
Tiba-tiba terasa pula nak menu yang istimewa hari ni. Selalu beli nasi masak kandar di kedai mamak je. Hari ni terasa nak buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan ini.
Ayam Masak Kandar
Bahan-bahan:
3 sekawan
3 biji bawang merah
1 batang cili hijau
2 batang cili merah
1 biji tomato
2 batang serai
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
3 sudu makan cili kering-kisar-beli online di sini
3 sudu makan serbuk kari ayam-beli online di sini
3 sudu makan kicap pekat/caramel
Cara memasak:
1.Tumis 3 sekawan,pes halia dan bawang putih dan serai
2.Masukkan bawang dan kacau.
3.Setelah bawang layu,masukkan tomato.
4.Masukkan pes cili kering.
5.Masak sehingga pecah minyak dan masukkan serbuk kari.
6.Kacau rata dan biarkan rempah masak sekejap.Masak dengan api perlahan.
7.Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih sikit.
8.Setelah mendidih,masukkan ayam.
9.Gaul rata dan biarkan sekejap sehingga jus dari ayam keluar.
10.Tambahkan kicap pekat.
11.Gaul rata dan biarkan mendidih lagi.Jika kuah kering boleh tambah sedikit air lagi.Perasakan dengan garam.
12.Masukkan sedikit lada hitam dan kacau.Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
13.Tutup api dan taburkan sedikit bawang merah yang dipotong bulat,cili hijau dan cili merah.Sedia dihidang.
Kredit: SheeNa Haikal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roasted Chicken Wings Ala Pizza Hut. Sangat Mudah & Sedap

Resipi Roasted Chicken Wings atau Kepak Ayam Panggang ala restoran pizza ni memang sedap. Malah resipinya juga mudah dan sangat sesuai dihasilkan sendiri untuk hidangan suami serta anak-anak. Sedapnya… Kalau dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi cubalah buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Mihah Rosle ni. Sangat enak! Boleh dibakar menggunakan Air Fryer, ketuhar atau boleh juga menggunakan pemanggang. Ikut sahaja gajet yang ada. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MUDAH MASAK ROSATED CHICKEN WINGS ALA PIZZA HUT
BAHAN-BAHAN:
10 keping kepak ayam – potong dua
3 sudu makan serbuk cili – beli online disini
3 sudu makan madu – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
3 sudu makan kicap manis – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
1 biji limau kasturi
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kepak ayam dan potong. Letak dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan bahan-bahan perapan ke dalam bekas. Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili. Jika kurang suka manis, tidak perlu letak gula atau boleh kurangkan jumlahnya.
3. Gaul sebati ayam bersama bahan-bahan perapan. Perap seberapa lama yang anda suka. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
4. Bakar kepak ayam menggunakan Air Fryer pada suhu 170-180C selama 10-15 minit. Kemudian terbalikkan dan bakar sekali lagi menggunakan suhu yang sama (AF empunya resipi tidak mempunyai kepanasan atas bawah. Anda boleh ubahsuai masa ikut kesesuaian AF masing-masing.)
5. Bila kepak ayam sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mihah Rosle
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Masak Kicap Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Sup Ayam Lada Hitam, Menu Tanpa Minyak Paling Mudah Masak

