Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni.
SAMBAL HALIA
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
2 ulas bawang putih
1 sudu makan daun bawang
3 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Ads
Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
Tapis dan buang airnya.
Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
Tak tahu nak buat sambal cuka atau sambal jantan, ikut resipi yang dikongsikan oleh sis ni.Bila sis tunjuk nasi belauk ada sambal, ramai tanya cara nak buat.Sambal ni pedas berapi masa mula-mula buat, lama-lama nanti pedas akan berkurang.Boleh tahan sebulan dalam peti sejuk. Jimat. Kalau nak cicah dengan ikan rebus, tambahkan sedikit lagi cuka bagi cair.Selamat mencuba
Sambal cuka
Bahan-bahan:
1 mangkuk cili padi merah
Sedikit cuka
8 sudu gula
1 sudu garam
Cara membuat:
1.Kisar cili 1 mangkuk, gula 8 sudu, garam 1 sudu dan sedikit cuka. Masukkan sikit demi sedikit sebab tak nak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Sambal mestilah nampak likat, lebihkan manis dan cukup rasa masin masam.
2.Dah siap kisar semua, masukkan dalam bekas bertutup biarkan semalaman. Esok baru simpan dalam peti sejuk.
Bawang goreng homemade ini memang rangup dan terjamin sedap. Bila buat sendiri, kita akan lalui setiap proses dan pasti kebersihan dijaga. Bawang goreng mampu menambah perisa dan aroma dalam masakan. Contohnya bila nak makan sup, soto dan sebagainya. Tabur sikit je.
Tak susah pun nak membuatnya cuma mungkin tak tahu cara membuatnya. Hanya perlu dua bahan je yang memang sudah sedia ada di dapur. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini ye. Selamat mencuba.
Guna bawang merah dalam kuantiti yang agak banyak. Bersihkan dan hiris nipis. Cuci bersih dan toskan sampai kering.
Panaskan minyak dalam kuali dan minyak kena banyak ye. Kemudian gorengkan bawang tadi. Semasa mengoreng taburkan sedikit garam ke dalam kuali.
Goreng hingga terbit wangi. Sentiasa kacau dari semasa ke semasa ye supaya masak sekata.
Goreng hingga bawang bertukar menjadi coklat keemasan (tengok gambar). Dah jadi begini, angkat dan toskan. Ketepikan sehingga sejuk.
Setelah itu, boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. Boleh juga simpan di dalam peti ais untuk mengekalkan kerangupan bawang goreng kita. Letak luar pun boleh tak ada masalah.
Biasa makan cencaluk, letak cili padi dan perah asam limau. Nak lagi power kita buat cencaluk goreng ikut resipi ni Sesuai sangat nak simpan stok untuk bulan puasa nanti.Makan ni memang payah nak berhenti, pembuka selera. Kepedasannya juga ikut cita rasa masing-masing.Boleh dijadikan pes nasi goreng atau sayur juga, memang sedap. Rugi kalau tak cuba. Menurut Norislinah Mahfarresipi ini adalah dari sahabat mak dari Filipina.
CENCALUK GORENG
Bahan-bahan: Cili padi (cili bergantung pada kepedasan yang kita suka)-dihiris Lada hidup merah/hijau -dihiris 1 labu bawang putih-dihiris 3-4 biji bawang besar-dihiris 3 sudu besar cuka makan 2 botol cencaluk 2-3 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Tumis kesemua bahan yang dihiris hingga layu.
2.Dah layu masukkan cencaluk yang ditapis airnya.Masukkan cuka makan.Kacau selalu supaya tak hanggit, api sederhana.
3.Cencaluk yang siap ditapis buang airnya.
4.Hampir kering masukkan 2-3 sudu makan gula sesuaikan rasa.Kacau hingga kering.Tak perlu letak garam sebab dah masin semulajadi.
5.Siap. Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.Boleh tahan sebulan dekat luar.
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.