Puding Buih Kuah Kastard antara sajian pencuci mulut yang enak dinikmati sebagai ‘penyejuk’ tekak. Amat popular di sebelah pantai timur, Puding Buih dimakan bersama dengan kuah kastard, memang sedap. Cair di dalam mulut. Mari kita cuba resipi membuat Puding Buih Kuah Kastard seperti yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli
RESIPI PUDING BUIH SOS KASTARD
BAHAN A 20 gm agar-agar tali cap burung layang-layang –BELI ONLINE 2 helai daun pandan 1/2 cawan gula 1/2 –BELI ONLINE 600 ml air
CARA MEMBUAT:
Masukkan air, daun pandan dan agar-agar. Masak hingga agar-agar larut. Selepas itu masukkan gula dan tutup api. Sejukkan. Ketepikan.
Bahan B
5 biji telur ayam gred B (asingkan putih telur dari kuning telur) 1 sudu kecil perisa vanilla 1 sudu kecil pewarna (ikut suka warna apa)
Ads
CARA MEMBUAT: 1. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang ( kalau terbalikkan bekas pun tidak jatuh (guna handmixer)
2. Kemudian masukkan 4 biji kuning telur (1 kuning telur untuk sos kastard)
3. Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan agar-agar tadi sedikit demi sedikit.
Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
1. Bersihkan ikan dan rendam dalam air asam jawa. Rendam seketika. Kemudian, bersihkan ikan dan letak ikan di dalam bekas tahan panas.
2. Masukkan ajinomoto, garam, gula, bawang putih jeruk, bawang besar, halia, cili padi, tomato, jus limau nipis, air bawang putih jeruk dan secukup rasa. Sebatikan.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.