Sedapnya teh ais pekat yang ada boba pearl/ pearl bubble homemade ni. Maklumlah tengah musim. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni.
RESIPI BOBA PEARL @ PEARL BUBBLE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan tepung ubi
2 sudu makan tepung pulut
Pewarna hitam secukupnya ( boleh guna pewarna pilihan yang lain. Empunya resipi guna pewarna biru
gelap.)
Air panas secukupnya
Secubit garam
3 sudu makan gula
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas. 2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.
Ads
3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai. 4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya pearl bubble menjadi berkilat. Rebus pearl bubble selama 25-30 minit. 6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.
7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.
Ads
8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.
Korang tahu tak kekacang boleh jadi sajian hidangan yang enak. Selain kacang tanah kekacang seperti pistachio, badam, kacang kuda dan lain-lain memang lemak dan lazat bila dimasukkan dalam bahan ramuan.
Sajian berasaskan sumber lemak tak tepu yang kaya dengan serat, vitamin E, omega 3 yang terkandung dalam kacang memang istimewa sekali. Ikuti resipi sihat ni darin Chef dan tenaga pengajar Kagumas Culinary Academy, Seksyen 19 Bandar Baru Bangi yang diasaskan oleh Tn. Hj Harun Nordin ini
1.SKEWED CHICKEN WITH SPICY PEANUT SAUCE
BAHAN-BAHAN :
Bahan perapan :
Bahan sos kacang berempah :
CARA MEMASAK : 1. Campurkan kesemua bahan perapan, kacau sebati. 2. Gaulkan dengan ayam yang telah dipotong dadu. 3. Perapkan selama dua jam sehingga bahan perapan sebati dengan ayam tersebut. 4. Cili benggala dipotong dadu dan dicucuk secara berselang seli dengan ayam yg diperap tadi 5. Letakkan ayam dan cili benggal yang telah dicucuk lidi sate ke atas pemanggang, dan panggang selama 15 minit. Cara membuat sos kacang berempah : 6. Cairkan mentega kacang dengan sedikit air. 7. Campurkan minyak bijan, kicap manis dan serbuk cayenne serta serbuk cili. 8. Gaul semua bahan sehingga sebati, perasakan dengan garam, gula dan lada hitam. 9. Sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 1-2 orang Waktu memasak :20 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan :Ala sate tetapi dengan ramuan barat Keistimewaan : Daging dipanggang dengan sos berempah ramuan barat Anggaran kos : RM 8
Info Chef: Menu sihat menggunakan minyak zaitun dan ayam tanpa kulit. Penggunaan mentega kacang memberikan rasa yang lazat
2. STEAM SEABASS WITH JAPANESE TOFU & PISTACHIO
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Perasakan ikan siakap dengan garam. 2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya. 3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan. 4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih. 5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api 6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan 7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan. 8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Waktu memasak :20 minit Cara memasak : Stim Jenis masakan : Ikan kukus Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak Anggaran kos : RM 13
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. CHICKEN VEGETABLE WRAP WITH PISTACHIO & CHIC PEAS
BAHAN-BAHAN :
Penggemar makanan organik bolehlah beli kekacang organik ini di Love Earth:
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana. 2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit. 3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit 4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit. 5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla 6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio. 7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio Anggaran kos : RM 5
Info Chef;Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
4. BEEF STEW WITH PEANUT
BAHAN-BAHAN ;
CARA MEMASAK : 1. Di dalam periuk yang besar masakkan daging di dalam minyak masak dengan kepanasan sederhana hingga perang. 2. Kemudian masukkan air ke dalam periuk. Masukkan rosemary, selasih dan lada hitam serta kiub daging dan kacau rata. 3. Biarkan mendidih dan kemudian kecilkan api ,tutup dan biarkan mereneh selama sejam. 4. Masukkan kentang, lobak merah, dan bawang dan kacang kuda ke dalam periuk, Larutkan tepung jagung dengan 2 sudu teh air dan masukkan ke dalam stew daging. 5. Tutup dan biarkan mereneh lagi sejam. 6 .Sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Lauk utama stew daging Keistimewaan : Stew daging berperisa dengan ramuan yang sebati meresap dalam daging Anggaran kos : RM 40
Info Chef: Sajian ini mengandungi kacang kuda yang mempunyai kandungan serat dan boleh membantu penghadaman dan system penceranaan.
5. COCONUT ALMOND SMOOTHIE
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus. 2. Smoothie sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 8 minit Cara memasak : Kisar Jenis masakan : Minuman dan ‘dessert’ Keistimewaan : campuran badam , air kelapa dan susu menjadikan ia ‘dessert’ mengenyangkan Anggaran kos : RM 8
Info Chef :Badam mengandungi lemak sihat , serat, protein , magnesium dan vitamin E . Khasiat badam dipercayai dapat membantu mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga gula darah.
RESIPI :Chef Mohd Kamarul bin Ariffin, Chef Nurmasshariza bt. Maskahawi, Chef Muhammad Izzat Amani bin Jamaludin Amini, Chef Muhammad Akmal Danial bin Abdul Rahim
TERIMA KASIH :TN HJ HARUN NORDIN, Kagumas Culinary Academy, Lot 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 19, Bandar Baru Bangi, Selangor.
ANDA SEDANG MENCARI BARANG-BARANG RAMUAN MASAKAN, JOM LAYARI DI SINI.
Selamat Hari Kopi Seduna kepada semua Coffee Lovers
Biji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu dan kenal jenis dan spesis kopi pastinya ia memberi satu persepktif baru terhadap kopi dan menjadikan anda lebih menghargai nikmat kopi.
Perasan tak kadang-kadang kopi tu tidak memberi kenikmatan rasa yang tidak seperti anda harapkan, itu mungkin anda sebenarnya ‘mengidamkan’ kopi spesis yang lain.
Meh, min tunjukkan 5 spesis kopi popular dan profilnya. Jadi bila anda ke pasaraya nanti ,dah tahu jenis kopi yang ingin dibeli dan sesuai dengan citarasa anda.
Jenis biji kopi ini menguasai lebih 60 peratus keluaran kopi dunia. Pohon arabica ini rendng dan tidak melebihi enam meter tinggi dan mudah dituai. Kopi jenis ini biasanya berasal dari Brasil atau Etopia.Biji kopi Arabika adalah paling asidik berbanding jenis lain dan ia biasanya dipanggang tidak terlalu gelap atau terlalu ‘terang’ warna biji kopinya.
Biji kopi arabika juga memiliki bentuk yang lebih ‘membujur’/oval dibandingkan biji kopi jenis robusta. Arabika sangat digemari ramai, kandungan kafeinnya juga lebih rendah berbanding jenis lain, tetapi harus diakui rasa dan aromanya lebih nikmat. Sudah pastilah ia lebih mahal daripada robusta. Arabika adalah kopi yang paling mendapat ‘recommendation’ dan penilaian terbaik daripada pengkaji kopi.
Kopi robusta dapat tumbuh di tempat-tempat yang tidak sesuai untuk penanaman kopi arabika namun lokasi yang paling baik adalah pada ketinggian tanah 400-800 meter dari aras laut dan saiz pokoknya lebih besar. Kopi robusta menjangkaui hampir 30% pasaran kopi dunia.
Hampir sama rupa dengan kopi Arabika, tapi ukuran biji kopinya lebih berbentuk membulat, memiliki kadar kafein yang lebih tinggi dan aroma kurang harum. Ia kurang asidik dan lebih ‘terangkat’ dibancuh dengan gula dan susu. Kandungan kafeinnya lebih tinggi menjadikan kopi robusta pilihan terbaik untuk campuran espreso dan kopi o ais ‘americano’.
Jika anda memilih kopi jenis ini, bererti anda telah memilih jenis kopi yang berasal dari Afrika, tepatnya dari Liberia, Afrika Barat. Tumbuhan kopi jenis ini dapat tumbuh hingga 9 meter tingginya
Di Asia Tenggara liberika diperkenalkan hasil pengeluarannya oleh Amerika Syarikat di Filipina. Hingga Filipina menjadi pembekal kopi liberika terbesar , banyak negara di dunia masih menggunakan campuran kopi Filipina dan liberika.
Rasanya seakan rasa bunga, buah-buahan dan aroma salai. Menambahkan 10 peratus daripada kopi liberika ke dalam sebarang campuran kopi akan menyebabkan rasanya menjadi lebih sedap dan baik lagi.
Sebelum anda memilih kopi ini, ketahuilah bahwa kopi luwak berasal dari biji kopi arabika atau robusta yang dimakan oleh haiwan luwak atau sejenis spesis musang.
Musang ini akan menelan buah kopi yang sudah berwarna merah lalu memprosesnya dengan enzim yang berada di dalam perutnya. Tahap berikutnya adalah biji dari buah kopi itu akan keluar bersama najisnya.
Mengapa kopi ini menjadi istimewa sehingga kerap menjadi kegemaran saat memilih kopi? Ini kerana musang ini sebenarnya hanya mencari buah kopi yang sudah 90% matang.Ia menggunakan daya baunya yang tajam dan selalu mencarinya di malam hari. Boleh dikatakan kopi diambil oleh musang ini mempunyai nilai kematangan tertinggi yang berpengaruh pada ketika kopi dihidangkan. Kopi ini adalah yang paling mahal di dunia.
Pengeluaran kopi excelsa adalah sejumlah 7 peratus dari pengeluaran kopi dunia. Ia biasanya tumbuh di Asia Tenggara. Meminumnya menyebabkan deria rasa pada lidah terasa melekat lama dengan rasa buah-buahan tapi dengan rasa kopi hitam.
Rasanya memang unik dan rasa yang amat menarik deria rasa. Tetapi biasanya penggemar kopi akan memasukkan dalam campuran jenis kopi lain. Jadi mana satu yang lebih menarik citarasa anda. Cubalah variasi kopi yang ada ni. Mana tau mungkin anda akan lebih tertarik dengan jenis kopi yang lain pula.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dengarnya di Ipoh nama ‘Cendol Abang Kacak’ sudah viral di laman sosial. Dengan menggunakan motosikal roda tiga, Abang sado yang bernama M. Kelvinraj baru sahaja berumu 18 tahun menyimpan ini bercita-cita untuk membantu bapanya membuka kedai menjual condol suatu hari nanti, anak kedua daripada empat beradik itu berharap bukan hanya wajahnya menjadi bualan ramai, malah keenakan cendol hasil air tangan ibunya itu turut meniti dari bibir ke bibir.
“Pada hujung minggu sahaja saya akan berniaga di Jalan Bandar Timah di sini berhampiran Plan B Ipoh, pada hari bekerja saya akan berniaga di Jalan Yang Kalsom kerana lebih ramai pelanggan.
“Saya sudah membantu keluarga menjual cendol ini sejak dua bulan lalu dan tidak menyangka akan menjadi viral dan terkenal seperti baru-baru ini,” katanya
Memilih Jalan Yang Kalsom sebagai lokasi utama menjalankan perniagaan Wawasan Cendol milik keluarganya sejak setahun lalu. Kelvinraj berkata kebanyakan pelanggan setianya memberitahu keistimewaan cendolnya itu terletak pada rasa gula melaka serta santan asli. Pada hari biasa, dia mampu menjual kira-kira 150 mangkuk dan bungkus cendol manakala pada hujung minggu pula angka itu bertambah kepada 300. Wow! hebat betul..
“Mungkin ramai penjual cendol lain mencampurkan gula melaka dengan gula pasir selain mencampurkan santan dengan air kerana mahu jimat, namun resepi yang digunakan emak saya ini menggunakan seratus peratus gula melaka dan santan asli,” katanya.
Perniagaan Wawasan Cendol yang dimulakan sejak setahun lalu menawarkan pelbagai pilihan cendol seperti cendol jagung, kacang dan pulut dengan harga lingkungan RM3 hingga RM4.50. “Selalunya saya akan berniaga sekitar tiga hingga empat jam sehari iaitu dari 12 tengah hari hingga 4.30 petang bergantung kepada bilangan pelanggan yang datang,” katanya.
Jadi jika kamu bercuti ke Ipoh, Perak boleh singgah sebentar untuk menikmati Cendol Abang Kacak kita ni, mesti hilang haus dibuatnya!
Cara Mudah Buat Cendol Yang Sedap dan Simple! Paling sedap nak minum cendol kalau dapat buat sendiri, apa kata korang cuba resepi cendol yang pasti sedap dan mudah nak dapat bahannya. Cara buat cendol sendiri sangatlah simple!
Sumber: Mstar / Gambar: Natrah MJ
BAHAN-BAHAN CENDOL:
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN:
CARA BUAT AIR CENDOL:
Kongsi resipi: resepimasakanlengkap
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.