Sedapnya Ikan Siakap Rebus Thai perkongsian saudari Zat Hernani ni. Lengkap pedas, masam, masin dan manis. Memang cukup rasa. Menurut beliau lagi, nak masak resipi ni cukup mudah. Malah ada 2 cara yang boleh anda cuba. Pertama, anda boleh kukus atau rebus ikan bersama bahan-bahan kuah atau boleh masak ikan secara berasingan dengan kuahnya. Memang kecur liur dibuatnya!
Oh, ada petua. Untuk hasilkan rasa Ikan Siakap Rebus Thai yang lebih enak, masukkan jus perahan limau nipis di akhir masakan. Barulah kuah rasa tidak pahit. Bestkan? Jom cuba!
1. Rebus ikan bersama kicap cair. Masukkan juga akar ketumbar. Jika juga kukus ikan ini kerana rasanya lebih enak. (beli PERIUK KUKUSAN ELEKTRIK disini)
Ads
2. Bila ikan sudah masak, toskan. Angkat dengan berhati-hati supaya isi ikan tidak terlerai. Letak dalam pinggan hidangan.
3. Ambil air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan cili merah, cili hijau & bawang putih yang dikisar kasar. PERINGATAN: buang biji cili supaya tidak memudaratkan kesihatan.
4. Masukkan sos ikan thai. Boleh sesuaikan jumlahnya ikut cita rasa.
5. Kemudian masukkan mushroom sauce. Sos cendawan ni sangat wangi. Biasanya orang Thailand akan guna ketika pesta makan sayur.
6. Masukkan air asam jawa.
7. Masukkan kesemua bahan-bahan perasa. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh lebihkan bahan-bahan ikut selera masing-masing.
8. Tambahkan tomato ceri, daun ketumbar dan jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Resipi dari perkongsian Mamadee, Bingsu merupakan alternatif pencuci mulut yang lebih sihat dan menyegarkan. Bingsu adalah hidangan dari Korea. Sebenarnya topping untuk Bingsu ini anda boleh pelbagaikan dengan pilihan buah-buahan masing-masing. Ada juga yang letakkan kacang merah dan mochi dalam Bingsu. Pendek kata, terserah kepada anda untuk bereksperimentasi dengan hidangan Bingsu ini. Selamat mencuba!
RESIPI BINGSU MANGGA & TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan susu segar |yang dibekukan
1 sudu makan susu pekat manis
CARANYA:
Masukkan kedua-dua bahan ini ke dalam plastik zip bag seperti dalam gambar.
Baringkan plastik tersebut dalam fridge. Biarkan susu tersebut beku.
Setelah susu beku, keluarkan daripada zip bag tersebutdan masukkan kedalam food processor/pengisar untuk parut/ hancurkan susu segar beku tersebut.Setelah susu segar tersebut dah hancur, anda masukkan kedalam mangkuk (gambar seperti dibawah).
Masukkan separuh susu tersebut dalam mangkuk. Kemudian lapiskan dengan buah-buahan pilihan. Letakkan juga cereal seperti cornflakes setelah letakkan buah.
Kemudian penuhkan mangkuk dengan susu segar beku yang telah dihancurkan tadi. Hiaskan dengan buah-buahan pilihan.
Akhir sekali letakkan sedikit susu pekat manis di atas parutan susu segar tadi. Siap untuk dihidang.
NOTA: *Bingsu cepat cair, jadi pastikan anda terus makan setelah Bingsu disediakan
Kali ini RASA ingin kongsikan nasi serai halia. Nasi ini dimasak dengan menggunakan beras basmathi dicampur dengan beras biasa. Ada juga bahan-bahan herba yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Halia misalnya, boleh membantu masalah angin dalam badan.
Menurut empunya resipi iaitu Husna Azlan, nasi ini boleh dimakan dengan pelbagai lauk. Gulai ayam pun sudah cukup untuk menaikkan selera.
"First time buat nasi ni. Sedap sangat sebab tak muak. Ringkas dan mudah juga nak buat. Tak renyah. Lauk boleh pelbagai. Ikut korang nak buat lauk apa. Gulai ayam saja pun dah cukup. Boleh juga kalau nak buat daging masak merah, ayam masak merah, gulai daging, ayam masak ros atau daging palembang," katanya.
