Anda pernah buat kek ikan/ fishcake homemade? Ha..mesti ada yang tak pernah buat kan? Mudah je nak buat kek ikan ni. Malah rasanya pun lebih sedap dari yang dibeli. Malah kebersihan lebih terjamin dan diyakini halal. Rasa pun sangat sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Yati Mohd ni. Puan-puan pasti puas hati.
CARA-CARA BUAT FISHCAKE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tenggiri bunga ( yang ada bintik)
1 sudu makan tepung jagung – lebih sikit tak apa
Garam secukup rasa – bancuh dengan 1 mangkuk kecil air
1 sudu teh lada sulah
Sedikit ajinomoto (optional)
CARA MEMASAK:
1. Pipiskan @ potong isi ikan depan belakang ikan. Macam dalam gambar.
Ads
2. Guna sudu dan korekkan isi ikan yang melekat pada tulang.
3. Satukan isi ikan, tepung jagung, lada sulah dan ajinomoto. Gaul sebati. Kemudian masukkan air garam sedikit untuk sebatikan bahan-bahan.
4. Tumbuk isi ikan sambil dimasukkan air garam sikit-sikit. Tak payah guna sampai habis air garam tu. Asalkan isi ikan jadi kenyal sudah memadai.
Ads
5. Ni hasil isi ikan yang cukup kenyal. Yang penting ikan mesti segar dan cara tumbuk ikan kena betul.
6. Letakkan plastik dalam loyang. Masukkan isi ikan. Tekan-tekan bagi padat. Guna sudu yang dah sapu sikit minyak.
7. Panaskan kukusan dan masukkan loyang. Kukus dalam 10 – 15 minit menggunakan api besar.
Ads
8. Apabila dah masak, keluarkan isi ikan kukus tadi. Biar suam sedikit barulah dipotong panjang.
9. Panaskan minyak dan goreng kepingan fishcake tadi dengan api sedang. Jangan bagi garing.
10. Toskan minyak dan boleh dinikmati mengikut citarasa.
Alangkah enaknya dapat menikmati aneka hidangan lauk pauk Melayu asli seperti asam pedas, masak lemak cili padi, karidan sebagainya lagi untuk hidangan sekeluarga atau rakan-rakan. Tak susah pun untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak dan pasti puas hati.
1. ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai – ketuk
5-6 batang bendi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Daun kesum secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
2. AYAM MASAK LEMAK CILI API
1/2 ekor ayam – bersihkan, potong
1/2 kg santan
5 batang cili api – ditumbuk halus
3 biji kentang – dipotong dadu
1 batang serai – ketuk
1 biji tomato – belah empat
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit
Santan secukupnya
Air masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan periuk dan masukkan sedikit air, separuh santan, serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk. Kacau sedikit.
Setelah mendidih, masukkan ayam dan kentang dan tutup seketika supaya ayam dan kentang cepat masak.
Setelah ayam masak, masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk dan kacau sekata.
Masukkan tomato, cili merah dan daun kunyit untuk hiasan. Kacau seketika dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan
3. KARI DAGING ISTIMEWA PAK KASIM
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging – bersihkan dan hiris
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia
-5 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu kecil serbuk cili kering
3 biji kentang – dipotong dadu
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
Daun kari secukupnya
Santan secukupnya
Minyak masak secukupnya
Sedikit daun kari/daun bawang
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan rempah kari daging dan serbuk cili kering ke dalam periuk. Kacau hingga naik minyak.
Kemudian masukkan kentang, daging dan separuh santan ke dalam periuk. Tutup periuk seketika.
Kemudian masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan sebati. Tutup api.
Siap untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kukus antara cara masakan yang mudah dan tidak perlu lama mengukus. 15-20 minit dah masak. Selain mudah, lauk anda juga lenbih sihat dan banyak resipi menggunakan kaedah ini, antaranya menu ikan kukus. Berikut RASA kongsikan resipi Ikan Bawal Kukus Ala Cina yang simple tapi dijamin keenakannya. Anda boleh mencubanya.
IKAN KUKUS ALA CINA BAHAN-BAHAN: 1-2 ekor ikan bawal | bergantung pada saiz 4cm halia dihiris halus memanjang Batang daun bawang | hiris 8-10 biji cili padi | hiris 3 ulas bawang putih | cincang halus BAHAN SOS: 2 sudu makan kicap cair 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos tiram 1/2 sudu makan gula
CARA MEMBUAT:
Ikan dicuci bersih kemudian toslkan.
Sementara itu, goreng bawang putih hingga warna kuning keemasan.
Masukkan daun bawang, gaul seketika dan tutup api.
Kukus ikan bersama hirisan halia dan cili dalam pengukus yang telah dipanaskan.
Selepas lima minit, tuangkan bahan sos. Kukus lagi lima minit atau hingga masak.
Tutup api dan tuangkan bahan goreng tadi.
Ikan sedia dihidangkan.
Kredit: raja azreen
Resepi Masakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup ikan siakap ala kelantan, rasanya yang masam-masam memang sedap dan dapat membuka selera. Menu yang sesuai untuk orang yang nak diet.
Kalau makan dengan nasi pun sedap, tambah pula dengan perahan limau nipis dan juga daun sup serta cili padi, nasi sepinggan confirm tak cukup.
Buat yang berdiet atau yang kurang sihat juga sangat sesuai. Hirup kuah sampai licin terasa keenakkannya.
SUP IKAN SIAKAP ALA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang merah sederhana besar – dimayang*
4 biji bawang putih – dimayang*
Halia sebesar ibu jari – potong memanjang*
Sedikit minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perasa | Jika suka
2 Sup bunjut
Kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
2. Masukkan air agak-agak sesuai untuk sup seekor ikan.
3. Masukkan sup bunjut, kayu manis & bunga lawang.
4. Masak sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan garam & perasa.
6. Kemudian masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
7. Bila ikan sudah masak, rasa sup pun dahulu dan tutup api.
BAHAN HIASAN & PELENGKAP:
Daun sup – hiris
4 biji cili api – potong kecil
1 biji limau nipis – potong
Bawang goreng
CARA MENGHIDANG:
Masa hendak hidangkan sup, boleh taburkan dengan bahan-bahan pelengkap/hiasan dan limau nipis. Siap!
INFO CHEF:
Masa masak tidak perlu balik-balikkan ikan sebab nanti isi ikan hancur. Cukup sekadar ikan tenggelam keseluruhan bahagian di dalam sup
Masakan sup di Kelantan memang menggunakan perahan limau nipis, cili padi potong selain daun sup & bawang goreng dalam masakan mereka. Ala-ala thai sup macamtu.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!