Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ni. Bagi yang nak cuba sangat tapi tak larat nak beratur, ni ha..resipi Oden homemade perkongsian saudari Ain Aziz ni boleh dicuba.
RESIPI ODEN HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 paket kecil perencah pes asam pedas
4 sudu makan perencah Tomyam
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya
Bahan-bahan Oden (fish tofu, seafood tofu, dan sebagainya.)
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
Tambah sedikit perasa jika perlu.
Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
Sedia untuk dinikmati.
INFO:
Ads
Jika nak kuah oden yang cair dan tak terlalu pedas, guna 1 paket sahaja perencah asam pedas.
Elakkan letak garam kerana perencah sudah memberikan rasa.
Sebelum letak perasa, rasa dulu kuah dan tambah jika perlu sahaja.
Kredit resipi & foto: IG @cookby_ain / FB Ain Aziz
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Snek ringan yang boleh dijadikan kudapan anak-anak. Orang dewasa pun suka. Walaupun asasnya bawang tetapi bila digoreng, memang tak terasa pun. Malah lebih sedap!
Sudah terbiasa dengan kudapan seperti kerepek pisang, kerepek ubi dan keladi . Apa kata cipta kelainan dengan kerepek labu dengan rasa lemak.
manis. Sekali makan pasti tak boleh berhenti. Boleh ikut resipi yang min kongsi ini.
Boleh buat untuk kudapan minum petang.
Bahan-bahan:
1 biji labu
Penyagat
Minyak untuk menggoreng
Cara memasak
1.Potong labu kecil-kecil.
2.Buang kulit labu ( tinggal yang hijau tu sikit ) jangan kupas terlalu tebal.
3.Sagat nipis nipis ( panjang – panjang )
4.Basuh di bawah aliran air tidak perlu rendam dalam air garam .
5.Jemur dibawah cahaya matahari utk keringkan ( agak -agak kering , anggaran 2-3jam dibawah cahaya matahari yg terik )
6.Goreng dibawah api yg sederhana
7.Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam balang.
Teruja tak kalau orang boleh buat sendiri coklat Ferrero Rocher. Sebenaranya taklah susah sangat untuk buatnya dan bolehlah anda semua jadikannya sebagai juadah raya paling cepat licin balang kuih raya ada. Silap-silap belum sampai petang raya, coklat dah habis. Nak tau macam mana buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah ini:-
COKLAT FERRERO ROCHER BAHAN-BAHAN: 250gm mentega | suhu bilik 150gm gula kastor 1 biji kuning telur 30gm serbuk roti | warna kuning 100gm serbuk badam
100gm tepung jagung
300gm tepung gandum
250gm badam | sangai dan cincang
300gm coklat masak
1 biji putih telur
BAHAN INTI:
300gm Hazelnut | panggang
CARA MEMBUAT:
Ayak tepung gandum bersama tepung jagung.
Kemudian campurkan dengan serbuk roti dan serbuk badam ke dalam tepung. Ketepikan.
Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga kembang.
Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
Bulat-bulatkan doh sebesar guli dan masukkan kacang Hazel di dalamnya sebagai inti, kemudian celup dalam putih telur dan golekkan ke dalam padam cincang.
Letakkan atas dulang pembakar, bakar dalam oven yang dipanaskan pada suhu165C selama 25-30 minit (ikut oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum disalut dalam coklat masak yang dicairkan.
Masukkan dalam coklat masak yang telah dicairkan dengan sedikit mentega, kemudian masukkan dalam papercup.
Biarkan sejuk, baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Roti jala antara hidangan yang sesuai baik untuk makan pagi atau petang. Cicah dengan kuah kari memang gabungan mantap.Bagi yang suka buat roti jala...