Setiap kali menikmati Yong Tau Foo, suka makan kuetiau @ Chee Cheong Fun? Ha.. lepas ni bolehlah buat sendiri. Mudah sangat cara mmebuatnya. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Saudari Rosmini Rozi ada kongsikan resipi yang boleh dicuba. Siap dengan resipi kuah merah dan hitam. Selamat mencuba!
Snek barat memang sungguh mengenyangkan. Boleh pulak dibuat makan tengahari dan juga malam. Makanan segera ni sebenarnya tidaklah sukar sangat dibuat.Jika diperhati kepingan burger dan sosej buatan sendiri lebih berkhasiat dan sedap berbanding jika dibeli yang sudah disejukbeku dan diproses. Gerenti bersih tanpa pengawet.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar di SG Academy, Kuala Lumpur, hasil idea Chef Muhammad Aizat Sha’rani, Chef Nadzirah Abdul Razak dan Chef Faibus Anak Kandau.
1. HOTDOG U.S VERSION
BAHAN-BAHAN:
Bahan sosej :
1 kg isi ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh thyme
1/2 sudu teh oregano
3 tangkai cili kering
1 cawan stok ayam
*Menghasilkan 4 biji sosej yang besar
4 biji roti sosej
30 gm daun salad
1biji tomato
2 biji jeruk timun
1 biji bawang Holland
Kepingan keju
Sos cili secukupnya
Mayonnaise secukupnya
Sos mustard secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak sosej :
Mula-mula satukan bahan-bahan membuat sosej. Kisarkan dalam mesin pengisar hingga halus dan sebati.
Kemudian masukkan bahan kisar tadi dalam piping beg dan gunting di hujung atas bekas yang sesuai.
Sediakan pembalut plastik (cling film) untuk kita picitkan bahan kisar tadi ke atasnya.
Seterunya gulung kemas , simpulkan hujung pembalut plastik tadi hingga ketat dan padat. Ikat kuat kiri dan kanannya.
Didihkan air dan rebus sosej berbalut tadi dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air sejuk sebentar .
Biarkan seketika.
Cara penyediaan hot dog:
Panggang sosej tadi hingga masak
Hiris tomato, jeruk timun
Hiris bawang holland
Letakkan dan lapiskan salad, hirisan tomato dan jeruk timun ikut citarasa
Akhir sekali letakkan sos cili, mayonnaise dan sos mustard dan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Panggang
Jenis masakan: Street food Amerika Syarikat
Keistimewaan:Mudah disediakan dan sesuai untuk bila-bila masa sahaja.
Info chef : Sosej yang dibuat sendiri lebih berkhasiat dan terpelihara dari bahan pengawet dan perisa
2. ITALIAN PIZZA MAGHERITA
BAHAN -BAHAN:
Bahan doh pizza :
½ cawan air suam
1sudu makan yis
1 sudu teh gula
2 cawan tepung gandum | diayak
½ sudu teh garam
1 sudu kecil pelembut roti
2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
Bahan sos pizza :
1 sudu makan mentega | untuk menumis
50 gm bawang holland | dicincang halus
100 ml puri tomato
1 sudu makan pes tomato
1 sudu teh oregano kering
1 sudu teh thyme kering
¼ sudu teh garam
½ sudu teh gula pasir
1/8 sudu teh serbuk lada sulah
100 g keju mozzarella | diparut halusBahan topping :
50 gram daun basil
Sedikit paperoni | ikut suka
Keju mozarella secukupnya
1/2 sudu kecil minyak zaitun
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh :
Bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan sehingga berbuih(lebih kurang 15 minit)
Di dalam bekas lain, gaul tepung bersama garam dan pelembut roti
Masukkan minyak dan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh(boleh tambah atau kurangkan air mengikut kesesuaian)
Sapukan bekas besar dengan minyak. Perap doh lebih kurang 60 minit atau sehingga naik kali ganda.
Bahagikandoh kepada dua bahagian. Canai doh menjadi leper dan masukkan ke dalam bekas pembakar yang sesuai.
Siapkan dulang pembakar pizza, tabur dengan sedikit tepung gandum.. Nipiskan adunan dan rehatkan kembali 15 minit.
Sapu permukaan dengan sos pizza hingga rata.
Letakkan bahan topping, taburkan peperoni , keju mozarella dan daun basil. Renjiskann dengan minyak zaitun.
Bakar di dalam oven panas bersuhu 200 darjah Celcius selama 25 -30 minit.
Keluarkan dan pizza sedia dihidang.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 40 minit hingga 1jam
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Pizza Itali
Keistimewaan: Roti pizza yang lembut dan kerak pizza yang rangup
Info chef :Anda boleh meletakkan topping kesukaan anda, seperti buah zaitun, ayam, nenas, lada benggala, hirisan tomato dan sebagainya.
3.TACOS
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
2 keping dada ayam (isi ayam) | dipotong dadu
3 sudu makan taco seasoning
1 biji bawang Holland | dicincang
1 lada benggala atau jalapeno (jika ada) | dicincang
1 biji tomato | dipotong dadu
2 sudu teh minyak zaitun @ mentega
1 biji buah avokado | dicincang
Bahan taco seasoning :
1 sudu besar serbuk cili
¼ sudu teh serbuk bawang putih
¼ sudu teh serbuk bawang merah
¼ sudu teh crushed red pepper flakes/ atau cayenne pepper
¼ sudu teh dried oregano
½ sudu teh paprika
1 ½ sudu teh serbuk jintan putih (cumin)
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
*Digaulkan sekali
Bahan roti tortilla :
2 cawan tepung gandum.
3 sudu besar minyak sayur atau shortening.
½ sudu teh garam.
2/3 cawan air suam
CARA MEMASAK :
Cara memasak inti : 1. Masukkan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, setelah panas, masukkan bawang. Masak bawang hingga menjadi lembut.
2.Masukkan lada benggala atau jalapeno dan masak lebih kurang 3 minit.
3.Setelah itu, masukkan ayam dan masak hingga cecair di serap oleh ayam (masak sehingga kering).Masukkan taco seasoning. Masak lebih kurang seminit, angkat dan sedia untuk dimasukkan ke dalam kepingan tortilla.. Anda juga boleh beli tortillasiapdi pasaraya
4. STEAK BURGERS
BAHAN-BAHAN:
Bahan buat daging burger :
500 gm daging lembu | sudah dikisar
1/2 biji bawang besar | didadu kecil
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
1 sudu teh mixed herb
30 gm serbuk roti
2 sudu makan susu
4 biji roti burger
Jeruk timun secukupnya
Salad secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Hirisan bawang holland
Beberapa kepingan keju
Sos mustad | ikut suka
Sos cili dan tomato | ikut suka
Mayonnaise secukupnya
CARA MEMASAK :
Tumiskan bawang yang didadu dengan sedikit minyakl sehingga kekuningan. Ketepikan.
Campurkan susu ke dalam serbuk roti. Gaulkan..
Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar. Gaul sebati
Bahagikan kepada 4 bahagian.
Ambil satu bahagian dan bulat-bulatkan. Balik-balikan kepingan burget atas tapak tangan untuk keluarkan angin.
Panaskan 2 sudu makan minyak masak di atas kuali. Letakkan kepingan burger.
Goreng hinggabahagian bawah daging masak.Balikkan daging, masukkan sedikit air di dalam kuali dan tutup kuali.
Masak sehingga semua air sudah diserap dan cucuk daging dengan lidi. Bilajus yang keluar daripada daging jernih maksudnya daging burger sudah
Letakkan tomato,salad, jeruk timun , bawang holland ke dalam roti burger dan letak daging burger dan lapiskan keju. Tuangkan sos tomato/cili dan mayonaise akhir sekali letak sos lada hitam.
Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang
Waktu memasak:30 hingga 45minit
Cara memasak: Panggang
Jenis masakan: Snek makanan segera, Amerika Syarikat
Tortilla Mini Wrap berinti Nuget Ayam ni sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sangat mudah sahaja cara penghasilannya. Sekali buat, boleh makan satu keluarga. Kalau buat untuk sarapan, minum petang malah sesuai juag untuk sajian makan malam bagi anda yang mahukan sajian yang lebih ringkas. Kombinasi perlbagai bahan sebagai inti, membuatkan hidangan ini begitu mengenyangkan sekali. Nak cuba buat? Saudari Jaja Ramliada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
1. Goreng nuget ayam hingga masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan. Boleh juga guna nuget kegemaran yang lain.
2. Petua daun salad supaya tahan segar lebih lama, rendamkan dengan air garam dalam 2-3 minit. Kemdian toskan.
3. Sos cili dan mayones yang diletak dalam botol supaya lebih senang untuk digunakan.
4. Panaskan tortilla terlebih dahulu dalam kuali. Terbalikkan dalam beberapa saat kemudian lipat sebegini supaya nampak garisan. Nanti senang nak potong 2.
5. Buat seperti ini supaya dapat tortilla saiz mini.
6. Letak Roti wrap pada kedudukan sebegini. Letak mayones dan sos cili atau apa sahaja sos kegemaran.
7. Letak daun salad, nuget dan letak lagi mayones dan sos cili.
8. Lipat roti wrap begini.
9. Jika mahu nampak kelainan, boleh bungkus wrap guna kertas burger. 10. Ambil sekeping kertas pembalut burger kemudian potongkan pada 4 bahagian dan lipat.
11. Untuk lebih kemas, letak salotape di hujungnya.
12. Mini Tortilla Nuget Ayam siap disediakan. Sedia untuk dinikmati.
Biji durian buat kerepek, dah beli durian mahal-mahal kenalah manfaatkan sepenuhnya. Selain isi yang sedap dimakan, biji durian pun boleh diolah jadi kerepek rangup yang sedap dan unik dengan rasa lemak-lemak.
Kerepek biji durian ini memang sesuai sangat dijadikan jajan. Tak rugi buat, nak tahu caranya? Ikut resipi mudah dari Rozana Hashim AsSalihin ini.
Biji durian buat kerepek, ini caranya
Bahan-bahan
Biji durian
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan
1. Bersihkan biji durian dari sebarang isi dan kotoran. Jika rajin boleh buang sekali lapisan berwarna coklat, tapi boleh saja jika dibiarkan. Kemudian rendam dengan air garam semalaman.
2. Esoknya, bilas biji durian kemudian sagat nipis-nipis menggunakan penyagat biasa.
3. Selepas selesai disagat, biarkan selama lebih kurang sejam dua sebelum digoreng.
4. Panaskan minyak yang agak banyak, kemudian goreng menggunakan api perlahan. Kacau selalu, kerepek ini mengambil masa untuk garing jadi jangan gunakan api yang terlalu perlahan, supaya tak mengambil masa yang lama untuk menggoreng.
5. Tanda kerepek sudah masak, ia akan rasa ringan bila kacau. Waktu ini bolehlah diangkat dan tos.
6. Biarkan sejuk, kemudian boleh simpan dalam bekas kedap. Kerepek biji durian ini sedap kerana ada rasa lemak-lemak.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!