Sedap juga jika ikan talapia digoreng garing dan dituang kuah bersos limau. Rasa masam, masin, manis dan pedas yang mampu membuka selera. Balance semua rasa, lagi-lagi bila dapat isi makan yang segar dan sedap. Jom kita ikut resipi yang dikongsi oleh Marina Ismail. Selamat mencuba!
Sesiapa sahaja pasti menggemari resipi yang berkaitan dengan kentang. Apa kata kali ni cuba resipi sambal kentang yang disagat halus dan menghasilkan rasa rangup dan mudah dinikmati bersama dengan nasi, bubur atau ratah sahaja! Memang sesuai di buat stok untuk dimakan pada bulan puasa. Selamat mencuba.
RESIPI SAMBAL KENTANG PEDAS RANGUP
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang size besar
10 tangkai cili kering (boleh tambah) buang biji dan rebus
8 ulas bawang putih
1 sudu mkn udang kering rendam air panas, bila dah kembang toskan airnya
1 batang serai
5 helai daun limau purut hiris halus
4 sudu mkn gula pasir
Garam
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kentang disagat halus kemudian basuh hingga air basuhan jernih supaya tak melekat bila digoreng.
Toskan hingga kering.
Panaskan minyak yg banyak hingga betul2 panas kemudian goreng kentang hingga garing keperangan (kacau 2-3 kali). Angkat dan toskan.
Cili kering, bawang putih, udang kering dan serai diblender guna sedikit minyak (JANGAN guna air) kemudian ditumis hingga naik bau.
Masukkan gula dan garam, kecilkan api.
Masak hingga gula larut, masukkan daun limau purut. Kacau hingga sedikit pekat, rasa masinnya klo kurang tambahkan garam. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
Masukkan kentang goreng & bawang goreng dan gaulkan dgn sambal hingga sebati.
Simpan dlm bekas bertutup rapat
NOTA : Boleh tambahkan kacang goreng dan ikan bilis goreng jika suka.
Buah Melaka atau onde-onde tepung pulut memang dah biasa, tapi Buah Melaka Keledek juga tak kurang sedapnya. Terbayang rasa rasa kenyal dan lembutnya adunan keledek, manis gula Melaka dan lemak kelapa parut. Hemmmm sedapnya. Tapi kalau nak tau, keledek pun boleh buat Buah Melaka. Cara masa sama je, Cuma tepung pulut tukar dengan keledek. Lebih senang lagi, ikut je resipi yang RASA kongsikan ini.
ONDEH-ONDEH KELEDEK BAHAN-BAHAN:
500gm keledek | buang kulit dan kukus
1 cawan tepung | jika kurang tambah lagi
1/4 cawan tepung pulut
1 cawan kelapa parut | gaulkan bersama sedikit garam
Gula Melaka | potong dadu kecil
Sedikit garam halus
CARA MEMASAK:
1. Lenyekkan keledek yang dikukus hingga hancur, kemudian tambahkan tepung gandum dan yang dicampur dengan tepung pulut sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
2. Bulat-bulatkan doh, kemudian masukkan gula Melaka di tengahnya dan bulatkan semula.
3.Didihkan air dalam periuk, apabila telah mendidih masukkan doh yang sudah berisi inti tadi.
4. Setelah timbul angkat dan gaulkan dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Setelah disaluti dengan kelapa, onde-onde sedia dihidangkan atau dibawa sebagai bekal.
Kuih talam keladi ada dua versi, Satu talam dua lapis yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan satu lagi talam keladi berlauk yang juga terkenal di kalangan Cina. Talam keladi berlauk dikenali juga sebagai Woo Tau Goo atau Taro Cake yang bermaksud kek keladi.
Talam keladi berlauk ada tambahan udang kering, minyak bijan dan juga kacang tumbuk yang membuatkan talam ini sungguh istimewa. Ada macam-macam versi kuih talam berlauk ni, ada juga yang meletakkan kicap dan menambahkanan daging cincang atau ayam cincang di samping udang kering.
Resipi talam keladi berlauk ala Cina ni adalah olahan semula oleh Fatimah Jasmin dalam lamannya patsykitchen.blogspot.com dari resipi asal hanieliza.blogspot.com
Ikut citarasa masing-masing, cubalah….
1. TALAM KELADI BERLAUK (Ala Cina)
Foto : patsykitchen.blogspot.com
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung gandum
6 cawan santan | 1 biji kelapa
1sudu kecil garam
Bahan B
2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah cincang
1 pokok daun bawang]
1 pokok daun sup | diracik
2 sudu besar bawang goreng
Bahan C [hiasan]:
3 tangkai cili merah | dicincang
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang | diracik
2 sudu makan kacang tumbuk | digoreng tanpa minyak sebelum tumbuk
2 sudu makan udang kering |goreng garing dan dikisar halus (jika suka ala Cina)
Beberapa titik minyak bijan | jika suka ala Cina
CARA MEMASAK : 1. Panaskan pengukus dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci. 2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk. 3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata. 4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan. 5. Kukuskan adunan selama 30 minit. 6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam. 7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan. 8. Hidangkan.
Info : Udang kering direndam dahulu sebelum digoreng tanpa minyak dan ditumbuk.
2. TALAM KELADI MELAYU
Sumber resipi : Chef Asma
Foto : norazlitaaziz.blogspot.com
Resipi dari dapur yatie , sumber asal Chef Asma.
BAHAN-BAHAN : Bahan Lapisan Bawah :
220 gm tepung beras @ 2 cawan
40 gm tepung ubi @ 3 sudu besar
1 1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air
250 gm keladi |* lebih sikit pun tak apa – buang kulit, basuh, basuh dgn air garam untuk tidak hitam potong kiub dan kukus selama 5 minit. kukus baru timbang
CARA MEMASAK : 1.Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati kecuali keladi 2.Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi 3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10″ x 10″ x 3″ 4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum @ 1 ½ cawan
250 gm gula halus
3-5 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Beberapa titik pewarna ungu
CARA MEMASAK : 1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk 2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah 3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali) Info tambahan :
Kat bawah ni cara bagaimana Norazlita Aziz seperti yang dikongsikan dari lamannya norazlita.blogspot.com mewarnakan keladi.
Keladi yang telah kita potong kiub tu ita gaulkan dengan pewarna unggu. Kemudian ita gaulkan dengan tepung ubi, gaul rata-rata kemudian ayak.
Semburkan dengan air dan kemudian ulang balik langkah tadi iaitu gaul semula dengan tepung ubi lebihan ayak tadi. Kemudian rebus hingga empuk. Masa merebus tu kacau supaya ia tak melekat.
Selepas keladi empuk toskan dan rendam dalam air ais. Siap untuk di letakkan dalam talam.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...