/2 cawan daging cincang
1 cawan tomato ceri | dikisar
1/2 cawan cendawan butang | dihiris halus
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan sos putih, cairkan mentega di dalam kuali. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga menghasilkan roux.
2. Masukkan susu dan kacau sehingga sebati. Tambahkan keju. Masak guna api yang perlahan dan kacau sehingga keju cair semuanya.
3. Masukkan lada hitam dan sedikit garam. Kacau rata dan ketepikan.
4. Bagi menyediakan kuah merah, cairkan mentega dan tumis bawang sehingga kuning.
5. Masukkan tomato ceri dan daging cincang. Kacau hingga daging masak.
6. Tambahkan sos cili, sos tomato, garam dan lada sulah secukupnya. Masukkan juga cendawan. Kacau hingga semua bahan masak dan sebati.
7. Untuk menyediakan Makaroni Keju Bakar, masak makaroni mengikut langkah-langkah yang dinyatakan pada bungkusan. Kemudian, toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan ia terlebih masak.
8. Sapukan mentega pada loyang kemudian masukkan makaroni dan kuah putih. Gaul hingga rata.
9. Tabur keju parmesan dan tuang kuah merah diatasnya. Ratakan. Tabur lagi keju parmesan dipermukaan.
10. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 175C selama 30 minit.
Bubur Lambuk cukup sinonim dengan bulan Ramadan. Ia adalah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan menjadi pilihan ramai bila tibanya waktu berbuka. Hidangan ini juga menjadi simbol penyatuan masyarakat dimana ia biasanya dimasak di dalam kuantiti yang banyak secara bergotong-royong dan diagihkan kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang dan peringkat usia.
Terasa nak masak Bubur Lambuk yang enak untuk keluarga? Resipi Bubur Lambuk Campbell’s ni antara yang terbaik. Hanya menggunakan beberapa bahan yang ringkas dan cara memasak pun paling mudah. Tak perlu tambahan santan hanya guna Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s je. Rasa sedap pun tetap sama. Jom cuba resipi dibawah ni!
RESIPI BUBUR LAMBUK CAMPBELL’S
Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 45 minit
Hidangan: 5 orang
BAHAN A (TUMISAN):
4-5 sudu besar minyak sayuran
½ batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar (bombay) – dicincang
4 ulas bawang putih – dicincang halus
2 inci halia – dicincang halus
1 helai daun pandan – potong 1 inci
2 batang serai – diketuk
BAHAN B:
1tin (420gm) Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s
2 liter air
1/2 cawan beras – cuci dan tos
100gm daging kisar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
BAHAN C (SAMPINGAN):
Lobak masin cincang
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk saiz melebihi 5 liter.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga bau harum. Kemudian tuangkan air dan masukkan beras.
Masak sehingga beras kembang menjadi nasi. Setelah beras kembang dan menjadi nasi, pastikan nasi sentiasa dikacau (tip: proses ini bukan sahaja mengelakkan nasi didasar periuk menjadi hangus tetapi ia juga mempercepatkan proses menghancurkan nasi menjadi bubur).
Seterusnya setelah nasi menjadi hancur hampir sepenuhnya, masukkan 1 tin (420gm) Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s dan kacau sehingga bubur hampir pekat.
Perasakan bubur dengan garam dan lada sulah.
Hidangkan bubur didalam mangkuk bersama bahan hidangan sampingan.
JOM DAPATKAN BUBUR LAMBUK SECARA PERCUMA!
Nak rasa macam mana sedap bubur lambuk dimasak dengan Sup Pekat Krim Cendawan Campbell’s ni? Ha…Datanglah beramai-ramai ke Program Rasa Bubur Lambuk Mega yang bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor pada 25 Mei 2019 nanti.
Acara yang dijalankan secara bergotong royong ini bakal melibatkan barisan chef, selebriti terkenal, Hero Remaja, Dewi Remaja, organisasi kerajaan, NGO, organisasi swasta, para pelajar IPTA & IPTS, kariah masjid dan juga anggota-anggota badan beruniform.
Sebanyak 5,000 bungkus Bubur Lambuk akan diedarkan kepada orang ramai bermula jam 5.00 petang. Jadi jom bawa keluarga ke Program Rasa Bubur Lambuk Mega dan nikmati keenakan berbuka puasa beramai-ramai bersama Bubur Lambuk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Di musim PKP ni, pelbagai resipi sedap muncul di layer FB setiap hari. Salah satunya ialah resipi Creamy Crab Croquette viral perkongsian saudari Khyra Amanda ni. Cara membuatnya sangatlah mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hasilnya pun sangat meneylerakan. Sesuai sangat dijadikan kudapan untuk anak-anak. Jom cuba. Macam best je.
1.Rebus filamen ketam seketika. Kemudian hiris halus dan masukkan bawang merah yang telah didadu dan juga hirisan daun bawang ke dalam mangkuk.
2. Gaul semua bahan hingga rata dan masukkan kiub pati ayam. Gaul lagi hingga kiub tadi hancur dan sebati. Ketepikan.
3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga pekat.
4. Kemudian masukkan sedikit susu penuh krim. Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
5. Tambahkan bahan campuran filamen ketam tadi. Gaul hingga sebati dan rata. Angkat dan ketepikan.
6. Cubit adunan dan bulatkan. Kemudian celup ke dalam bancuhan telur diikuti dengan serbuk roti. Ulang proses ini 2 kali supaya bebola jadi lebih padat dan tidak pecah.
7. Sejukkan Croquette di dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Ia bertujuan supaya ia senang digoreng dan tidak lembik.
8. Untuk memasak, panaskan minyak hingga betul-betul panas dan goreng hingga kuning keemasan.