Bila pergi ke restoran cina muslim, memang sedap makan dumpling ayam yang lembut dan penuh dengan isi.
Sebenarnya, mudah je nak buat dumpling ayam ni. Bila buat sendiri di rumah, boleh letak inti di dalam dengan kesesuaian isi yang disukai. Isi ayam boleh diganti dengan udang ataupun daging.
Resipi yang dikongsikan Fauziah Gee ini, sesuai untuk disediakan buat hidangan sekeluarga.
DUMPLING AYAM
BAHAN UNTUK KULIT:
500gm tepung gandum – beli online di sini 150gm air panas 1 sudu teh garam halus (dimasukkan ke dalam air panas tadi & dikacau)
Dapatkan La Vinnce Blue Diamond Gas Stovedengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tuang air panas sedikit demi sedikt ke dalam tepung. Kacau guna sudu dahulu. Kemudian, boleh gunakan tangan dan uli sehingga menjadi doh. 2. Uli lagi sehingga tak melekat di tangan. Saya tambahkan 2 sudu teh air panas. Pastikan doh tidak terlalu lembik atau keras. 3. Dah siap uli, tutup dan rehatkan selama 1 jam. Selepas direhatkan, potong doh menjadi empat bahagian.
4. Kemudian, leperkan sedikit. Salutkan doh dengan tepung jagung atau kanji. Canaikan dulu sebelum menggunakan noodle maker nanti. 5. Dengan noodle maker, setkan pada level satu dan canaikan semua doh. Kemudian, lipat doh bahagian kiri dan kanan ke tengah dan canai lagi sekali menggunakan noodle maker.
6. Kemudian, setkan pada level dua dan canaikan semua doh hingga selesai. Selepas itu, tukar kepada leve tiga dan canaikan lagi doh sehingga siap. 7. Tukar lagi kepada level empat dan canai lagi. Kalau doh panjang, boleh lipat dan canai lagi. Saya canai sehingga akhir sekali kepada level lima. 8. Kemudian, canai rata dan tekap menggunakan acuan bulat. Saya guna acuan bulat berukuran lapan cm. Untuk lebih jelas. boleh rujuk video di sini.
BAHAN UNTUK INTI:
413g isi ayam | dikisar halus 60g tomato | dicincang 35g bawang besar | dicincang – beli online di sini 10g bawang putih | dicincang – beli online di sini 2 sudu teh sos tiram – beli online di sini 2 sudu teh minyak bijan – beli online di sini 2 sudu besar daun bawang | dihiris 2 cubit serbuk lada hitam ½ kiub pati ikan bilis @ pati ayam maggi | dihancurkan ½ sudu teh garam halus 1 biji telur gred B
Dapatkan Telaga Biru Siri Tafsir Minidengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan dan sebatikan saja. 2. Wrap plastik dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit. 3. Bila bahan inti dah sedia, saya gunakan acuan karipap untuk balut inti di dalam kepingan doh dumpling.
4. Letak inti di tengah dan rapatkan. Pastikan guna air di sekeliling doh sebagai gam untuk doh melekap dengan cantik dan rapat. 5. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada dasar bahagian alat pengukus. 6. Susun dumpling sudah siap di dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
Ads
BAHAN UNTUK SOS DUMPLING:
2 sudu besar kicap pekat ABC – beli online di sini 2 sudu besar cuka – beli online di sini 2 sudu besar air suhu bilik 2 sudu teh minyak bijan 1 sudu besar minyak cili bawang putih Sedikit daun bawang | dihiris Sedikit bijan putih
CARA MENYEDIAKAN:
Satukan semua bahan ini dan sebatikan saja.
MINYAK CILI BAWANG PUTIH:
7 ulas bawang putih | dicincang 3 sudu makan chili flakes 2 cawan teh minyak masak – beli online di sini 1 sudu teh maggi cukup rasa
Ads
Dapatkan Promax 4 in 1 Portable Jump Starterdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak. Bila minyak betul-betul panas, tutup api, masukkan bawang putih. 2. Bila bawang putih sudah keperangan, masukkan chili flakes. Kacau sekata dan sejukkan. 3. Bila sudah sejuk, boleh masukkan ke dalam botol untuk kegunaan.
