Sedapnya Ayam Goreng ala KFC ni. Kalau makan di restoran makanan segera, pasti mahal harganya. Kini anda boleh hasilkan menu yang seakan sama namun secara homemade. Lebih jimat dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Syakila Nasir ni. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM GORENG ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam | dipotong dua
BAHAN PERAPAN:
1 1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh ajinomoto | optional
3 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung bestari
2 biji telur | letak lebih sikit supaya adunan perapan cair
BAHAN TEPUNG SADUR:
Tepung bestari secukupnya
Tepung beras secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan perapan dan perap ayam seketika. 2. Ambil ayam dan golekkan dalam bahan tepung sadur. 3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
4. Setelah garing, angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati. .
Ads
INFO: Jika ada lebihan perapan ayam tadi, boleh disalut dengan tepung dan goreng. Hasilnya seakan ayam popcorn.
Spagetti seafood aglio olio memang sedap kalau betul cara walaupun masakannya nampak simple. Puan Nurha Muhammad bermurah hati berkongsi resipi yang beliau buat untuk jualan dan ambil order dari rakan-rakan pejabat. Kini tiadah rahsia lagi, wajib cuba!
RESIPI SPAGETTI SEAFOOD AGLIO ALIO
BAHAN-BAHAN:
1 paket spagetti ( saya guna jenama san remo)
1kg seafood (udang & sotong)
1/2 cawan minyak zaitun
1 labu bawang putih dicincang halus
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsely flakes
3 sudu besar chili flakes (kurangkan jika xsuka pedas)
1 sudu teh blackpeper flakes
1 sudu teh garam
1 kiub pati ayam knorr
Tomato ceri
CARA MEMASAK:
1. Rebus air hingga mendidih. Masukkan 1/2 sudu besar garam halus & sedikit minyak masak. Bila air mendidih baru masukkan spaggeti . Masa memasak ikut arahan pada plastik spaggeti ye. Kalau san remo 12minit. Jangan tutup spaggeti ketika merebus utk elak banjir dapur anda.
2. Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun & tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong, udang & kiub ayam. Kacau hingga masak.
3. Masukkan parsley, oregano, cili flakes,garam dan blackpepper . Kacau rata kemudian masukkan spaggeti dan kacau hingga sebati. Siap
4. Hiaskan dengan daun parsley (jika ada) & tomato ceri.
Rasa tak mau makan malam dengan menu berat, apa kata anda cuba lempeng gulung yang gerenti ketagih sekali makan mesti nak cuba lagi. Yang penting ia sedap dan mudah disediakan. Anak-anak pun gerenti suka. Kalau buat lebih boleh dijadikan bekal untuk anak ke sekolah atau anda bawa ke pejabat keesokan harinya..
LEMPENG GUNTING CICAH SAMBAL TUMIS DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN SAMBAL TUMIS DAGING KISAR:
250gm daging kisar
1 biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan sos bolognese
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
Kisar sebati hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak untuk permulaan.
Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
Ratakan menjadi bulat yang nipis.
Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan hingga habis adunan.
Seterusnya sediakan Tumus Daging Kisar.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
Aroma masakan Malaysia kerap menyelubungi dapur kediaman Safura Tawil walaupun hidup di perantauan . Anak watan Sabah ini kini bekerja di Dublin Ireland sejak tahun lepas dan sebelum ini dari 2016 hingga 2018 pernah menginap di Ottawa, Kanada bertugas sebagai Chef peribadi.
Dia pernah membanggakan Malaysia dengan kejayaannya menjuarai pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020 dengan hidangannya yang diberi nama Nasi Lemak Bunga Telang. Ceritanya,”Dalam seminggu empat atau lima kali saya pasti memasak masakan kegemaran seperti bubur lambuk, masak kicap, masak merah, masak lemak dan sebagainya. Kebiasaanya kalau pergi ke rumah kawan saya akan bawa masakan Malaysia untuk dikongsi bersama seperti kuih muih atau lauk pauk.
‘Selalu juga bertukar dan berkongsi resipi sesama rakyat Malaysia di sini dan kenalan bukan Malaysia. Bila bersama masakan memang jadi topik perbualan kami.Saya memang selalu berkongsi aktiviti dan mengambil tahu keadaan tanah air walaupun berada jauh di perantauan. Sering juga saya kongsikan gambar atau resipi masakan yang saya buat di media sosial dengan rakan-rakan.”
