Nekbat adalah salah satu dari kuih tradisional orang Pantai Timur yang sangat popular bila tibanya bulan Ramadan. Bentuk dan rupanya seakan bahulu namun rasanya tawar dan teksturnya lebih keras. Untuk menikmatinya, ia perlu dimasak terlebih dahulu bersama air gula. Sangat sedap malah lebih enak jika dinikmati sejuk. Nak cuba? Saudari Suraya Rahman ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Sangai tepung terlebih dahulu kemudian sejukkan. 2. Pukul telur menggunakan mesin pengadun hingga kembang dan gebu. 3. Kemudian masukkan sedikit pewarna kuning telur. Matikan pengadun. 4. Masuk tepung beras sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan hingga sebati. 5. Panaskan acuan kuih cara di dalam ketuhar. Kemudian keluarkan dan oles sedikit minyak. 6. Sudukan adunan ke dalam acuan kuih cara dan bakar pada suhu 150C menggunakan api atas bawah.
7. Bila Nekbat sudah kekuningan, ia menandakan kuih ini telah masak.
8. Keluarkan dan ulang langkah hingga adunan habis.
Untuk menikmatinya, ia perlu disira terlebih dahulu. Begini cara-caranya.
Ads
RESIPI SIRA NEKBAT
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula – boleh ubah ikut manis yang disukai
3 cawan air
Daun pandan
Sedikit pewarna kuning
2-3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan air gula dan masak hingga sedikit pekat. 2. Kemudian masukkan nekbat. Biar nekbat menyerap air gula. 3. Angkat nekbat tadi dan masak lebihan air gula dalam periuk hingga pekat. 4. Setelah pekat, siram air gula ke atas nekbat.
5. Sejukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati. 6. Nekbat enak dimakan ketika dingin.
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe goreng rempah snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
.
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
.
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK: 1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makin nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Masakan ikan memang menjadi kegemaran ramai. Tambah pula jika dapat menikmati masakan yang diidamkan. Jika makan di kedai kadangkala tidak menepati cita rasa sebagaimana yang diinginkan. Nah apa kata masak resipi perkongsian Sheena ini. Istimewa dihidangkan untuk sekeluarga untuk sahur mahupun berbuka nanti.
IKAN SIAKAP GORENG TOM YAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
4 biji bawang merah
5 batang cili padi
2 batang cili merah
2 biji tomato
3 batang serai
2 helai daun limau purut
Sedikit jus perahan limau nipis
3 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan pes cili kering
Cara memasak:
1.Tumis bawang merah, serai,cili padi,tomato,cili merah dan daun limau purut.
2.Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.
4.Gaul rata dan perasakan dengan garam.
5.Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.
6.Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis.Tutup api apabila kuah mendidih.
7. Tuang kuah keatas ikan yg siap digoreng tadi.Sedia dihidang. (Tuang tanpa minyak)
Kredit: Sheena Cooking Passion
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK? BOLEH BELI DI SINI
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis
100gm labu | dipotong dadu
2 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
3 biji cili padi
1 liter air
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.
Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.
Nikmati segera.
Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 ikat bayam merah | dibersihkan
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 hiris halia
Garam secukup rasa
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.
Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji petola | kupas dan hiris
4 ulas bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
2 sudu makan udang kering | direndam air
15gm suhun | direndam
1 biji cili merah | dihiris
500ml air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.
Kemudian masukkan udang kering dan suhun.
Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.
Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
300gm kubis | dihiris
1/2 batang lobak merah | dihiris
50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.
Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih
Segengam udang basah
1 biji cili merah | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.
Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan
2 batang serai | dititik
4 biji cili padi | dipecah sedikit
2 ulas bawang merah | dihiris
1 liter air
Garam dan serbuk pati ikan bilis secukupnya
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.
Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.
Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun belinjau
1 sudu makan ikan bilis
2 biji bawang merah | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
Sedikit suhun
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.
Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.
Tutup apinya dan angkat.
TERIMA KASIH: MOHD FAIZ BIN RAMLI DARI GOMBAK, SELANGOR
Rasai kelembutan Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis, resipi viral turun-temurun dengan aroma pandan, rahsia air gula hangus, dan kasih dari dapur ibu yang penuh cinta.