Resipi puding, antara yang senang untuk dibuat dan tak memerlukan banyak bahan. Namun bagi Muhammad Ali, perkongsian resipi puding 3 layer ini, sangat cantik dan kemas.
Menunjukkan 3 lapisan berbeza warna dan rasa, langkah-langkah menghasilkan puding ini sangat mudah dan simple.
3. Masukkan oreo crumbs bila puding dah suam-suam sikit (optional). Terpulang nak masukkan berapa banyak. Dalam resipi ni, oreo memang tak nampak di bahagian tepi. Tapi nampak di bahagian bawah. Boleh rujuk gambar.
4. Sebab saya nak bagi putih tu nampak kosong, baru cantik dan ngam masuk dengan layer-layer di atas. Kalau nak nampak oreo pada layer, ambil biskut oreo patah-patah kecil dan masukkan masa puding dah hampir keras. Maksudnya dia baru separuh keras.
5. Dah masukkan dalam layer pertama. Setkan suhu bilik. Jangan risau dia akan set sementara kita buat layer seterusnya. 6. LAYER KEDUA: Masukkan 3 cawan air + 8gm agar-agar tali. 7. Biarkan mendidih, dan mendidih baru masukkan 130gm susu cair + 40gm gula + 50gm cadbury + 1 sudu makan serbuk koko.
8. Kacau dan biarkan mendidih. Dah mendidih off api dan masukkan perlahan-lahan ke atas layer pertama yang dah set tadi. Biarkan ia set suhu bilik sementara buat layer terakhir.
9. LAYER KETIGA: Masukkan 3 cawan air + 8gm agar-agar tali. Biarkan mendidih, dan mendidih baru masukkan 130gm susu cair + 40gm gula + 3 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
10. Dah sebati, masukkan 150gm dark chocolate. Bila dan mendidih tutup api. Masukkan perlahan-lahan ke atas layer kedua tadi.
11. Setkan 40 minit suhu bilik, baru masukan dalam peti selama 3-4 jam. Dah siap, boleh deco ikut kreativiti masing-masing. Saya tabur serbuk koko baru cantik.
Pernahkah anda cuba resipi-resipi dari tiktok? Kalau rasa sangsi, anda boleh cuba resipi ni. Menurut saudari Har Ryea resipi Nasi Goreng ini diperolehi dari Tiktok malah tidak tahu namanya. Bila dicuba, ditambah pula dengan sotong, memang enak rasanya. Wow…Lepas ni kalau buka media sosial dan nampak resipi-resipi menarik, jangan ragu-ragu untuk mencuba. Mana tahu kena dengan selera anda.
RESIPI NASI GORENG TIKTOK
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi 2-3 ekor sotong – hiris 2-3 biji bawang merah – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – beli online disini 1-2 biji cili merah Sedikit cili padi hijau Segenggam ikan bilis – beli online disini 2 biji telur Garam dan perasa secukupnya Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah dan sedikit cili padi hijau hingga lumat. Cili boleh diubah ikut kepedasan masing-masing. 2.Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing kemudian ketepikan seketika. Pecahkan telur.
3. Bila telur sudah masak sedikit, hancur-hancurkan telur tu. Ketepikan juga.
4. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis hingga wangi dan sedikit garing.
5. Masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit serbuk kunyit.
6. Seterusnya masukkan hirisan sotong yang sudah dikeringkn airnye terlebih dahulu. Gaul rata semua bahan agar Bersatu dengan rencah.
7. Akhir sekali masukkan nasi. Kacau rata hingga nasi berwap dan diadun sempurna.
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je. Menurut empunya resipi, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Ibu-ibu memang sukakan masakan mudah dan sedap. Istimewa buat anda RASA kongsikan koleksi resipi lauk pauk menggunakan daging dan ayam yang boleh dimasak setiap hari. Semuanya ringkas dan sedap, malah orang bujang pun boleh cuba masakan mudah ini. Pasti membuka selera anda dan keluarga.
ANEKA RESIPI SAJIAN MASAKAN MUDAH MENGGUNAKAN AYAM & DAGING
1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 batang serai | titik
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Ayam cuci bersih dan tos.
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis hingga naik bau.
Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Kecilkan api perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, tutup api.
Ayam kicap sedia dihidangkan.
2. AYAM SERUNDING SERBUK ROTI
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | potong dadu kecil
1/2 cawan serbuk roti
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
6 ulas bawang putih | cincang halus
8 biji cili padi hiris halus
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
2 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian toskan.
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung yang dicampurkan dengan garam dan lada sulah.
Goreng ayam hingga kekuningan, angkat dan toskan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak bersama mentega, kemudian tumiskan bawang putih bersama cili padi hingga kekuning.
Tambahkan dengan serbuk roti, hirisan daun bawang , daun ketumbar, serbuk pati ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kacau hingga serbuk roti bertukar keperangan.
Masukkan ayam dan tutup api.
Gaul rata, kemudian sedia dihidangkan.
3. AYAM MADU CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi dada ayam | hiris nipis kecil
150gm biji gajus
2 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1/2 bji bawang Holland | dadu besar
5 tangkai cili kering | hiris 2-3cm
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus memanjang
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sediki garam dan serbuk lada sulah.
Panaskan minyak, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula buah gajus hingga kekuningan diikuti dengan cili kering. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia hingga wangi.
Kecilkan api, masukkan madu, sos tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, biji gajus dan cili kering.
Perasakan dengan garam dan minyak bijan, kemudian kacau rata.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
4. DAGING GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis & ketuk
Sedikit hirisan cili Benggala merah
Sedikit hirisan cili Benggala hijau
4 biji cili padi | hiris memanjang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging seketika, angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan daging, masukkan hirisan cili padi dan cili Benggala.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Tutup api dan daging sedia dihidangkan.
5. DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging rebus | hiris nipis
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos tomato
3cm halia muda | hiris halus memanjang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dengan hirisan daging.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.
6. KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging /yang telah dihiris nipis
1 biji bawang besar/dihiris membulat
5 biji cili api/dihiris
1 batang serai/dihiris nipis
2 biji limau kasturi
Kicap lemak manis secukup rasa
CARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.
Gaul rata dan ia sedia untuk dimakan
7. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan sajian masakan mudah ini sedia untuk dihidangkan.
8. AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil, cuci dan tos
2 sudu makan tempoyak
2 batang serai | titik
5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
1 kuntum bunga kantan | jika suka
1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.
9. AYAM LEMON ALA KAK NGAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ayam | potong kecil
100gm tepung serbaguna untuk goreng ayam
1 biji lemon | perah ambil jusnya
1 sudu makan sunquick
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | titik
2cm halia | hiris halus memanjang
5 biji cili padi | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan tepung serbaguna dan perapkan lebih kurang lima minit.
Sementara itu panaskan minyak, kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi. Masukkan pes cili kering kacau rata dan jus lemon, sunquick dan hirisan cili padi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
10. AYAM GORENG BEREMPAH DAUN PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 16
4 helai daun pandan | potong 4-6cm dan siat-siatkan
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukupnya untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
3cm lengkuas
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam kemudian toskan.
Sementara itu, campurkan bahan kisar bersama serbuk ketumbar, kunyit dan jintan manis.
Kemudian masukkan dalam ayam bersama daun pandan dan garam secukupnya.
Gaulkan bahan perapan hingga meliputi semua ayam dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing angkat dan toskan minyak.