
Sedapnya Kuih Bakar Kemboja ni. Tekstur kuih yang garing dan lemak-lemak manis, memang kena dengan selera. Dapat pula makan kuih yang baru masak, aduhai…memang terbaik.
Nak cuba buat sendiri secara homemade? Resipi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin ni antara yang mudah. Paling best, boleh buat dalam saiz mini dan bakar guna dapur gas & air fryer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KUIH BAKAR KEMBOJA MASAK GUNA DAPUR GAS & AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
- 130gm tepung gandum – beli online disini
- 160gm gula pasir – beli online disini
- 2 biji telur
- 1 kotak santan – beli online disini
- 1/4 sudu teh garam
- 1/8 sudu teh pewarna hijau – beli online disini
- 200gm air pandan – kisar daun pandan bersama air. Tapis.
- Bijan untuk hiasan secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul.
3. Untuk memasak Kuih Bakar Kemboja, ada dua cara. Pertama ialah dengan menggunakan dapur gas.
4. Caranya ialah ambil acuan bahulu atau cara, letak atas dapur. Panaskan api kecil dan sapu minyak pada acuan.
5. Tuang adunan dan tabur bijan dengan secukupnya.
6. Tutup acuan supaya bahagian atas kuih cepat masak.
7. Kedua ialah dengan menggunakan Air Fryer. Tuang adunan hingga separuh cawan kertas. Tabur bijan.
8. Masukkan acuan ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noriza Zainal Abidin
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Churos dan Sosej, Dua Snek Mantap Minum Petang

Kalau nak minum petang lebih syok, buatlah dua menu yang ada dua rasa berbeza. Misalnya satu manis dan satu lagi lebih berempah. Jadi dua gabungan menu itu membuatkan lebih sedap nak makan.
Pertama, RASA nak share resipi churos dengan sos coklat ganache. Kedua, resipi sosej bakar madu. Dua-dua resipi ni sesuai untuk minum petang. Mantap sungguh rasanya.
CHUROS MINI DENGAN SOS COKLAT GANACHE
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
3 sudu makan gula
25 gram butter
1 biji telur ayam gred A
Cara memasak
1. Masukkan air, gula, garam, mentega, esen vanilla dan masak sehingga mendidih.
2. Selepas itu masukkan tepung dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan telur. Gaul lagi sampai sebati.
4. Sejukkan seketika, selepas itu boleh dibentukkan menggunakan nozel/acuan yang ada.
5. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan taburkan gula icing sedikit sebagai hiasan
COKLAT GANACHE
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu cair
Cara memasak
Masak secara double boiled.
Kredit: Nursidah Muhd Amin
SOSEJ BAKAR MADU
Bahan-bahan
Sepeket sosej (10 ketul)
Bahan perap
6 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap masin
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan madu
Secubit lada hiitam
Cara memasak
1. Satukan semua bahan perapan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan sosej ke dalam bahan perapan tadi dan perap seketika. Bakar di atas kuali rata.
3. Masukkan 3 sudu makan mentega ke dalam kuali sebelum sosej dibakar.
4. Bakar dengen api perlahan sehingga masak.
5. Bila sosej sudah masak curahkan baki sos tadi.
6. Gaul rata perlahan-lahan supaya sosej tak patah.
7. Selepas masak, angkat sosej ke dalam pinggan. Sedia dihidang.
Kredit: Mak Cik Ratu
Tangan Mengigil Sampai Sos Kari Tertumpah, Aliff Oslan Bersyukur Terpilih Ke Semi Final

