Macam-macam cara orang masak sup ekor ada ala mamak, siam ataau sup biasa. Tapi hari ini RASA nak kongsikan masak sup ekor yang memang kaw-kaw rasanya, sekali makan gerenti nak lagi, tak terlalu berlemak, tidak terlalu masam atau berempah. Nak tau caranya ikut resipi ni.

Cara Masak Sup Ekor Kaw-Kaw Sedap & Kurang Berlemak.
.

IKLAN

SUP EKOR

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg ekor lembu | bersihkan
  • 4 cawan air rebusan tulang
  • 2 batang seleri | potong serong
  • 1 batang lobak merah | potong baji
  • 3cm halia | titik
  • 2cm lengkuas | titik
  • 2 batang serai | titik
  • 5-6 tangkai cili padi | titik
  • 1 biji tomata | belah empat
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • 1 bunjut perencah sup tulang
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
  • Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
  • Sedikit bawang goreng | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ekor, selepas mereneh lima minit. Tutup api dan buang airnya.
  2. Masukkan air lain kemudian rebus hngga empuk. Setelah empuk, tutup api dan ketepikan
  3. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas , serai hingga dan perencah sup tulang wangi
  4. Seterusnya masukkan pula rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
  5. Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
  6. Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah tutup api.
  7. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
  8. Hidangkan bersama sambal kicap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI