Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di fb oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Kalau susah nak jemur panas, keringkan guna ketuhar je. Memang senang. Boleh sangat kalau nak cuba.
CARA BUAT UDANG KERING SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Udang laut berkulit keras
Garam
Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
Ads
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Banana & Peanut Butter Oatmeal ialah salah satu pilihan sarapan paling mudah, sihat dan mengenyangkan yang boleh disediakan setiap pagi. Hidangan ini bukan sahaja cepat disediakan, malah penuh dengan nutrisi seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat, protein serta lemak sihat. Gabungan oat, pisang dan selai kacang memberi rasa manis semula jadi, tekstur berkrim dan aroma yang memuaskan tanpa perlu bergantung kepada gula tambahan atau makanan terproses. Oat terkenal sebagai makanan tinggi serat larut yang membantu sistem penghadaman, menstabilkan gula darah dan membuatkan anda kekal kenyang lebih lama—sebab itu ia sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan. Pada masa yang sama, Banana Peanut Butter Oatmeal juga sesuai untuk individu yang ingin menambah berat badan secara sihat kerana kandungan kalorinya boleh dinaikkan dengan menambah lebih banyak susu, madu atau selai kacang tanpa mengorbankan nilai pemakanan.
Pisang pula memberikan kemanisan semula jadi serta kaya dengan potasium, vitamin B6 dan serat, yang membantu mengawal tekanan darah, meningkatkan tenaga serta menyokong fungsi otot. Selai kacang di dalam hidangan ini memberi lemak sihat dan protein yang membantu tubuh kekal bertenaga serta mengawal hormon lapar. Untuk mereka yang mahu kurus, cukup sekadar satu sudu selai kacang; dan bagi mereka yang ingin naikkan berat badan pula, dua hingga tiga sudu boleh ditambah untuk memberikan lebih tenaga. Kelebihan hidangan ini ialah ia fleksibel—ia boleh dijadikan sarapan panas yang berkrim, atau versi overnight oats yang lebih sejuk, segar dan mudah untuk disediakan malam sebelumnya.
Untuk menyediakan Banana Peanut Butter Oatmeal, bahan-bahannya sangat ringkas dan biasanya memang tersedia di dapur. Anda hanya perlukan beberapa bahan asas berikut:
Dengan bahan-bahan yang ringkas ini, proses penyediaannya pun sangat mudah, sesuai untuk sesiapa yang mengejar masa pada waktu pagi.
Hidangan ini bukan sahaja terletak pada rasa, tetapi juga pada kemudahannya untuk disesuaikan mengikut keperluan pemakanan masing-masing. Jika anda sedang menurunkan berat badan, anda boleh kurangkan selai kacang, gunakan susu rendah lemak dan elakkan topping yang tinggi kalori. Sebaliknya, untuk mereka yang mahu menaikkan berat badan secara sihat, tambahan granola, yogurt penuh krim atau extra peanut butter boleh memberikan tenaga lebih tinggi tanpa mengurangkan nilai nutrisi. Oatmeal jenis ini juga membantu melancarkan pencernaan, mencegah sembelit dan memberikan tenaga berpanjangan sehingga waktu tengah hari. Ia sangat sesuai untuk pelajar, pekerja pejabat, atlet dan suri rumah kerana sarapan ini memberi permulaan hari yang stabil, kenyang dan fokus.
Secara keseluruhannya, Banana Peanut Butter Oatmeal bukan sahaja sarapan yang menyihatkan tetapi juga memberikan keselesaan dan kepuasan rasa. Anda boleh mengolahnya mengikut cita rasa sendiri, membuatnya panas atau sejuk, pekat atau cair, manis atau asli semua bergantung kepada kesukaan anda. Apa yang pasti, hidangan ini adalah pilihan terbaik untuk memulakan hari dengan tubuh yang lebih bertenaga, minda yang lebih fokus dan perut yang lebih puas. Jika diamalkan setiap pagi, ia boleh menjadi rutin sarapan yang membantu anda mencapai matlamat kesihatan jangka panjang sama ada untuk kurus, tambah berat atau hanya untuk hidup lebih sihat.