Dek kerana kes keracunan makanan yang berlaku di Terengganu baru-baru ini, nama Puding Buih jadi popular pula. Kalau betul pengendalian waktu masak, mustahil berlaku kejadian keracunan hingga menyebabkan 99 orang dengan satu kematian.
Nak segar dan selamat jom kita belajar buat sendiri. Yang penting telur bila dah dipecahkan tak boleh dibiarkan terdedah lama, terutamanya meringue (putih telur yang dikacau gebu juga tak boleh dibiarkan diluar lebih daripada empat jam.
Ni resipi yang dikongsikan dalam FB Meong. Makan dingin memang nyaman dan sedap. Siap ada kuah kastad lagi terjamin super sedap.
PUDING BERKUAH KASTAD SIMPLE
BAHAN-BAHAN :
.
Bahan puding : 1 bungkus agar2 tali (20gm) 1 liter air 1/2 cawan gula 5 biji telur (asingkan kuning dan putih) 2 biji kuning telur I sudu kecil esen vanila Pewarna merah jambu (ikut la nk warna apapun)
Bahan kuah kastard : 1 tin susu sejat 1 1/2 tin air (guna tin susu sejat) 1 sudu besar kastad 3 biji kuning telur 4/4 cawan gula 1sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula didihkan air, dah mendidih masukkan agar2 tali. Kacau sehingga agar2 betul2 larut. Kemudian sejukkan.
.
2. Asingkan kuning dan putih telur. Usah keliru, telur memang 5 biji saja. Tp ni ada sebiji yang kembar ni.telur gred jumbo ni mmg selalu ada telur kembar, nasib nasib aje ni, kata empunya resipi,
.
3. Masukkan telur putih dlm bekas lain, putarkan dengan kelajuan maximum sehingga telur putih tu jadi kembang dan meringue
6. Kemudian masukkan gula,esen vanila, putar lagi sampai sebati dan gebu.
.
7. Lepas tu dgn perlahan masukkan larutan agar2 tadi. Pastikan larutan dah sejuk tau.Jgn letak panas suam nanti buih tak menjadi,kemudian sambung putar
.
9. Masukkan pewarna. Putar lagi hingga betul2 sebati.
.
10.Dah selesai,Masukkan dalam acuan. 11.Masukkan dlm peti ais. 12.Sementara tunggu puding mengeras dan betul2 sejuk,kita buat kuah kastard pulak .
.
13.Masukkan semua bahan kuah kastad dlm periuk.. Tapi utk tepung kastad tu lebih baik larut dlm air sikit..baru curah dlm periuk. 14.Panaskan sehingga mendidih,jgn berhenti kacau sbb dia cepat hangit.. 15.Dah mendidih dan bau wangi,tutup api. Tapi pastikan korang kacau lagi. Sehingga kurang buih, lepas tu boleh sejukkan. 16.Puding dah sejuk..kuah kastard dah sejuk, sedia dihidang
. Nyaman tekak bila makan ni, super sedap dengan kuah kastad. Cubalah…
Tapai Pulut antara juadah istimewa orang Melayu yang boleh ditemui di mana-mana sama ada pada majlis jamuan atau dijual di restoran sebagai hidangan sampingan.Rasa tapai pulut yang manis selain lembut adalah ciri-ciri tapai yang berkualiti tinggi dan menepati rasa diinginkan. Apa kata kita cuba buat sendiri Tapai Pulut? Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Lind Razak
RESIPI TAPAI PULUT MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut – beli online 1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh) – beli online Bekas dadih/daun getah/daun pisang
CARA MEMBUAT:
1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum selama 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik. (boleh sahaja tidak alihkan pulut ke dalam bekas, siramkan air terus dari pengukus).
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)
6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7. Bila pulut sudah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut).
8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9. Susunkan ke dalam bekas sesuai.
10. Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, baru tengok tapai itu ye.
11. Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ini sedap makan sejuk sejuk. Tapai manis dan berair.
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap!
Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
BAHAN GULAI AYAM:
4 biji bawang bombay
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kerutub
Kacang panjang secukupnya – potong
Terung – potong kecil
Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
1 kerek manisan / gula melaka
2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.
AYAM GORENG HARUM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
2 sudu teh garam
2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
Angkat dan toskan minyaknya.
SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
2 inci belacan
1 biji bawang besar – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
Limau kasturi secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!