Setelah sakan beraya dan makan macam-macam, pasti ramai yang mengalami masalah penambahan berat badan, badan rasa berangin, perut sebu dan sebagainya. Bagi yang nak atasi masalah ni secara sihat, boleh cuba buat jamu kempis perut ni. Tidak menggunakan bahan kimia dan hanya bahan semulajadi sahaja digunakan. Selamat mencuba!
JAMU KEMPIS PERUT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN ( hasil 345 biji):
8 ulas bawang putih
5-6cm halia
1/2 sudu makan lada hitam
6 sudu makan halba
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk semua bahan hingga agak-agak hancur kemudian kisar tanpa air.
Ads
2. Kemudian bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. Biarkan jamu kering dan simpan dalam peti sejuk.
3. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
Ads
4. Jamu ini boleh membuang angin dalam badan, mengempiskan perut dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
Setelah 25 tahun menyajikan citarasa sebenar dunia dalam bentuk makanan dan minuman di Malaysia, The Coffee Bean & Tea Leaf®Malaysia meraikan jubli peraknya.
Detik yang istimewa ini turut menyaksikan seleksi minuman baharu yang dipilih khas untuk tempoh terhad di samping menu keraian yang terdiri daripada perisa Malaysia yang sangat digemari, termasuk pencuci mulut, santapan dan manisan yang diberi sentuhan warna ikonik kami, ungu. Tidak lengkaplah sambutan ulang tahun kalau tiadanya kek (dan banyak lagi)!
“Sudah 25 tahun kami berkhidmat, dan kami bersyukur kerana dapat terus berkongsi semangat kami terhadap makanan dan minuman kepada warga Malaysia tanpa mengira latar belakang.
Sambutan ini meraikan setiap detik manis yang telah kita kongsi bersama, biarpun menerusi secawan kopi, sepotong kek atau juadah-juadah yang lain. Telah menjadi keutamaan kami untuk memastikan setiap kunjungan anda ke cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf® dapat memberi kehangatan seperti berada di rumah sendiri, seperti Malaysia yang telah menjadi rumah kami sejak 25 tahun yang lalu.”kata Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
Sempena sambutan ulang tahun yang ke-25, Lavender Cold Brew Latte diperkenalkan (kecil RM14.50, biasa RM15.50). Lavender Cold Brew Latte membawakan kopi bru yang dingin dengan sentuhan lavender, dan pastinya dalam tema ungu.
Turut hadir bersama ialah menu istimewa* kami yang menggandingkan citarasa Malaysia klasik dengan warna kegemaran kami, ungu. Ia merangkumi aneka kek seperti Twilight Berry dan Murasaki Blondie; kombinasi enak antara keladi dan kelapa dalam bentuk Coco Yam Tart; santapan yang lazat dan mudah dinikmati, iaitu Purple Swirl serta Pecan Caramel Muffin dan Asam Beef Pandesal yang lazat.
Bukan itu sahaja, siri barangan sempena Ulang Tahun Ke-25 dalam bentuk cawan dan tumbler juga disediakan untuk anda. Kad TCB edisi Ulang Tahun Ke-25 juga boleh didapati bagi para peminat di luar sana yang ingin tunjukkan bahawa mereka telah meraikan jubli perak ini bersama kami. Nantikan ketibaannya di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda.
Untuk memeriahkan lagi sambutan, diperkenalkan banyak promosi** sepanjang bulan, bermula dengan potongan RM2.50 untuk barangan makanan ungu*** daripada menu Istimewa Ulang Tahun ke-25 kami dengan pembelian menggunakan Kad TCB, yang berlangsung dari 9 hingga 11 September.
Berikutnya dari 16 hingga 18 September, sempena dengan sambutan Hari Malaysia, anda boleh menikmati diskaun 16% untuk mana-mana minuman bru sejuk. Selain itu, dari 23 hingga 25 September, anda boleh menerima baucar Ulang Tahun ke-25 (diskaun RM 5 untuk pembelian seterusnya, sah sehingga 30 September 2022) dengan pembelian The Original Mocha Ice Blended®️, The Original Vanilla Ice Blended®️, Chai Tea Latte (panas / ais), Latte (panas / ais), Cappuccino (panas / ais), atau Americano (panas / ais)!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Masalah angin dalam badan memang kerap berlaku. Kadang tu sebab pemakanan atau juga persekitaran. Angin yang ada dalam badan membuatkan kita rasa tak sedap badan.
Selalunya apabila rasa tak sedap badan, kita akan rasa lenguh kaki, sengal badan, rasa nak sendawa tapi tak lepas sebab tersekat-sekat. Perut pulak rasa sebu je. Inilah antara tanda badan kita ada angin.
Antara tanda badan banyak angin adalah:
– Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
– Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
– Tapak tangan dan kaki rasa sejuk
– Selalu menguap dan mudah rasa mengantuk
– Sukar untuk bernafas dan nafas rasa pendek
– Rasa tegang pada bahagian tengkuk dan pinggang
Kalau korang ada tanda seperti di atas, cuba resipi yang dikongsikan oleh Umi Norma melalui facebooknya.
Bahan-bahan
Satu kotak susu (brand apa pun boleh)
4 cm halia
Cara membuat
1. Halia dihiris nipis-nipis dan renehkan dengan susu tadi.
2. Guna api perlahan, kacau sehingga susu mendidih.
3. Padam api dan biarkan susu menjadi suam.
4. Sedia untuk diminum. Seeloknya minum ketika susu masih suam dan jangan biar sampai susu sejuk.
Manfaat minum susu halia
1. Berkesan mengeluarkan angin melalui sendawa dan kentut.
2. Boleh diminum bila-bila masa tak kira sama ada waktu pagi, petang atau malam.
3. Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan petua daripada Facebook Wan Norma
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Barli adalah antara bijirin yang bagus serta baik untuk kesihatan dan kebaikannya sudah diketahui dunia sejak berzaman lagi. Malah ia antara amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan seharusnya diikuti serta dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.
Barli juga merupakan bijirin yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, protein, asid amino serta vitamin dan beberapa galian yang lain. Kajian klinikal yang telah dijalankan di Australia, Kanada dan Amerika syarikat melaporkan bahawa serat barli efektif dalam membantu merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli juga amat penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Selain itu, ada banyak lagi khasiat barli ni. Antaranya ialah:
Jika anda terkena kencing kotor ataupun dengan kata lainnya, jangkitan pada saluran saluran kencing, anda boleh mengamalkan minum air barli. Ini kerana barli bersifat diuretik ( mempercepatkan proses pengeluaran air dari badan). Ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Kandungan serat dalam barli membantu anda untuk rasa kenyang secara lebih lama. Oleh yang demikian, ia amat sesuai dinikmati bagi anda yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Amalan meminum air barli juga dikatakan mampu memberi manfaat pada kesiahatn. Beta-glucan yang terkandung didalamnya dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Oleh itu ia dapat membantu mengelakkan masalah darah tinggi, jantung dan strok.
Barli sangat baik untuk kesihatan usus serta mempercepatkan proses penghadaman. Malah, jika anda mengalami masalah cirit birit, anda boleh mengamalkan pengambilan air barli bagi menstabilkan kembali kandungan bendalir dan elektrolit dalam badan.
Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ia dikatakan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam barli juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
Barli terkenal dek kerana khasiatnya serta kemampuannya yang mampu menurunkan suhu badan. Oleh itu, jika demam, anda disarankan untuk meminum air rebusan barli. Air barli juga antara minuman terbaik yang boleh menyejukkan badan. Oleh itu jika anda mengalami hari yang memenatkan serta cuaca yang panas, cubalah untuk minum air bali. Pasti anda akan rasa lebih segar.
Selain dijadikan minuman, barli juga boleh dijadikan manisan serta dimasak bersama nasi. Malah, jika anda mahukan hidangan dari barli yang lebih mengenyangkan, boleh cuba resipi Risotto Barli Keju Kacang Pis ini. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK:
Info chef: Jika mahu rasa lebih enak, boleh ditambah isi udang segar ke dalam risotto.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui jenis sos yang wajib ada di dapur serta kegunaannya dalam pelbagai masakan. Panduan lengkap memilih jenis sos yang sesuai untuk menjadikan setiap hidangan lebih sedap.