NASI SERAI HALIA
BAHAN-BAHAN
6 cawan beras basmathi + beras biasa
Minyak sapi untuk menumis
Rempah 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, cengkih, kayu manis) (BELI DI SINI)
3 ulas bawang merah (BELI DI SINI)
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai (diketuk) (BELI DI SINI)
3 tangkai daun limau purut
1 kiub pati ayam (BELI DI SINI)
Garam
.
.
.
CARA MEMBUAT
1. Basuh beras, letak air secukupnya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah 4 sekawan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut. Tumis sampai naik bau.
4. Masukkan bahan tumisan dalam periuk yang berisi beras tadi.
5. Masuk kiub ayam dan garam.
6. Tekan button On pada periuk nasi. Biarkan masak. (BELI PERIUK NASI ELEKTRIK DI SINI)
.
Selalunya bila teringin makan Putu Bambu mesti beli sebabnya jarang dari kita yang buat putu bambu sendiri, alasannya takda acuam buluh dan acuan ini tidak ada dijual. Jadinya, jalan paling senang beli je dan terus makan. Tapi kalau teringin nak buat sendiri, boleh je walaupun tanpa acuan buluh. Kalau korang nak tahu macam mana, ini cara mudah buat putu bamboo guna acuan biasa. Rasa tetap sedap dan mudah je, asalkan korang ikut tip berikut untuk membuatnya.
Pastikan Tekstur Tepung Beras Lembab Berpasir.
Tepung beras adalah bahan utama Putu Bambu. Goreng sangai tepung beras, kemudian tepung itu dikukus hingga lembab dan dicampurkan dengan air suam dan sedikit garam. Selain air suam boleh tukar dengan susu cair suam untuk tambah perisa. Gaulkan tepung yang dicampur air suam hingga menjadi lembab dan seperti berpasir. Jika terlalu lembik putu akan mudah hancur semasa dikeluarkan dari acuan.
Guna Acuan Aluminium, Silikon & Plastik
Takda acuan buloh, boleh je guna acuan biasa yang dibuat dari aluminium, silikon dan plastik asalkan boleh memuatkan putu dan dikeluarkan dengan sempurna tanpa pecah dari acuan.
Jangan Tekan Adunan Dalam Acuan
Adunan tepung beras yang sudah siap dimasukkan ke dalam acuan. Sukatannya hanya 1/4 dari acuan, kemudian taburkan gula Melaka yang sudah dihancurkan secukupnya. Kemudian tutup lapisan gula dengan satu lai lapisan adunan tepung beras hingga memenuhi acuan. Jangan tekan adunan, bimbang ia akan melekat pada acuam dan boleh menyebabkan tekstur putu menjadi keras.
Pastikan Pengukus Panas.
Rahsia putu cantic, gebu dan tak bantat adalah menggunakan kukus yang panas dan kukus hingga masak. Oleh itu panaskan terlebih air dalam pengukus hingga mendidih ketika dibuka penutupnya. Untuk menambah aroma boleh masukkan 1-2 helai daun pandan dalam air kukusan. Kemudian masukkan acuan berisi adunan putu dan kukus hingga masak. Putu yang dibuat dengan acuan kecil, waktu mengukus lebih kurang 15-20 minit dengan api sederhana.
Bila dah siap bolehlah dihidangkan dengan kelapa yang dan gula. Makan panas-panas dengan secawan kopi memang layan.
Resipi Putu Bambu
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
13 sudu makan a’ir
Gula Melakan Secukupnya
1 helai daun pandan
Secubit garam
Cara Memasak:
Masak aiar dalam periuk besama secubit garam dan daun pandan. Apabila air mendidih dan wangi bau daun padan. Tutup api.
Di dalam mangkuk masukkan tepung beras dam masukkan air suam tadi dan gaul hingga berderai seperti serbuk roti.
Kemudian tapis tepung tadi gunakan penapis jarang dan ayak. Setelah siap masukkan dalam acuan dengan di bahagian tengahnya letakkan gula Melaka.