Popia Sira ni memang sedap. Namun ada juga yang bila buat Popia Sira homemade, hasilnya jadi lemau dan tidak rangup. Istimewa buat anda yang sukakan snek ringan yang enak ni, RASA kongsikan resipi Popia Sira perkongsian dari saudari Mariana Zainal. Cubalah. Hasilnya pasti memuaskan hati.
RESIPI POPIA SIRA
BAHAN-BAHAN:
2 paket kulit popia
1 batang lidi sate
Sedikit air untuk dijadikan gam
Berus
CARA MENGGULUNG:
1. Bentangkan sekeping kulit popia. Letak lidin sate.
2. Gulung kulit popia jangan ketat. Longgar-longgar je.
Ads
3. Sapu air dihujung kulit popia menggunakan berus dan teruskan menggulung. Keluarkan lidi sate.
4. Ulang langkah sama hingga siap. Kemudian gunting serong.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali menggunakan api sederhana perlahan. Jangan guna api besar kerana nanti popia tidak rangup.
6. Apabila minyak sudah panas, masukkan popia. Elak masukkan popia ketika minyak panas berasap kerana popia akan hangus.
7. Apabila popia telah perang, angkat dan toskan. Biarkan suam sebelum disira.
SAMBAL SIRA
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 cawan air
BAHAN LAIN:
Ads
1 ½ senduk makan minyak untuk menumis
6 sudu makam gula
2 cubit garam
Secubit bahan perasa (jika perlu)
1 cawan kacang tanah yang telah digoreng( nak letak ikan bilis goreng garing pun boleh)
Daun kari (jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan daun kari. Kacau seketika.
2. Tambahkan bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa. Masak hingga sambal menjadi gelap, pekat serta berbuih-buih.
3. Perlahankan api dan masukkan kacang serta popia yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Tutup api dan tuang popia sira tadi di atas talam.
Ads
5. Bila popia telah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika suka, boleh juga tabur sedikit bijan yang telah siap disangai.
Siapa suka makan sambal kentang tempe crispy? Makanan ni sering dijadikan seperti snek ringan yang boleh dimakan atau diratah begitu sahaja, atau boleh juga dimakan bersama nasi dan hidangan-hidangan yang lain. Ia sangat mudah dan lazat! Selamat mencuba!
Sambal Kentang Tempe Crispy
Bahan-Bahan
Kentang (hiris nipis)
Tempe(hiris nipis)
Kacang tanah
Ikan bilis -Semua bahan di atas di goreng, ketepikan
Bahan Sambal
1 mangkuk cili kering kisar*
3 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bwg putih *
1 inci belacan*
Gula dan garam secukupnya
Minyak utk menumis
Cara Penyediaan
Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau
Masukkan garam dan gula. Masak sampai pecah minyak, sampai warna sambal menjadi sedikit gelap
Sejukkan sambal. Kemudian campur bahan-bahan yang digoreng di atas, gaul rata
Belum ada idea nak masak apa untuk kudapan suami dan anak-anak? Resipi Cucur Megi Udang Halusperkongsian saudari Jaja Noriza ini antara yag boleh dicuba. Rasanya sangat sedap dan boleh bikin ketagih tau! Mudah sahaja cara pembuatannya malah bahan-bahannya boleh diubah mengikut selera masing-masing. Tapi udang tu, jika letak lagi banyak, lagi nikmat rasanya. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa mengikut selera masing-masing. Nak masak untuk minum petag, makan malam, sarapan atau snek ketika menontin tv pun semuanya sesuai. Jom cuba!
CARA MASAK CUCUR MEGI UDANG HALUS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 keping mi segera – celur 10 sudu makan tepung gandum – beli online disini 1 biji bawang besar – dipotong dadu – beli online disini Lobak merah – dihiris halus Daun bawang – dipotong halus Cili merah – hiris Udang kecil secukupnya – lebih banyak lagi sedap 1 biji telur Garam, serbuk kunyit & cukup rasa secukupnya Air secukupnya
NOTA: Untuk campuran bahan, boleh letak apa sahaja bahan yang sesuai terpulang cita rasa masing-masing.
CARA MEMASAK: 1.Satukan bahan-bahan dan campurkan dalam mangkuk yang bersesuaian.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digaul rata dan sebati.
3. Rupa adunan yang telah diadun sebati.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Ceduk adunan, bulat-bulatkan dan masukkan ke dalam minyak.
5. Goreng cucur hingga kekuningan dan garing supaya teksturnya jadi rangup dan enak.
6. Cucur Megi Udang Halus sedia dihidangkan bersama sos.
Kali ini RASA nak kongsikan satu lagi resipi berasaskan kulit popia yang sangat sedap, rangup dan manis berkaramel. Mana tau ia boleh dijadikan sebahagian koleksi kudapan raya anda semua, hanya guna tiga bahan je dan jadi. Anda untuk kerana kos murah, buat senang, kudapan raya bertambah. Jom cuba.
POPIA KARAMEL BAHAN-BAHAN: 15 keping kulit popia 3 sudu makan gula pasir 2 sudu makan tepung gandum | bancuh dnegan 3 sudu makan air Kacang tanah secukupnya | goreng tanpa minyak/sangai dan buang kulit luarnya Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Gunting kulit popia menjadi 4 atau 6 bahagian. Disarankan potong 4 bahagian.
Ambil satu keping kulit popia yang sudah digunting, sapukan bahagian hujung atas dan bawah dengan larutan tepung gandum tadi (berfungsi sebagai gam supaya kulit popia yang digulung melekat).
Letakkan kacang tanah di bahagian bawah lalu gulung ke atas. Lakukan hingga habis.
Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali (mesti betul-betul panas).
Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan popia dan goreng hingga kuning keperangan. Angkat dan toskan.