Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yang garing, pedas dan empuk.
Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dengan bahan kisar (bawnag putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dengan air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa untuk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging hingga empuk.
Simpan Air Rebusan
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut untuk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.
Ads
Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis
Hiris nipis daging dengan cara melawan ira daging, kemudian ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .
Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng untuk mendapatkan tekstur luar yang garing untuk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dalam minyak panas yang banyak, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.
Ads
Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dengan bawang merah yang kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dengan lesung batu.
Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini hingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata hingga garing dan tutup api.
Ads
DENDENG DAGING BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 tangkai cili kering
300ml air kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dengan bahan kisar. Perap seketika.
2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus hingga empuk, tambah air jika belum empuk.
3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan.
4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk hingga nipis.
5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja.
6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging.
9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Muffin Pandan ni. Nampak lembut dan gebu. Bagi anda yang suka makan kek dan muffin, resipi perkongsian saudari Nur Filzah Akma ni antara yang boleh dicuba. Bakar guna air fryer je! Sangat mudah kan? Jika tiada air fryer, boleh guna ketuhar. Pasti menjadi. Jom cuba!
1. Pukul bahan A hingga sebati. Masukkan bahan B kemudian sebatikan. Masukkan sedikit pewarna hijau. 2. Sudukan adunan ke dalam acuan kertas kek cawan hingga memenuhi 3/4 acuan. 3. Panaskan Air Fryer pada suhu 150 C selama 3 minit. 4. Susun muffin di dalam Air Fryer dan bakar selama 15 minit. 5. Jika suka, boleh tabur cip coklat. Jika tiada, tak mengapa. 6. Muffin Pandan sedia untuk di nikmati.
Tiga menu ni memang rare, tak jumpa kalau nak cari di mana-mana restoran, hanya orang-orang lama kat kampung yang masih masak, itupun sekali sekala. Disebabkan sekali sekala tulah tiga menu ni sangat sedap, tengok pada resipi taklah susah mana nak buat, senang je.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba…..
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan ikan masak sepenuhnya.
Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
IKAN PARI PERCIK DAUN LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari | potong sederhana dan cuci bersih
250ml santan pekat
5 helai daun purut
1 sudu makan pes cili kering
1/2 sudu makan pes air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
1 bji bawang besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai
3cm kunyit hidup
2 biji cili merah
1hiris halia
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam.
Perap sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian bakar.
3.Sementara itu, panaskan minyak dalam kauali.
Tumiskan bahan kisar hingga air wangi dan masukkan pes cili. Kacau lagi seketika.
Kemudian tuangkan santan pekat dan air asam jawa di dalamnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Renehkan hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Masukkan hirisan daun limau purut dan kacau rata.
Ambi satu atau dua sudu kuah, kemudian sapukan pada ikan yang sedang dibakar tadi.
10.Setelah ikan masak , tuangkan kuah di atasnya.
Ikan pari sedia dihidangkan.
RENDANG IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan tongkol | potong nipis dan cuci bersih
500ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
3cm kunyit hidup
2 batang serai
CARA MEM ASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit air asam Jawa.
Panaskan pengukus dan kukus ikan lebih kurang 10 minit
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar.
Setelah berbau wangi masukkan pes cili . Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumis timbul minyak, masukkan santan, serai titik dan asam gelugor.
Setelah kuah pekat, masukkan ikan, diikuti kerisik.
Kecilkan api biarkan kuah mereneh, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah kuah pekat dan timbul minyak, taburkan daun kunyit di atasnya.
Rendang Ikan Tongkol sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!