Bila sebut pasal rendang, aduhai tak usah cakaplah. Terbayang saja dah buat kecur air liur. Makan pula bersama nasi panas, memang tak pandang kiri kanan! Tapi pernah dengar tak pasal Rendang Ikan Bilis? Haa, senang sangat nak buatnya sebab hanya guna 5 hingga 6 bahan sahaja. Nak lagi sedap, makan dengan pulut kuning memang mengancam! Jom kita tengok bagaimana nak sediakan Rendang Ikan Bilis!
RESIPI RENDANG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN: 2-3 genggam ikan bilis – beli online disini 3 sudu besar cili kisar 3 batang serai – dititik 1/2 cawan santan – beli online di sini 2 keping asam gelugur – beli online disini 1 ikat kacang panjang 1 helai daun kunyit – mayang halus 3 biji cili hijau – belah empat Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR: 1 ½ biji bawang besar – beli online disini 7 biji bawang putih – beli online disini Halia, kunyit hidup, lengkuas masing-masing sebesar ibu jari
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan-bahan kisar bersama serai sehingga naik bau, atau naik minyak.
2. Kemudian, masukkan asam keping dan santan. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. 3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Jika sudah elok rasanya, bolehlah masukkan ikan bilis, kacang panjang, cili hijau dan daun kunyit.
Ads
4. Kacau rata, tunggu sehingga kacang panjang sedikit lembut dan bolehlah diangkat serta dihidangkan. Selamat mencuba!
SEDIKIT TIPS: 1. Untuk ikan bilis, memang terdapat pelbagai pilihan jenis ikan bilis yang dijual dengan harga berbeza. Sebaiknya, anda pilihlah ikan bilis yang nipis dan berwarna agak cerah. Nak tahu sebab apa? Dikatakan ikan bilis jenis ini lebih sedap dimakan dan mudah garing dimasak berbanding dengan ikan bilis yang gelap kehitaman.
2. Bawang merah – bahagian ini pun penting juga tau. Dalam banyak jenis bawang merah, seeloknya anda gunalah bawang merah kecil dari India. Ini kerana bawang merah jenis ini dikatakan kandungan airnya kurang dan menjadikan mudah garing apabila dimasak.
Ada pelbagai menu boleh dimasak menggunakan roti dan juga sardin. Bagi anda yang ada kedua-dua bahan ini di rumah, apa kata cuba resipi Roti Goreng Sardin yang dikongsi oleh saudari Elina Kamarudin. Bahan-bahannya cukup mudah dan cara memasaknya pun ringkas sahaja. Sesuai sangat dinikmati pada bila-bila masa.
CARA MASAK ROTI GORENG SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti sandwic – hiris petak kecik 1 tin kecil sardin – lenyek – beli online disini 1 sudu makan cili boh @ cili giling – beli online disini 2 biji bawang merah – hiris 1-2 biji cili hijau – hiris bulat 3 ulas bawang putih -hiris – beli online disini Air – anggaran 1/2 tin sardin 1 pokok sawi – hiris Minyak untuk menumis Secubit garam Gula dan cuka secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga layu.
2. Masukkan cili boh. Tumis lagi hingga cili masak.
3. Kemudian masukkan ikan sardin yang telah dilenyek. Pastikan sos sardin juga dimasukkan bersama. Gaul rata.
4. Bila sardin kelihatan sekata, perasakan dengan garam, gula dan juga cuka dengan secukupnya.
5. Tambahkan hirisan sawi dan juga cili hijau. Kacau lagi.
6. Masukkan air. Gaul semua bahan dan biarkan mendidih.
7. Masukkan hirisan roti. Gaul hingga semua bahan bergaul dengan sempurna.
Sedapnya kalau dapat makan Cendol Santan Gula Melaka sejuk-sejuk. Terasa nak buat sendiri di rumah? Mudah sahaja caranya. Menerusi perkongsian saudari Shida Ambok, beliau mendapat resipi ini dari pekerja kakaknya. Memang sedap dan mudah. Berbaloi untuk buat sendiri. Dapatlah makan puas-puas. Cara membuatnya pun senang sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Lagi berbaloi buat sendiri berbanding beli di kedai. Memang puas makan. Jom cuba resipi Cendol mudah ni. Anda pasti puas hati dengan rasa dan hasilnya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Cendol jika mahu lebih sedap, boleh guna santan dari kelapa parut yang dikisar halus kemudian diperah santannya. (tapi empunya resipi guna santan kotak sahaja)
2. Ambil 1 tin susu sejat kemudian campurkan dengan santan pekat tadi. Sukatan santan adalah 1 tin (Nisbah1:1) – sukat guna tin susu sejat yang sama.
3. Kacau dan campurkan secubit garam untuk menaikkan rasa.
4. Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera ke dalam mangkuk. Lebih sedap jika ditambah ais.
Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Campur Kacang Buncis ni memang sedap. Lauk serba ringkas tapi bila padanannya kena, lauk yang ringkas bertukar menjadi enak dan mewah. Malah tidak perlu masak banyak menu, satu hidangan ini sahaja sudah lengkap. Ada protein dan sayurnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suriani Mohd ini. Anda pasti sukakan rasanya.
ENAKNYA MASAK LEMAK CILI API IKAN KEMBUNG CAMPUR KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN: 6 ekor ikan kembung segar 1 genggam cili api 1 sudu makan serbuk kunyit – lebih sedap guna kunyit hidup – beli online disini 4-5 keping asam gelugur – beli online disini 1 cawan air 1 kotak kecil santan – boleh guna 1 biji santan segar – beli online disini 1 mangkuk kacang buncis Garam secukup rasa Serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat. 2. Masukkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam kuali @ periuk. Masukkan bahan-bahan tumbuk. 3. Tambahkan juga asam gelugur ke dalam kuali.
4. Masukkan air. Buka api dan gaul semua bahan perlahan-lahan hingga sebati. Renehkan seketika. 5. Bila ikan kelihatan sedikit kecut, masukkan santan. Lebih sedap jika menggunakan santan segar yang diperah. Kepekatannya ikut suka sama ada pekat atau cair.
6. Seterusnya masukkan hirisan kacang buncis dan perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya 7. Masak hingga ikan masak sempurna dan kacang buncis juga lembut.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!