
Isi Kandungan
ToggleHidangan nasi lemak dah jadi hidangan biasa, untuk beri kelainan apa kata buat pula nasi lemak cara orang Utara atau dipanggil nasi lemak kuning.
Selain warnanya yang berbeza, cara memasak nasi lemak ini juga ada sedikit kelainan. Ia tak menggunakan santan dan ada bahan yang ditumis dahulu sebelum nasi ditanak. Bagi yang nak mencuba boleh ikut perkongsian daripada Nor Asiah. Menurut beliau resipi ini daripada arwah ibunya, tapi lain orang lain caranya.
Cara buat nasi lemak kuning Utara
Bahan-bahan
3 cawan beras
*2 tangkai daun kari
*Bawang kecil dihiris
*Bawang putih dihiris
*Halia
*4 rempah sekawan
*Daun pandan
2 sudu Planta
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit serbuk kunyit
Cara membuat :
1. Tumis bahan bertanda hingga wangi dan kekuningan.
2. Kemudian masukkan air ikut sukatan beras, serbuk kunyit, garam dan sedikit kiub ayam (jika suka).
3. Bila air dah mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak, boleh masukkan Planta dan tutup periuk, biarkan dalam 4 minit. Kemudian, buka dan kacau rata.
5. Siap untuk dihidang.
Bahan untuk sambal tumis
Cili Kering kisar
Bawang besar dan sedikit belacan (dikisar)
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Bawang putih (diketuk)

Cara membuat:
1. Tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan cili kisar, kacau samapi garing/ naik bau.
2. Masukkan bawang kisar tadi, dan masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka.
3. Tumis sampai naik minyak dan masukkan sedikit air, air asam jawa dan garam.
4. Bila mendidih boleh masukkan apa-apa lauk yang suka seperti udang, ikan bilis, sotong dan sebagainya.
Selamat mencuba
Sumber: Nor Asiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Simple Menu Nasi Ayam Briyani, Memang Sedap!

Cuaca sejuk dan hujan ni, sedap bila dapat makan hidangan yang menyelerakan seperti Nasi Ayam Briyani ni.
Cara masak pun mudah je. Inilah namanya menu simple yang berperisa.
Menurut tuan kongsi resipi ini, Aisyah Humaira, dia olah mengikut bahan yang ada di negara kita dan juga selera sendiri selepas menonton rancangan tv India.
NASI AYAM BERIANI
BAHAN-BAHAN:
6 cawan beras basmati (untuk sukatan, saya guna cawan kecil kaca ikea) – beli online di sini
1 peket kecil rempah empat sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga)
½ sudu kecil lada hitam
3 sudu besar besar minyak sapi adela vanaspati
3 biji bawang kecil | dipotong 2 – beli online di sini
4 biji bawang putih tanpa hiris – beli online di sini
2 helai daun pandan | disimpul
6 sudu besar sos tomato del montel (saya guna sos cili saji)
2 biji tomato | dihiris
2 senduk kuah ayam beriani (resipi lauk saya dah kongsi)
⅓ suku tin susu cair Saji – beli online di sini
3-4 tangkai daun ketumbar sekali batangnya
1 kiub pati ayam
Gula secukup rasa
Air secukupnya
TONTON Kelas Masakan Eksklusif Raya Live Bersama Anchor
TONTON Creamy Garlic Butter Chicken
CARA MASAK:
1. Cairkan minyak sapi adela dan masukkan rempah 4 sekawan, lada hitam dan kacau.
2. Masuk pula bawang kecil, bawang putih, buah tomato dan daun pandan kacau rata hingga bawang-bawang layu.
3. Masukkan sos, kuah ayam beriani, kiub pati ayam dan gula kacau sebati, lalu masukkan beras, susu cair serta air. Sukatan air sama seperti masak nasi biasa, cuma lebihkan sedikit sahaja kacau perlahan sebatikan, masuk daun ketumbar. Tutup periuk.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
NASI SEPARUH MASAK:
1. Masuk 2-3 ketul lauk ayam beriani, tutup periuk. Tunggu hingga nasi masak.
2. Setelah nasi masak, terus gemburkan perlahan-lahan untuk cantikkan nasi siap untuk dihidang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
AYAM MASAK BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong & cuci bersih
BAHAN KISAR:
7-8 biji bawang merah
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
4 inci halia – beli online di sini
Kisar asing: 15 tangkai cili kering yang telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh)
BAHAN REMPAH:
2 batang serai diketuk
1 helai daun pandan simpulkan
2 helai daun bay
2 sudu besar penuh rempah briyani
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbu kari ikan
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
5 sudu besar sos cili saji
4 biji buah tomato dipotong dadu
½ tin susu krimer sejat Saji
Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa
Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak. Sesekali kacau untuk elak dari hangus.
2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai.
4. Perisakan dengan garam, gula, reneh hingga ayam masak. Siap.
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/ini-tipnya-naktelur-rebus-menjadi-dengan-cantik-senang-dikupas/
Macam Ni Caranya Buat Roti Canai Homemade Lembut Sampai Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Nasi Goreng Cili Kering, Sedap & Ngam Untuk Sahur.