Gamat seketika di dalam bilik persediaan apabila sos kari tertumpah ke dalam hidangan yang telah siap disusun kemas. Semuanya terjadi akibat rasa gemuruh dan tangan yang ‘shaking’. Namun, segalanya berbaloi apabila nama Aliff Oslan diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Hilang segala rasa gemuruh dan tidak sangka namanya terpilih ke peringkat separuh akhir.
“Saya memang tak berharap untuk ke peringkat seterusnya kerana ada ramai peserta membawa menu yang lebih menarik. Sejujurnya saya terkejut apabila terpilih ke peringkat yang seterusnya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur,” ujar Aliff Oslan.
Pabila ditanya mengapa berminat untuk sertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S, Aliff akui beliau gemar menghasilkan menu-menu baru yang inovatif sekaligus dapat menambah ilmu dan belajar sesuatu yang baharu.
“Saya memang suka R&D, mengolah menu serta menggabungkan teknik masakan dan menu dari seluruh negara. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengetengahkan menu gabungan masakan Malaysia dan Perancis iaitu Savoury Murtabak Choux Ala BABA’S.
Saya mulakan dengan memilih menu yang sering kita makan dan murtabak adalah pilihan saya. Pada masa yang sama, saya suka buat dessert. Jadi, saya gabungkan choux pastry dengan murtabak dan terhasillah menu ini. Saya cuba untuk kekalkan elemen asli murtabak walaupun hidangan diolah ala Perancis. Alhamdulillah, barisan juri memberi komen yang positif, tambah Aliff lagi.
Adat dalam setiap pertandingan, pastinya setiap peserta mempunyai harapan masing-masing. Begitu juga dengan jejaka berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah IPT. Tipu lah jika tidak berharap untuk berjaya di semi final dan layak ke peringkat akhir.
Saya berharap agar dapat mara ke peringkat akhir kerana mahu buat ibu dan ayah saya bangga. Semuanya bergantung pada rezeki. Semestinya sesiapa yang sertai pertandingan mahu berjaya. Begitu juga dengan saya. Wang kemenangan itu saya akan gunakan untuk menunaikan umrah.
Bukan itu sahaja, wang itu juga saya akan gunakan untuk mewujudkan sebuah ‘pit stop’ untuk pelajar yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan serta keperluan pembelajaran sewaktu berada di kolej. Itulah harapan saya.”
SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S
BAHAN-BAHAN (CHOUX PASTRY):
- 250g air
- 100gm mentega
- Garam
- 125gm tepung gandum
- 3 – 4 biji telur gred B
- 3 tangkai daun kari
- Paste Kari BABA’S
CARA MEMASAK:
- Panaskan air, mentega dan sedikit garam. Masak sehingga bahan-bahan cair.
- Masukkan semua tepung gandum, paste kari dan serbuk daun kari lalu kacau adunan 2-3 minit sehingga sebati menjadi doh.
- Masukkan doh ke dalam mesin pengadun bila sedikit sejuk dan pukul adunan sambil masukkan sebiji demi sebiji telur sehingga ia menjadi sedikit lembut dan pekat.
- Bila adunan kelihatan pekat dan licin serta tidak terlalu keras, masukkan adunan ke dalam piping bag lalu pipekan di atas loyang yang telah disapu marjerin.
- Bakar pada suhu 160C dalam anggaran masa 40 minit sehingga pastry menjadi keperangan dan kembang.
BAHAN-BAHAN (INTI 1):
- Daging lembu atau ayam
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Rempah 4 sekawan
- Minyak masak
- Serbuk KARI BABA’S
- Serbuk Kurma BABA’S
- Gula
- Garam
- Air
- Serbuk kunyit
- Telur ayam
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
- Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
- Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam.
- Masukkan telur dan kacau sebati.
BAHAN-BAHAN (INTI 2):
- Kentang rebus
- Santan
- Garam
- Susu
- Lada putih
- Daun sup
- Daun bawang
- Bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan susu dan santan sehingga mendidih. Ketepikan.
- Lenyek kentang bersama bancuhan susu dan santan.
- Masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
- Perasakan dengan lada sulah dan garam.
BAHAN-BAHAN (SOS KARI):
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Rempah 4 sekawan
- Minyak masak
- Daun kari
- Rempah Kari Daging BABA’S
- Rempah Kari Ikan BABA’S
- Serbuk Cili BABA’S
- Air
- Jus asam jawa
- Santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan bersama bawang dan daun kari.
- Masukkan bancuhan serbuk kari. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air dan santan. Masak sehingga mendidih.
BAHAN-BAHAN (JERUK TIMUN DAN BAWANG):
- Bawang merah
- Timun
- Cuka
- Gula
- Garam
- Air
- Pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Hiris bawang dan timun.
- Panaskan air, cuka dan campurkan bersama bahan perasa.
- Satukan bancuhan dengan bawang dan timun.
- Perap seketika sebelum dihidangkan.
CARA PENYEDIAAN SAVOURY MURTABAK CHOUX ALA BABA’S:
- Gaul inti murtabak bersama bancuhan kentang.
- Masukkan inti ke dalam choux pastry.
- Siap untuk dihidangkan bersama sos kari dan jeruk bawang dan timun.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Kuah Pekat, Cukup Rasa. Asam Pedas Ikan Kembung Ni Memang Sedap

Terasa nak makan lauk pauk yang Asam Pedas Ikan Kembung yang simple sahaja tetapi sedap untuk sajian makan tengahari ni? Menu perkongsian saudari Cik Puan Aini ni boleh dicuba. Memang mudah & yang paling penting, sangat sedap!
CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4-5 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
1 biji tomato
Cili kisar secukupnya – beli online disini
Air asam jawa / pes asam jawa – beli online disini
Garam secukupnya
Minyak masak
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar – beli online disini
1 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
Sedikit belacan (jika suka) – beli online disini
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 paket pes asam pedas (optional) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar secukupnya. Kacau hingga tumisan pecah minyak dan garing. Ia penting supaya cili masak dan tidak mentah.
3. Masukkan air asam jawa/ pes asam jawa ikut kepekatan yang disukai.
4. Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan ikan. Masak seketika.
5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi, tomato. Boleh juga masukkan apa sahaj sayur kegemaran.
6. Perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa ikut selera.
7. Bila semua sudah sempurna, padamkan api. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ubah suai kepekatan ikut cita rasa.
8. Asam Pedas Ikan Kembung sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Puan Aini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. 6 Resipi Lauk Ni Boleh Masak Dalam 30 Minit Je
Share Sampai 17K. Resipi Sambal Siram Mak Kongsi Ni Memang Sedap
Cara Buat Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Yang Lebih Mudah & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official