Bila sebut pasal kordial sirap banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Teringin nak bancuh sendiri kordial sirap pandan sedap? Resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar kongsikan resipi mudah yang boleh anda cuba. Bila masak, wangi satu rumah tau.Best!
CARA MEMASAK: 1.Masukkan gula ke dalam periuk, bubuh air biar tinggi sikit dari paras gula. 2.Daun pandan dikoyak-koyakkan dan disimpul. Masukkan ke dalam air gula tadi.
3. Masak sampai air gula mendidih kemudian masukkan sirap merah, perisa pisang dan esen ros. 4. Masak hingga mendidih dan kordial menjadi sedikit pekat.
5. Sejukkan kordial sebelum dituang ke dalam botol untuk disimpan. 6.Untuk menikmatinya, masukkan kordial sirap pandan ke dalam bekas, bancuh dengan air secukupnya dan nikmati sejuk. Selamat mencuba!
Nak try buat minuman yang rasanya macam susu kultur terkenal? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Haziqah ini. Panas-panas minum air macam ni pun layan jugak kan?
AIR OREN ALA VITAGEN
Bahan-bahan
4 sudu besar oren sunquick – beli online disini
4 sudu besar susu pekat
400 ml air panas
Ais secukupnya
Cara membuat
1. Masukkan oren, susu pekat dalam cawan. Bancuh dengan air panas. Kacau laju-laju dan lama sikit supaya air tak berkeladak atau susu pecah.
2. Biarkan sejuk dan masukkan ais.
Barli adalah antara bijirin yang bagus serta baik untuk kesihatan dan kebaikannya sudah diketahui dunia sejak berzaman lagi. Malah ia antara amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan seharusnya diikuti serta dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyempurnaan ibadah yang bermutu.
foto: seriouseats.com
Barli juga merupakan bijirin yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, protein, asid amino serta vitamin dan beberapa galian yang lain. Kajian klinikal yang telah dijalankan di Australia, Kanada dan Amerika syarikat melaporkan bahawa serat barli efektif dalam membantu merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli juga amat penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Selain itu, ada banyak lagi khasiat barli ni. Antaranya ialah:
1. Merawat Kencing Kotor.
Jika anda terkena kencing kotor ataupun dengan kata lainnya, jangkitan pada saluran saluran kencing, anda boleh mengamalkan minum air barli. Ini kerana barli bersifat diuretik ( mempercepatkan proses pengeluaran air dari badan). Ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
2. Mengurangkan Berat Badan
Kandungan serat dalam barli membantu anda untuk rasa kenyang secara lebih lama. Oleh yang demikian, ia amat sesuai dinikmati bagi anda yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Amalan meminum air barli juga dikatakan mampu memberi manfaat pada kesiahatn. Beta-glucan yang terkandung didalamnya dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Oleh itu ia dapat membantu mengelakkan masalah darah tinggi, jantung dan strok.
4. Membantu Legakan Cirit Birit
Barli sangat baik untuk kesihatan usus serta mempercepatkan proses penghadaman. Malah, jika anda mengalami masalah cirit birit, anda boleh mengamalkan pengambilan air barli bagi menstabilkan kembali kandungan bendalir dan elektrolit dalam badan.
5. Mengawal Kencing Manis
Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ia dikatakan boleh menstabilkan kandungan gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam barli juga dikatakan dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
6. Menyejukkan Tubuh
Barli terkenal dek kerana khasiatnya serta kemampuannya yang mampu menurunkan suhu badan. Oleh itu, jika demam, anda disarankan untuk meminum air rebusan barli. Air barli juga antara minuman terbaik yang boleh menyejukkan badan. Oleh itu jika anda mengalami hari yang memenatkan serta cuaca yang panas, cubalah untuk minum air bali. Pasti anda akan rasa lebih segar.
Selain dijadikan minuman, barli juga boleh dijadikan manisan serta dimasak bersama nasi. Malah, jika anda mahukan hidangan dari barli yang lebih mengenyangkan, boleh cuba resipi Risotto Barli Keju Kacang Pis ini. Selamat mencuba!
RISOTTO BARLI KEJU KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
200gm biji barli
1 tin kecil kacang pis
750ml stok ayam
500ml air
2 biji bawang putih } cincang
1 biji bawang besar sederhana besar } potong dadu
3 sudu makan mentega
2 sudu makan daun rosemary } cincang halus
50gm keju parmesan } parut
Garam secukup rasa
Lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Ambil periuk dan panaskan stok ayam atau stok sayur-sayuran bersama air hingga mendidih. Setelah itu, padamkan api dan tutup periuk untuk biar ia kekal panas. Ketepikan.
Ambil sebuah kuali besar dan panaskan satu sudu makan mentega. Apabila cair, masukkan bawang yang telah dicincang hingga ia lembut dan terbit wangi. Setelah itu masukkan bawang putih dan goreng untuk seminit lagi.
Tuang barli ke dalam kuali dan masak sekitar 4-6 minit, sebelum masukkan 250ml stok ayam.
Masukkan daun rosemary yang telah dicincang. Kacau rata.
Masukkan stok ayam selebihnya sedikit demi sedikit sehingga ia meresap dan barli masak sepenuhnya. Sesekali kacau adunan dengan perlahan-lahan. Proses itu berjalan antara 30-45 minit sehingga barli masak sepenuhnya.
Setelah itu masukkan kacang pis, sedikit mentega (lebihan tadi) dan keju parmesan sejurus sebelum menutup api. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahu rasa lebih enak, boleh ditambah isi udang segar ke dalam risotto.
Neslo Karamel ini memang sesuai sangat diminum ketika cuaca panas macam sekarang. Rasanya tentulah sedap, lemak dan berkrim. Nak buatnya pun tidak susah mana dan bahan-bahan pun ringkas sahaja. Sekali pandang macam kopi jenama mahal. Jom kita cuba buat Neslo Karamel seperti yang dikongsikan oleh Wanmafiq
RESIPI NESLO KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
1 sachet Nescaffe Latte Caramel 1/2 sudu teh Milo – BELI ONLINE 100 ml air panas 100 ml air suam 100 ml susu full cream – BELI ONLINE Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Satukan nescafe, milo, air panas, air suam dan susu. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan ais.
2. Tuangkan ke dalam gelas. Siap untuk dihidangkan.