Ramai suka nasi goreng, dan nasi goreng itu sendiri pelbagai jenis. Dalam banyak-banyak jenis itu, mungkin Nasi Goreng Cili Kering yang dikongsikan ini, boleh membangkitkan selera bersahur anda seisi keluarga. Silap-silap bila jiran sebelah tercium bau pun teringin. Bagi anda yang ingin mencuba, ini resipinya.
NASI GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Segenggam ikan bilis
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering | telah direbus)
2 biji telur
Semangguk nasi
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
- Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah, cili kering dan ikan bilis.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
- Kemudian masukkan telur. Gaul sebati hingga telur masak.
- Masukkan nasi yang telah digembur-gembur. Gaul sebati.
- Masukkan garam.
- Bila dah sebati, siap untuk dihidang.
Kredit: #daridapurkakHas #kualikakHas
4 Aneka Nasi + 1 Mi Terbaik Dari Azian Hasan

Nak kelainan dalam hidangan nasi ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi dari Azian Hasan, penulis buku masakan. Garapan resipinya memang ori dan gerenti jadi.
Katanya memasak makanan yang sedap pastinya memahat kenangan indah buat orang yang menjamu hidangan yang disediakan. Cubalah nanti ya…
1. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
- 1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
- 3 cawan beras biasa
- 4 cawan air rebusan daging
- 2 labu bawang merah besar | dihiris halus
- 2 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1.5 sm halia | dihiris halus
- 2 sm kulit kayu manis
- 1-2 kuntum bunga lawang
- 3 sudu makan mentega
- 3 sudu makan minyak masak
- 3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan tomato puri
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1.Panaskan minyak dan mentega
2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
3.Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
4.Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
5.Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
6. Apabila masak gaulkan sekata.
Cara memasak : Tumis dan didih
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
2. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan beras basmathi | dibersihkan dan direndam selama sejam
- 1 ¾ cawan air
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 biji bawang merah | dimayang
- 2.5 sm halia | dihiris memanjang
- 2 biji tomato | dipotong dadu
- 1 batang lobak merah | dipotong dadu
- 2 biji ubi kentang | dipotong kecil
- 200gm kobis bunga | dipotong kecil
- 1 cawan kacang pis hijau
- 4 biji cili hijau | dipotong pendek
- 2 cekak daun ketumbar | dihiris halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji pelaga
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi.
2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi.
3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air.
4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat
INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.
3. BIHUN YING YONG
BIHUN YIN YONG.
BAHAN-BAHAN :
- 100gm bihun
- 100gm isi ayam | dipotong dadu
- 1 biji lobak merah | dipotong memanjang
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu teh pati serbuk ayam
- 1 sudu teh minyak bijan
- ¼ sudu teh garam
- ¼ sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan air
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng mihun sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak.
3. Masukkan udang dan masak sehingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan bawang putih . Masak sehingga wangi.
5. Masukkan isi ayam, stok ayam, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
6. Campurkan tepung jagung bersama air dan tuangkan ke dalam kuah.
7. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya.
Jenis masakan : Sajian mi, China Kantonis
Keistimewaan : Hidangan bihun istimewa enak berperisa
INFO CHEF : Bihun yang digoreng memberikan rasa rangup. Anda boleh aje menggandingkannya atau menambah ramuan kuey teow.
4. NASI ISTIMEWA BERLABU
BAHAN-BAHAN :
- ¼ biji labu | dipotong dadu kecil
- 4 ulas bawang putih | dicincang
- 1 sudu makan udang geragau/udang kering | ditumbuk
- 1 mangkuk nasi putih
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 biji cili merah | dipotong dadu
- 2 tangkai daun bawang |dipotong pendek
- 2 tangkai daun sup | dihiris halus
- 4 sudu makan minyak masak
- ¼ sudu teh serbuk lada sulah
- ¼ sudu teh garam
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing.
3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk.
4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram.
5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah.
8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion
Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat
INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.
5 .DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
- 250gm daging cincang
- 4 biji cili merah | dihiris halus
- 4 biji cili padi| ditumbuk
- 5 ulas bawang putih | ditumbuk
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 genggam daun selasih
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masak sehingga cili garing.
4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan garam.
7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
RESIPI : AZIAN HASAN, PENULIS BUKU MASAKAN