“Saya juga tidak menyangka ramai yang berminat untuk meminta saya kongsikan resipi bila melihat gambar sajian. Saya berasa seronok dapat berkongsi dengan orang lain, moga ia bermanfaat buat mereka juga. Sehinggakan ada yang menggunakan resipi yang saya kongsikan untuk berniaga. Ia amat menggembirakan kerana saya dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun hanya sekadar berkongsi resipi. Alhamdulillah.” Masakan mengubat rindu
Bagi Safura masakan boleh menjadi platform menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebab tiada batasan bangsa bila menyentuh bab selera. Kita tidak terikat untuk memasak masakan bangsa kita sahaja. Katanya lagi,” Saya selalu juga masak nasi daun pisang sajian orang India, masakan Cina wantan mi.Saya rasa ia sesuatu yang unik buat rakyat Malaysia yang mana kita boleh merasa dan memasak makanan kaum lain sebagai makanan harian.”
Menurutnya bahan ramuan memang mudah dan boleh didapati di Asian Market yang memang banyak di Dublin, Ireland ini. Walau bagaimana pun ada juga barang yang memang tak ada seperti daun kunyit, bunga kantan dan kerisik yang biasa akan saya bawa stok dari Malaysia. Kebanyakan barang-baan dari Thailand dan Indonesia, kadang kala rasanya agar berbeda dari jenama Malaysia. Dia kena pandai memilih barang tersebut yang kena pada citarasa.
.
“Bila dapat memasak masakan Malaysia di luar negara dan dapat memasak dan menjamu orang bukan Malaysia di sini, ia satu perasaan yang bangga kerana dapat memperkenalkan masakan Malaysia kepada orang lain. Kadangkala mereka termasuk orang Ireland meminta resipi untuk dicuba sendiri.
Ada pulak yang mengambil dari fb dan ig saya. Dapat menikmati makanan Malaysia di luar negara adalah satu perasaan yang sangat menggembirakan dan terasa seperti berada di negara sendiri dan sudah tentulah dapat mengubat rindu pada tanah, “akhirinya melalui emel yang dikirimkan.
Jom kita semak dua resipi masakan Malaysia kegemaran Safura Tawil :
IKAN PATIN TEMPOYAK ALA PAHANG
BAHAN-BAHAN :
1ekor ikan patin (saiz sederhana) 1 cawan tempoyak 10 biji lada ( atau ikut citarasa) 1 inci kunyit hidup (Kisar kunyit dAn lada) 2 keping asam gelugor 1 biji timun kuning (di potong kecil) 2 kuntum bunga kantan (di belah empat 5 tangkai Daum kesum Garam ecukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Mula-mula, tumbuk cili padi dengan menggunakan lesung batu atau kisarkan dengan sedikit air. Sendukkan cili yang ditumbuk dan masukkan ke dalam periuk. Kemudian, campurkan dengan tempoyak dan kacau sehingga sebati. 2. Seterusnya, tuangkan 1 liter air biarkan sehingga ia mendidih. 3. Apabila campuran bahan mula mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api. Pastikan periuk ditutup dan tunggu sehingga ikan betul-betul masak serta kuah berkurangan. 4. Akhir sekali, masukkan dan kacau daun kesum bersama asam gelugor/keping, bunga kantan serta timun kuning. Biarkan kuah merenih pada api sederhana selama 2-3 minit.Perasakan dengan garam dan gula. 5. Tutup api apabila ia sudah masak dan sedia dihidangkan bersama nasi.
SAYAP (KEPAK) AYAM ALA SABAH
.
BAHAN-BAHAN : 2 kg sayap ayam ½ cawan madu ½ cawan cuka ½ kicap 1 cawan gula Sedikit pewarna oren Garam secukupnya
Bahan kisar: 2 labu bawang putih 4 batang serai 1 inci kunyit hidup.
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan kepak ayam dengan bahan kisar. 2. Tambahkan pewarna oren untuk lebih menarik. Kemudian campurkan madu, cuka, kicap, gula dan garam. Perap semalaman. 3. Bakar sehingga masak. Biarkan ia masak berjus. Usah terlebih bakar.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!