Minum petang hari ni kita buat yang special sikit. Biasa makanpuding roti warnanya senada sahaja. Bagi menaikkan mood bila nak menjamah nanti, boleh tambahkan gabungan warna pada kastard. Makan pula sejuk sejuk, memang nikmat. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Norfazida Gda
PUDING ROTI KASTARD Bahan puding roti: 1 bungkus roti putih (potong/carik) 1 tin susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula (saya kurangkan) 1sudu besar butter (cairkan)-BELI ONLINE DI SINI ½ sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur Kismis secukupnya
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan kecuali roti dan kismis. Kacau hingga sebati. 2.Susun roti yang dipotong/carik halus ke dalam loyang yang telah disapukan butter. 3.Tuangkan bahan yang telah dicampur tadi. Tekan dan padatkan permukaan roti. Taburkan kismis di atasnya. 4.Kukus selama 20 minit dengan api sederhana. Sejukkan. #zida2004
Bahan kastard: 10gm agar-agar-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan air 1 tin susu cair 3 sudu besar gula (ikut cita rasa) 3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air)-BELI ONLINE DI SINI ¼ sudu kecil garam Sedikit pewarna pilihan
Cara membuat: 1.Masak agar-agar bersama air hingga sebati. Masukkan gula, masak hingga gula larut sepenuhnya. 2.Perlahankan api, masukkan susu cair, tepung kastard dan garam. Kacau hingga menjadi sedikit pekat. 3.Tutup api. Jika nak letak lebih dari satu pewarna, bahagikan kepada beberapa bahagian kemudian letakkan pewarna pilihan dan kacau sebati. 4.Tuangkan satu bahagian ke atas puding roti yang telah sejuk. Biarkan sedikit membeku. Tuangkan satu bahagian lagi adunan kastard ke atas kastard yang sebelumnya. Ulang lagi langkah yang sama jika masih ada baki adunan kastard. 5.Biarkan sejuk. Simpan ke dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
Jangan kerana inginkan kelainan, mendapat nama dan ilmu yang sedikit, makanan yang dihasilkan boleh menjadi racun. Tidak perlu terikut -ikut jika ianya boleh memudaratkan walaupun bukan dalam serta merta mungkin ia mengambil masa lama.
Saya rasa makin menjadi-jadi la kes2 macam ni. Dengan ilmu sedikit dalam Natural Products (Sebatian semulajadi) yang telah Allah amanahkan ini, maka ingin saya ulas sedikit isu *telur dadar bunga kertas* ni.
Ini perkongsian dari Dr Fatimah Salim berkaitan ‘TELUR DADAR BUNGA KERTAS’
Ini kompilasi kajian2 yang sudah dibuat pada bunga kertas ni. Walaupun ada kesan positive seperti yang digembar gemburkan namun hanya diuji pada tikus makmal dan tidak banyak pada bahagian bunga. Kita juga sangat2 sayangkan dan mahu pakai lama badan kita ni, pastinya kita tidak mahu jadi seperti tikus makmal ☺️.
Nasihat saya, kalau tidak berkeperluan, tidak perlulah makan buat sayur. Bunga kertas ini ada sedikit bahan yang menyumbang kepada kebaikan badan, tapi harus diingat bahan yang tidak elok juga ada banyak akan memberi kesan sampingan seperti kerosakkan buah pinggang, keracunan pada hati juga masalah pernafasan. Sebab tu ianya tidak menjadi makanan harian kita . Banyak lagi makanan ruji yang ada dan banyak maanfaatnya.
Dr Fatimah Salim
– PhD in Natural Product
-Fellow Research di Atta-ur-Rahman Institute for Natural Product Discovery (AuRIns), UiTM Puncak Alam
– Youth Scientist Network Academy Science Malaysia (YSN-ASM) Affiliates
– Member of Malaysian Natural Product Society (MNPS)
– Ahli Kimia berdaftar, Institut Kimia Malaysia
Kredit to Dr fatimah salim.
LAGI VIRAL TELUR DADAR BUNGA MAWAR
Jika tadi viral pasal telur dadar bunga kertas, timbul pulak insan kreatif menjadikan bunga mawar pula sebagai bahan campuran dalam telur dadar..
Sumber mengatakan, “kelopak bunga mawar mengandungi sekilar 95 peratus air. Kelopaknya tinggi dengan vitamin dan rendah kalori. Perubatan Cina kuno mendapati kelopak bunga mawar boleh digunakan untuk mengubati gangguan pencemaan, menyembuhkan luka dan kitaran haid yang tidak lancar,” petik laman tersebut.
Bukan itu sahaja konsumsi kelopak mawar boleh meningkat kesihatan mental dalam Journal Psychology Today menjelaskan mengambil kelopak mawar akan membangkitkan rasa gembira dari dalam badan secara spontan.
Mungkin masih asing di kalangan orang kita, namun di negara Timur Tengah mereka menggunakan air mawar atau kelopak mawar dalam pelbagai hidangan mereka.
Sumber: bm.cari.com.my
Jika kamu yakin akan khasiatnya dan tidak memudaratkan kesihatan tidak mengapa untuk mengambilnya, tetapi jika ragu-ragu lebih baik bertanya pada mereka yang lebih arif dan pakar dalam bidang ini. Jadi tepuk dada tanya selera dan jangan mudah terikut dengan sumber yang belum pasti khasiatnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!