Air jamu ini selalu dihidangkan sementara menunggu atau selepas buat rawatan spa. Bila dah lama tak ke spa, ada masa kita pun teringin nak minum air jamu yang harum berbau rempah dan juga pudina ini.
Tapi tak perlulah ke sana semata-mata nak minum air jamu sebab kita pun boleh buat sendiri di rumah. Air ini elok diminum terutama bila badan terasa letih dan lemau. Cara membuatnya dikongsi oleh Sarifa Redzuan II
Air jamu untuk kembalikan tenaga dan buang angin
Air jamu ni sesuai untuk lelaki, perempuan serta remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala pun berkurang.
Ads
Sesuai diminum satu cawan setiap hari. Air ini juga elok disediakan di spa sebagai welcome drink pelanggan. Aromanya memang superb! Lepas minum paling best kita akan sendawa, kerana angin keluar. Lega…
Bahan-bahannya
Halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina
Cara membuat
1. Halia dan serai diketuk kemudian rebus semua bahan dengan 6 cawan air.
2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
Ads
3. Tapis airnya dan masukkan satu sudu besar madu.
4. Dah siap jamu yang mampu tambah tenaga. Cuba ya. Sedap sangat.
Ads
Boleh guna untuk sinus, mandian, stim muka pun boleh
Selain dibuat jamu, air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus.
Untuk sinus, air ini perlu di stim pada wajah sambil menyedut aromanya. Tapi untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
Untuk mandian pun boleh. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Kemudian boleh mandi buat bilasan terakhir.
Sedap buat smoothies tembikai ni. Rasanya manis, lemak-lemak sikit. Sesuai diminum seisi keluarga. Boleh dibuat minuman kala musim panas.
SMOOTHIES TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
500 gram tembikai
200 ml susu segar
100 ml plain yogurt
3 sudu besar gula
Sedikit hirisan tembikai utk hiasan
CARA MEMBUAT
1. Tembikai dibuang biji dan dipotong dadu.
2. Sejuk bekukan tembikai selama 5 jam.
3. Kemudian kisar tembikai bersama susu segar, plain yogurt dan gula.
4. Masukkan dalam gelas dan hias dengan hirisan tembikai jika suka. Boleh diminum begitu saja.
Ketika cuaca panas, ada kala rasa teringin nak minum minuman berais dengan harapan dahaga boleh dihilangkan. Pilihlah minuman yang boleh menyihatkan bukan hilangkan dahaga semata-mata. Misalnya jus kalamansi atau limau kasturi. Kebaikan limau ini selain boleh meningkatkan paras energi, turut mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu seseorang awet muda. RASA kongsi 3 resipi buat air.
JUS KALAMANSI ASAM BOI
Bahan-bahan
8 biji limau kalamansi (diperah dan ambil jusnya)
5 sudu makan gula pasir
3 gelas air
2 biji limau kalamansi (dihiris bersama kulit)
6 biji asam boi
Ais secukupnya
Cara membuat
1. Masukkan jus limau kalamansi bersama air dalam jag. Kacau rata sehingga gula larut.
2. Kemudian masukkan hirisan buah limau kasturi dan asam boi. Kacau lagi.
3. Masukkan ais secukupnya.
4. Untuk kelainan boleh hidangkan jus ini dalam botol.
SIRAP BANDUNG STRAWBERI LAICI
Bahan-bahan
2 sudu makan gula
Air secukupnya
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi (dibelah 4)
5 biji laici dalam tin
Ais secukupnya
Cara membuat
1. Larutkan gula dalam air.
2. Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3. Masukkan strawberi dan laici.
4. Tambahkan air dan ais. Sedia diminum.
JUS OREN SELASIH PUDINA
Bahan-bahan
2 biji buah oren (diambil jusnya sahaja)
3 gelas air mineral
4 sudu makan gula pasir
1 sudu makan selasih yang telah direndam
10 helai daun pudina
Ais secukupnya
Cara membuat
1. Masukkan jus oren ke dalam jag bersama air mineral dan gula.
2. Kacau rata sehingga gula larut.
3. Masukkan selasih, daun pudina dan ais. Kacau lagi.
4. Ambil empat biji limau kalamansi yang lain dan dipotong bulat untuk hiasan.