Fucuk soya ni memang banyak guna dan sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sayur goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi. Rupanya senang sangat nak hasilkan fucuk ni. Menerusi FB Lemang Biru, beliau berkongsi cara-cara membuat fucuk secara homemade hanya guna air soya. Mudah sangat. Malah kebersihan lebih terjamin dan lebih yakin untuk digunakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT FUCUK SOYA HOMEMADE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Air soya segar – air soya kosong tanpa gula. Untuk lebih mudah, boleh beli air soya (tanpa gula)di pasar malam.
Chopstick secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air soya ke dalam periuk. Panaskan guna api kecil sahaja. Jika guna api besar, air soya akan hangus. 2. Biarkan air soya di dalam periuk tadi memanas. Jangan kacau atau gaul. Biarkan sahaja. 3. Lama kelamaan, pada bahagian atas soya akan terbentuk lapisan berkedut-kedut. Biarkan sehingga lapisan tersebut bertukar dari putih ke warna kekuningan. 4. Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tepi supaya senang lapisan fucuk diangkat nanti. ( boleh rujuk video di bawah). 5. Ambil chopstick dan angkat fucuk tadi. Ulang proses yang sama sampai air soya habis. 6. Keringkan air pada fucuk dan boleh dijemur hingga betul-betul kering. 7. Boleh disimpan dan sedia untuk digunakan dalam masakan. Kredit resipi, video & foto: Lemang Biru / Zaujah Abu Syuhadah (Mama Amal)
Sedapnya capati homemade ni. Bagi anda yang tercari-cari resipi untuk hidangan sarapan yang mudah, sedap dan sihat, resipi capati ini pastinya sesuai buat anda. Cara penyediaannya tidak renyah, lebih mudah berbanding roti canaimalah bahan-bahannya juga mudah didapati. Jom lihat cara-cara penyediaannya.
CARA MASAK CAPATI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung atta
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
2 sudu makan minyak jagung
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung atta, tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Masukkan minyak dan gaul lagi hingga sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.
4. Bulat-bulatkan doh menjadi lima atau enam biji.
5. Leperkan doh menggunakan pencanai dan masak diatas kuali leper.6. Setelah masak, angkat dan nikmati segera. Sedap dimakan dengan kari ayam atau kari daging. INFO CHEF:
Minyak jagung boleh juga digantikan dengan minyak masak, mentega atau marjerin cair.
Bila dicanai, pastikan doh tidak terlalu nipis. Kalau terlalu nipis, bila dimasak capati jadi garing dan keras.
Aneka resipi masakan tradisional negeri Selangor, sedap dan menyelerakan. Setiap negeri mempunyai makanan tradisi yang tersendiri. Tapi, makanan tradisional negeri Selangor ni tak ramai yang tahu.
Jom kita tengok resipi masakan tradisional negeri Selangor yang RASA kongsikan ini!
NASI AMBENG
KOMPONEN:
Nasi Putih
Ayam Masak Semur/Kicap Sambal Goreng Jawa
Serunding Kelapa
Mi Goreng
Ikan Masin Bulu Ayam
Rempeyek Kacang Tanah (pilihan)
BAHAN-BAHAN NASI PUTIH:
5 cawan beras
6 cawan air
1 helai daun pandan – siat & simpul
Cara-cara memasak:
1. Satukan beras, air dan daun pandan di dalam periuk.
2. Masak nasi hingga tanak.
SERUNDING KELAPA
BAHAN-BAHAN A:
1 biji Kelapa parut – putih sahaja 1⁄2 sudu teh gula
1⁄2 sudu teh serbuk kunyit
1⁄2 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering 1 sudu teh ketumbar
1⁄2 sudu teh jintan manis 1⁄2 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan B hingga lumat. Tuang bahan kisar ke dalam kuali. Didihkan beberapa minit.
2. Masukkan semua bahan A lalu kacau sebati.
3. Kacau campuran kelapa dengan api yang kecil hingga masak keperang-perangan dan
kering.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar beserta cili kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan mi kuning, sawi, tauhu goreng, kicap manis, lada sulah dan garam secukupnya.
3. Gaul sebati hingga semua bahan masak sempurna. Sesuaikan rasanya.
AYAM MASAK SEMUR/KICAP
BAHAN-BAHAN A:
1 ekor ayam (tanpa dipotong) – bersihkan 400ml santan
300ml kicap manis
2 helai daun salam
1 batang kulit kayu manis 4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang 1 batang serai – ketuk
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 tangkai cili kering – rebus dan potong 8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2sm lengkuas
2sm halia
3 biji buah keras
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih
SAMBAL GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
2 biji tauhu – potong dadu
2 biji tempe – potong dadu
2 biji ubi kentang – potong dadu
30gram şuhun – rendam & toskan 30gram fucuk – rendam & toskan 100gram hati/pedal ayam – potong kecil 6-8 batang kacang panjang – hiris serong 2 biji cili merah – hiris serong
6 biji bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
2 sudu makan cili kisar
4-5 sudu makan kicap manis
1 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
Cara memasak Sambal Goreng Jawa & Ayam Semur boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:
1 Cawan Tepung Pulut
1 Helai Daun Pandan
2 1/2 Cawan Air
1 Ketul Gula Melaka
3 Sudu Besar Gula Merah
1 Kotak Kecil Santan
Garam Secukup Rasa
Cara memasak boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
Sekarang ni min tengok dah banyak resipi biskut yang senang-senang dan ringkas sahaja bahan-bahan ramuannya. Kalau dulu ada kek Milo ringkas, rupanya biskut Milo tiga bahan pun dah ada.
Jom semak perkongsian resipi dari dapurkakekin ni.
MILO CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
1 pek biskut Marie
1/2 tin susu pekat manis (kalau suka manis boleh letak lebih)
1/2 cawan Milo atau serbuk koko atau Vico/ Ovaltine
*Boleh salut dengan coklat rice atau nestum, kacang tumbuk dan sebagainya
CARA MEMBUATNYA : 1. Hancurkan biskut Marie menjadi ala-ala serbuk roti.
2. Masukkan Milo dan susu pekat manis. Tuang sedikit air panas supaya lebih sebati.
3. Gaul dan bentukkan ikut kesukaan.
4. Nak lebih menarik boleh juga salut dengan chocolate rice, nestum, kacang tumbuk dan sebagainya.
5. Kemudian masukkan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam. Boleh hidangkan. Selamat mencuba!
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...