Kata orang kalau nak sayur sedap dan rasa segar, ia kena masak cepat dan menggunakan api besar. Lepas tu hidang panas-panas memang sedap, kena pula dengan campurannya. Berikut RASA kongsikan 3 menu sayur yang korang boleh masak secara ekspres dan hasilnya tidak mengecewakan. Cubalah dulu mana-mana satu yang korang berkenan ye…

Ini 3 Menu Sayur Masak Ekspres Hasilnya Sungguh Sedap .
PAK CHOY BERSAMA FISH CAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:

  • 2 pokok sawi Pak Choy | potong dua
  • 2 batang fish cake | potong dua hiris memanjang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 biji cii merah | hiris memanjang halus
  • 2 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
2. Masukkan hirisan fish cake, kacau seketika, masukkan Pak Choy, kacau rata tambahkan hirisan cili dan sos tiram.
3. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.

IKLAN

Ini 3 Menu Sayur Masak Ekspres Hasilnya Sungguh Sedap .
TUMIS KACANG PANJANG BERSAMA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 10 batang kacang panjang | potong 4cm
  • 150gm daging kisar
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji cili padi | hiris
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, kacau rata hingga bertukar warna.
3. Seterusnya masukkan kacang panjang dan cili benggala, kacau hingga kacang layu.
4. Perasakan dengan sos tiram.
5. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

IKLAN

Ini 3 Menu Sayur Masak Ekspres Hasilnya Sungguh Sedap .
TUMIS KACANG BOTOL BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:

  • 6 batang kacang botol | hiris serong
  • 150gm hirisan daging rebus
  • Sedikit hirisan cili Benggala Merah
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau rata diikuti dengan kacang botol dan hirisan cili Benggala.
3. Apabila sayur layu, perasakan dengan sos tiram.
4. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI