Cara Buat Boba Milk Tea Pudding Yang Sangat Sedap.

Share

Sekarang ni tengah musim Boba Milk Tea. Banyak restoran dan kedai-kedai yang menyediakan minuman menggunakan pearl bubble ni. Rasa kenyal-kenyal manis, memang sangat sedap. Malah ada juga resipi yang berkongsi cara-cara menyediakan boba @ pearl bubble secara homemade. Salah satu hidangan enak yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini ialah Boba Milk Tea Pudding. Mudah, sedap dan kalau makan sejuk-sejuk, memang membuka selera. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Nur Fakhira Mohd Rosli

.

 

RESIPI BOBA MILK TEA PUDDING

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket agar-agar bertali (20gm) – rendam & basuh sampai lembut. Toskan – beli online DISINI
  • 1 liter air
  • 10 sudu makan serbuk teh – beli online DISINI
  • Sedikit garam
  • 1 tin susu pekat manis – beli online DISINI
  • 1 tin susu cair – beli online DISINI
  • 1 sudu makan brown sugar – beli online DISINI
  • Boba pearl secukupnya – beli online DISINI

CARA MEMASAK:
1. Rebus agar-agar, air dan serbuk the sampai mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.
2. Kecilkan api. Masukkan garam dan kacau lagi hingga rata.


3. Seterusnya masukkan susu pekat manis dan susu cair. Kacau lagi.
4. Akhir sekali masukkan gula perang. Kacau dan biarkan mendidih. Padamkan api. Biar adunan menjadi suam anggaran masa 10 minit.

5. Tapis adunan guna penapis kain dan sejukkan pada suhu bilik.
6. Letak boba pearl. Sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli

 

Tercari-cari CEREK BARU yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN