
Dalam bulan Syawal ni menu lemang dan nasi impit memang antara menu yang jadi kegemaran ramai. Memang sedap kalau dimakan bersama rendang, serunding atau kuah kacang. Namun, ramai yang kurang pasti cara-cara untuk hasilkan nasi himpit homemade dalam kuantiti yang sedikit. Perkongsian Puan Khatimah ni boleh anda cuba. Mudah, sedap dan pejal. Nak buat pun mudah je. Hanya guna bekas tupperware. Jom cuba.
CARA MASAK NASI HIMPIT BEKAS TUPPERWARE
BAHAN-BAHAN:
- 1 pot beras
- 3 pot air
- (Boleh tambah daun pandan supaya wangi)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras dan masukkan air. Masak sehingga nasi masak. ( Jika masak guna periuk nasi elektrik, masak seperti biasa. Jika guna periuk tekanan, set HP 7 minit)
2. Bila nasi sudah masak, masukkan dalam bekas. Hentak-hentak sedikit dan padatkan. Biar nasi sejuk kemudian barulah ditutup penutupnya.
3. Biarkan nasi impit semalaman sebelum dipotong. Kalau nak cepat makan, masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dah boleh potong.
4. 1 cawan sukatan beras cukup-cukup untuk saiz bekas tupperware empat segi. Boleh juga guna bekas lain ikut kesesuaian.
Kredit resipi & foto: Khatimah Abdul Jalil
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teringin Makan Nasi Briani, Ini Resipinya Siap Lauk & Sayur Sekali.

Masak Nasi Briani, tapi nak padankan dengan lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali. Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau anda sediakan untuk hidangan keluarga dan tetamu di hujung minggu ni. Jom cuba…
NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
- 2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
- 4 biji buah tomato | potong dadu
- 100 gm daun pudina
- 100 gm daun ketumbar
- 1 liter air
- 200ml susu cair
- 4 sudu makan minyak sapi
- 1/2 cawan kismis
- 1/2 cawan kacang gajus | bakar
- Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 5 ulas bawang merah | hiris
- 3 ulas bawang putih |hiris
- 2cm halia | hiris halus
- 2cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
- Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
- Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
- Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
- Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
KAMBING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing | potong ikut cita rasa
- 4 biji kentang | kupas dan belah empat
- 2 biji bawang besar | belah empat
- 2 biji cili merah | belah 2 tapi tak putus
- 2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
- 2 sudu makan bawang goreng
- 2 pokok daun ketumbar
- 1 cawan susu cair/segar
- 1 biji lemon
- 1 biji bawang besar, hiris
- 2 sudu makan rempah briani
- 2 sudu makan gula Melaka
- 2 sudu makan kerisi
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR - 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cmhalia
- 1 biji tomato yang masak ranum
- 3 biji cili hijau
BAHAN TUMIS - 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
- Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
- Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
- Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
- Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
- Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
- Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
ACAR TUMIS:
BAHAN-BAHAN:
- 2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
- 1batang lobak merah | hiris memanjang
- 2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
- 8ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu makan serbuk kari daging
- 2 cm halia hiris memanjang
- 2 sudu makan cuka
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh biji sawi
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
- Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
- Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
- Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
- Jika perlu tambah air, tambahkan sedikit sahaja.
- Gaul rata, angkat dan sedia dihidangkan.
Menu Senang Masak, Nasi Goreng Kampung Terlajak Sedap. Dah Makan Mesti Tambah!

Balik rumah lapar, menu paling senang nak masak tentunya nasi goreng. Ada pula ikan bilis dan kangkung, tambah cili padi sikit boleh buat nasi goreng kampung. Nak lagi sedap tambah telur mata makan panas-panas. Memang mudah nak masak dan sedap di makan. jom kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Siti Hawa Abdul Aziz ini.
RESIPI NASI GORENG KAMPUNG
BAHAN TUMBUK:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih –BELI ONLINE
Belacan –BELI ONLINE
Sedikit ikan bilis –BELI ONLINE
10 tangkai cili padi/api (lagi pedas lagi sedap) –BELI ONLINE
BAHAN UNTUK NASI:
6 cawan nasi
5 biji telur
1 ikat kangkung
Ikan bilis (digoreng)
Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.
3. Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.
4. Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
5. Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.
6. Nasi goreng kampung sudah siap!
7. Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.
8. Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.
9. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.
Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.
Sumber kredit: Siti Hawa Abdul Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Step By Step Mudah Buat Puding Buih Kuah Kastard, Makan Sejuk-sejuk Memang Layan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Nasi Kukus Yang Mudah & Tak Berkerak

Isi Kandungan
ToggleNasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- Beras
- Air
- Bekas (seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
RESIPI SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- Cili merah
- Cili padi – beli online DISINI
- Air asam jawa – beli online DISINI
- Belacan – beli online DISINI
- Garam secukup rasa
- Perasa | jika suka
- Limau nipis @ limau kasturi – beli online DISINI
* Jumlah bahan mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Yatie Tie
Anda sedang mencari PENGUKUS? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Mudah & Sedap. Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran
Resipi Nasi Kacang Dhal Lengkap Dengan Kurma Daging Tumis Darat, Puas Makan Gerenti Disukai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: