
Popia Cheese ni antara snek kudapan paling laris abad ini. Harga jualannya juga agak mahal jika nak beli sebalang. Jom cuba resipi mudah nak buat ni. Hanya guna 3 bahan, kudapan enak ini siap untuk dinikmati. Bolehlah berjimat di musim perayaan nanti.
“Kalau dah buntu taktau nak buat kudapan ape nak bagi anak anak makan apakata meh try popia cheese krup krap ni. Memang bebudak suka giler makan, sambil sambil tengok tv tu pakat berebut popia cheese ni.
Sedar sedar dah habis sebalang. Jangan kata bebudak je suka makan. Mak bapak budak pun pulun sama naik dengan anak.” perkongsian resipi dari Farhana Ismail
RESIPI POPIA CHEESE KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 pek popia
- Serbuk cheese
- Serbuk cili
- Gula
CARA MEMBUAT:
1. Gunting kulit popia dan dicarik-carikkan.
2.Kisar 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.
3. Goreng kulit popia hingga keperangan dan toskan.
4. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi, taburkan bahan yang dikisar dan goncang hingga semua bahan bersalut.
5. Sedia untuk dinikmati. Untuk tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara 😂 Selamat mencuba korang resepi mudah ni.
Kredit resipi & foto: Farhana Ismail
Wajib Cuba! Resipi Cekodok Ikan Bilis Kak Rose Buat Niaga Diketegorikan Jualan Laku Keras…

Biasa sangat kalau buat cekodok bilis. Tapi perkongsian kali ni lain sikit, bukan cekodok biasa-biasa, resipi ni diambil masa Kak Rose berniaga dan boleh dikatergorikan jualan cekodoknya laku keras. Jom cuba.
As salam semua, ni masa kak rose meniaga kat puchong dolu & boleh diketegorikan jualan laku keras. Nah nak share resepi kat sini. Selalu buat 2kg tepong teros. Ni kak rose share utk portion kecil kang share resepi 2kg tepong siapa lak nak makan kan tapi bahan2 tu korang agak2 la ikut citerasa na- Kak Rose
CEKODOK IKAN BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandom
- Segengam taugeh (nak letak banyak pun boleh *agak2*) *Nak lagi elok beli taugeh kering ye, taugeh yang tak rendam di dalam air.
- 2 biji bawang besar (hiris halus)
- 5 batang cili kering (nak pedas boleh tambah)
- Semangkuk kecil atau segengam ikan bilis (rendam)
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam (ikut citarasa)
- 1 sudu teh ajinomoto (jika mahu)
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 1 biji telur (tak kisah la gred apa janji telor)
- Air
CARA MEMASAK:
*****
(A)
1. Satukan tepung, taugeh, bawang, garam, gula, telur, serbuk penaik, serbuk bikarbonat dalam 1 bekas (gaul kasi rata)
(B)
2. Kisar (cili kering & juga ikan bilis)
3. Campurkan bahan A & B & air, gaul sebati *Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
4. Adunan rehatkan dalam 5-10 minit biar apa yang ada dalam bekas adunan tadi mengembang
5. Masa menggoreng pastikan minyak letak lebih & betol2 panas untuk mendapatkan hasil bulat tu & kacau selalu (aras api dikurangkan semasa proses mengacau)
6. *Garam jangan terlebih sebab ikan bilis dah masin
Tips: utk pastikan adunan kita tu cantik, selepas proses mengaul kesemua bahan jemputkan sedikit adunan tu, jika boleh dijempot bermakna adunan tu elok & hasil akan cantik.
Ok siap!
Kongsi resipi: darqysha’s adam
Resipi Kacang Goreng Homemade Sedap Untuk Kudap-Kudap.

Kacang Goreng homemade ni memang sangat mudah nak buat. Malah kudap-kudap sedap ni tak guna banyak bahan. Kalau nikmati sambil tonton TV, memang ralit. Sekejap je dah habis satu balang. Kos nya pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni. Anak-anak dan suami pasti suka.
KACANG TANAH GORENG
BAHAN-BAHAN:
- Kacang tanah besar
- Bawang putih – hiris
- Halia – hiris
- Serbuk nasi goreng
- Air secukupnya
- Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.
Kredit resipi & foto: E-cah Katman
Tercari-cari MICROWAVE baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Sendiri Murtabak Daging Sedap Untuk Minum Petang

Sedap Murtabak Daging ni. Makan panas-panas dicicah pula dengan kuah kari atau cuka bawang, memang berselera. Maklumlah, sekaranmg ni harga barang semua mahal. Andai beli, sekeping dalam RM4.00. Kalau anak ramai, memang tak cukup dan tak puas makan. Jadi jom cuba buat sendiri guna resipi mudah perkongsian saudari Yanie Mansor. Sangat mudah dan enak!
RESIPI MURTABAK DAGING MINI PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia
- Daging cincang – boleh guna isi ayam
- 3 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini
- 3 sudu makan rempah kari ikan – beli online disini
- 1 ulas bawang putih – beli online disini
- 2 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
- Daun sup
- Garam secukupnya
- Gula secukup rasa
- 2 biji telur
- Hirisan daun sup dan daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang putih dan bawang besar yang dipotong dadu.
2.Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3.Masukkan daging cincang atau isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
4.Masukkan gula dan garam dengan secukupnya dan masak sehingga kering. Angkat dan ketepikan.
5.Untuk balut murtabak, pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti yang dimasak tadi.
6.Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga sebati.
7.Balut dengan kulit popia dan masak dalam kuali hingga inti masak sepenuhnya.
8.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Yanie Mansor
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official