Kerepek Bawang adalah antara snek ringan yang menjadi kegemaran ramai tidak kiralah tua atau muda. Kalau jumpa yang sedap tu, mulut pasti tak boleh berhenti mengunyah. Sebenarnya nak buat snek ni tak susah mana kalau tahu cara dan resipinya. Nak cuba? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Fais ni.
RESIPI KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH TEPUNG:
2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
1 ulas bawang putih
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan serbuk udang kering (optional)
CARA-CARA:
Kisar bawang besar dan bawang putih tanpa guna air hingga lumat. ( boleh guna pengisar kering).
Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum serta tepung beras sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Tak perlu tambah air sebab bawang besar sudah mengeluarkan air sendiri semasa kisar.
Jika doh masih lembik, boleh tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga doh jadi bulat.
BAHAN DOH MARJERIN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
80gm marjerin
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
CARA-CARA:
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam dan marjerin. Gaul hingga sebati dan berderai seperti serbuk roti.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang bulat.
CARA MENYEDIAKAN KEREPEK BAWANG:
IKLAN
1. Ambil doh marjerin dan doh bawang. Bahagikan setiap satu kepada 3 bahagian atau ikut keselesaan sendiri.
2. Canaikan doh bawang dan marjerin yang dipotong tadi secara berasingan.
3. Letak kepingan doh bawang diatas doh marjerin yang telah dicanaikan tadi.
IKLAN
4. Gulung doh dengan kemas. Ulangi langkah untuk semua doh yang ada. Simpan gulungan doh di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
5. Hiris gulungan doh nipis-nipis. Lebih mudah jika menggunakan pisau tajam.
IKLAN
6. Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng berwarna keperangan.
7. Untuk dapatkan kerepek yang mempunyai effect seperti tudung saji, semasa menggoreng masukkan doh sekeping demi sekeping ke dalam minyak panas. Kacau sentiasa dan jangan goreng terlalu lama. Nanti bawang akan menjadi pahit.
8. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek kekal rangup dalam tempoh masa yang lama.
Sedapnya MiKicap perkongsian saudari Cik Puan Julieta ni. Sesuai sangat untuk anda yang gemarkan sajian makan malam yang sedap dan tak terlalu berat. Cara memasaknya pun sangat mudah. Suami dan anak-anak pasti suka. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MI KICAP MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Mee wantan – boleh guna Mee Kering @ Dried Noodles.
2-3 pokok sawi pak choy
2-3 ulas bawang putih – tumbuk halus
Lada sulah secukupnya
1-2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan minyak bijan
Kicap pekat secukupnya
Garam dan gula secukupnrasa
Air secukupnya
Tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
1-2 keping dada ayam
1 sudu makan kicap masin
1-2 sudu makan kicap manis
Lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun bawang secukupnya – hiasan
CARA MEMASAK: 1. Didihkan air dan celur mi kering dan sawi hingga lembut. Toskan airnya. 2. Perap ayam bersama kicap masin, kicap manis dan lada sulah selama 30 minit. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan. 3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. 4. Masukkan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat. 5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kuahnya agak-agak pekat. Setelah kuah mendidih, padamkan api.
7. Untuk menghidang, ambil mi yang telah di tos tadi. Masukkan ke dalam bekas dan gaulkan dengan sedikit kuah kicap. 8. Masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan hirisan ayam goreng yang tekah dihiris nipis bersama sawi yang dicelur.
9. Tuang lagi kuah kicap tadi dan hiaskan dengan hirisan daun bawang. Sedia untuk dinikmati.
Terasa nak cuba masak Nasi BriyaniUdang di hari cuti ni? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah dan ringkas yang boleh puan-puan cuba. Nampak sedap. Jom cuba!
RESIPI NASI BRIYANI UDANG RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi – dibersih dan rendam 30 minit
5 ulas bawang merah kecil – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
1 inci halia – mayang halus
1 batang serai – dititik
1-2 helai daun bay
5 biji cili padi
1 biji cili merah – dipotong besar
250gm udang besar -dibuang kulit
2 sudu makan rempah biryani
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Rempah 4 sekawan
Kismis dan kacang gajus secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning telur
2 ½ cawan air – untuk masak nasi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.
5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.
Asam Pedas Johor sememangnya berbeza dengan asam pedas negeri lain. Kuahnya yang lebih merah dan pekat berbanding asam pedas Melaka yang agak cair. makan asam pedas macam ni dengan nasi putih dan sambal belacan pun dah cukup.
Satu lagi keistimewaan asam pedas Johor adalah sayur sawi jeruk yang diletak di dalam kuah berbanding sayur bendi atau terung yang biasanya diletakkan dalam asam pedas lain.
Dapat makan masakan ini lepas tu letak kuah banyak-banyak memang sangat menyelerakan. Gunakan ikan merah, ikan besar, ikan jenahak atau pari, semuanya sedap dan membangkitkan selera.
Ada orang suka kuah asam pedas pekat memang terbaik bila gaul dengan nasi putih. Resipi kali ini menggunakan asam keping untuk rasa masam dan halba memberi lebih rasa.
ASAM PEDAS JOHOR
BAHAN KISAR:
Lada kering
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
Udang kering (lebih sedap dari belacan)
1 biji halia (besar ibu jari)
2 biji kunyit hidup (besar ibu jari)
BAHAN TUMIS:
2 batang serai
1 sudu teh halba
BAHAN LAIN:
Daun kesom
Bunga kantan
Asam keping
Tomato
Ikan besar
CARA MEMASAK:
Kisar halus semua bahan kisar.
Panaskan minyak panas. Tumis bahan serai dan halba.
Masukkan bahan yang sudah dikisar halus. Tumis hingga pecah mkinyak.
Perasakan dengan gula.
Masukkan bunga kantan, daun kesom & asam keping. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan pilhan anda.
Akhir sekali masukkan tomato dan biar ikan masak.
Tips nak kuah pekat merah berkilat:
Lebihkan lada kisar untuk pekat.
Lebihkan minyak semasa menumis.
Letak gula semasa tumis lada, gula bantu pekatkan dan cantikkan warna lada jadi lebih merah.
Ikan masukkan bila warna kuah asam pedas dah merah menggelegak, minyak dah naik