Bagi anda yang menggemari hidangan bersup, boleh cuba resipi Sup Ayam Lada Hitam yang terlajak mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ini. Jika anda demam, batuk dan selsema, elok sangat nikmati sup ini. Sup ni bukan untuk orang yang tak sihat sahaja tau. Yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan. Ibu-ibu yang sedang dalam pantang, kalau dah jemu makan ikan bakar, pun boleh nikmati sup ni. Sangat sedap!
Istimewa buat yang tengah dalam usaha nak turunkn berat badan, sup ini juga sesuai dijadikan menu harian anda. Kenapa? Sebab, masak menu ni tak guna minyak pun. Jadi ia lebih sihat. Minyak masak pun jimat.
Jika anda sukakan rasa sup yang masam, boleh tambah sedikit asam keping yang bersaiz kecil ke dalam sup. Kalau boleh, elakkan guna air asam jawa kerana ia akan jadikan sup berwarna gelap. Nampak tak cantik pula. Nak tambah serbuk lada sulah pun boleh.
Bab lada hitam pula, sebaiknya guna lada hitam biji yang ditumbuk kasar dan bukannya serbuk lada hitam. Ini kerana ia akan memberikan rasa yang berbeza pada sup.
Jomlah cuba masak untuk keluarga hari ni. Pasti semuanya berselera.
CARA MASAK SUP AYAM LADA HITAM YANG SEDAP, MUDAH & BERKHASIAT
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong kecil
- 2-3 ulas bawang putih – tumbuk kasar – beli online disini
- 2 biji bawang merah – beli online disini
- 1 inci halia – tumbuk
- 1 batang serai – titik
- Lada hitam – tumbuk kasar – beli online disini
- Garam & gula secukup rasa
- Daun bawang – hiris
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk kasar bahan-bahan kemudian satukan dalam periuk bersama ayam yang telah dipotong serta dibersihkan.
2.Masukkan air dengan secukupnya dan didihkan guna api perlahan hingga ayam masam sempurna.
3.Angkat dan hidangkan dengan segera.
Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan
8 Resipi Sup Ringkas Yang Sesuai Untuk Hidangan Makan Tengahari.

Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur memberikan rasa, aroma serta keenakan yang tersendiri. Ditambah pula dengan penambahan aneka sayur-sayuran berkhasiat serta rempah, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat bagus untuk dicuba dan disajikan buat keluarga.
1. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang sederhana besar
- 1/2 biji nanas | dihiris
- 1 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Air secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
- Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
- Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
- Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 keping isi dan tulang kambing
- 1 biji bawang Bombay | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
- 1 kiub stok daging
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh herba basil
- 1 liter air
- 1 biji ubi kentang | dipotong kiub
- Hirisan cili merah secukupnya
- Hirisan daun bawang secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
- Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
- Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
- Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
- Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang
- 1 biji air kelapa
- 1 kiub stok ayam
- 100gm isi kelapa | dihiris nipis
- 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
- Daun bawang untuk hiasan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
- Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
- Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
- Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul ekor lembu
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 1 biji bawang bombay | dimayang
- 2 kiub stok daging
- 2 liter air
- 3 biji tomato ranum | dibelah empat
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
- Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
- Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
5. SUP PETOLA BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang petola | dibuang kulit dan dipotong kecil
- 1 paket bebola ikan
- 1 kiub stok ikan
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 1 biji cili merah | dihiris
- 1000ml air
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus bawang putih bersama kiub stok ikan dan air sehingga mereneh.
- Kemudian masukkan bebola ikan dan petola. Biarkan sehingga petola menjadi lembut.
- Kemudian masukkan hirisan cili merah. Didihkan seketika.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah sebelum dihidang.
6. SUP RASSAM
BAHAN-BAHAN:
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu teh jintan manis
- 3 ulas bawang merah | dimayang
- 6 tangkai cili kering
- 2 biji tomato masak ranum
- 1 tangkai daun kari
- 4 sudu makan pes asam jawa | dicampurkan dengan 750ml air
- 2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Sedikit hirisan leek | hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan jintan manis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan bawang merah, cili kering, tomato dan daun kari. Kacau sehinga naik bau.
- Tambahkan air asam jawa dan serbuk lada hitam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Renihkan sehingga rassam masak dan kelihatan sebati.
7. SUP MASAM MANIS ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan cuka
- 750ml air rebusan ayam
- 2 biji telur
- 1 batang lobak merah | didadu kecil
- 10 keping cendawan shintake kering | dihiris nipis
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air rebusan ayam dan campurkan dengan cuka, sos cili serta cendawan kering. Biarkan sehingga sedikit mendidih.
- Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga lobak merah menjadi agak lembut.
- Pecahkan telur dan kacau sehingga bertali.
- Sebelum dihidangkan, perasakan sup dengan garam, gula dan serbuk lada sulah dengan secukupnya.
8. SUP AYAM ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dipotong dan dibersihkan
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 1 inci halia | dikisar
- 1 paket rempah 4 sekawan
- 4 sudu makan rempah sup
- 1.5 liter air
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit daun sup dan daun bawang | dihiris
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan rempah sup dan empat sekawan. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan rebus menggunakan api perlahan sehingga masak.
- Perasakan dengan serbuk lada dan garam secukupnya.
- Angkat, dan taburkan hirisan daun sup serta daun bawang.
Selamat mencuba!