Resipi sedap dan mudah untuk pai epal buat hidangan seisi keluarga pada waktu pagi.
Resipi pai epal perkongsian daripada Ida Alina Salleh ini juga sesuai untuk anak-anak bawa sebagai bekal ke sekolah. Boleh buatkan saiz kecil-kecil. Bawa untuk berkelah pun boleh.
1. Masukkan semua bahan (kecuali air) dalam food processor. Putar hingga mentega berketul-ketul kecil saiz kacang peas dan bergaul tepung. 2. Masukkan air sejuk sudu demi sudu hingga pastri bergumpal. Bahagi dua. Masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais sejam.
*Elakkan terlalu mengguna tangan. Kepanasan adalah musuh ketat pastry.
8 sudu besar mentega – beli online di sini 3 sudu besar tepung gandum – beli online di sini ½ cawan gula demerara atau gula perang – beli online di sini ½ cawan gula pasir – beli online di sini ¼ cawan air Sebatang kulit kayu manis Sedikit garam 6 biji apple Granny Smith | kupas kulit, buang tengahnya, belah 16 tiap sebiji, gaul dengan sedikit jus lemon
1. Cairkan mentega, masukkan tepung dan whisk seminit atas dapur tanpa berhenti. 2. Masukkan ¼ cawan air, kacau jangan berhenti. Masukkan gula dan kulit kayu manis, masak 3 minit atas api perlahan. Letak secubit garam. Matikan api dan biarkan sos menyejuk sebentar. 3. Ketepikan kulit kayu manis. Gaul sos dengan apple yang telah disediakan. Biar sebentar.
4. Sediakan lapis bawah pastry dalam bekas 9 inci x 13 inci. Masukkan inti. Tutup dengan setengah lagi pastry. Sapu dengan kuning telur. 5. Panaskan oven 205C. Bakar pie 15 minit. Turunkan suhu ke 160C, sambung bakar sejam lagi atau hingga apple lembut.
Ads
6. Sejukkan sebelum dihidang. Apple pie tak boleh dihidangkan terus dari ketuhar sebab kuah akan cair dan tak berapa sedap. Saya suka hidang pie ni dengan satu scoop ais krim vanilla.
Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak. Jom kita try lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.
Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.
Jom kita cuba rasa juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Rugi kalau korang tak cuba.
1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)
BAHAN-BAHAN :
200 gm isi ayam | dicincang
3 ulas bawang putih | dicincang
20-30 gm daun selasih
7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air rebusan ayam
2 sudu teh kicap pekat
4 sudu teh gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk. 2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula. 3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati. 4. Masukkan kicap pekat 5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Thai Cara memasak : Tumis Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap Anggaran kos : RM 9
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)
BAHAN-BAHAN :
Bahan tumis (pes hijau) :
1 batang serai |dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1.5 sm lengkuas | dikisar halus
6 biji cili hijau besar | dikisar halus
20 gm belacan | dibakar dan kisar
1/2 sm kulit kayu manis
1/2 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh lada hitam
1 biji kulit limau purut | disagat
4 helai daun limau purut | dihiris halus
200 gm daging /dihiris nipis
20- 30 gm daun selasih
1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
10 gm kubis bunga/ dihiris
3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
2 sudu teh gula
2 sudu makan kicap sotong @ ikan
62 ml air rebusan daging
100 ml santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak. 2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih. 3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan. 4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu. 5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api. 6. Kari hijau sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 20 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Tumis dan reneh Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini. Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.
3. Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ditumis :
400 gm daging | dihiris nipis
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai | dikisar halus
2 sm lengkuas | dikisar halus
4 helai daun limau purut | dikisar halus
1.5 sm belacan bakar | dikisar
1 sudu teh serbuk ketumbar
20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
2 biji kulit limau purut | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1 batang kayu manis | dikisar halus
1/2 sudu teh jintan manis
1 cawan air
Minyak untuk menumis
40 ml santan segar
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak 2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk. 3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar 4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 10 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.
4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)
BAHAN-BAHAN :
4 ekor udang | dicincang
1 ekor sotong | dicincang
4 ekor kupang | dicincang
2 biji telur
2 batang kacang panjang | dipotong kecil
1/4 batang lobak merak | dicincang halus
2 batang cili padi | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang
20 gm daun selasih
1/2 biji bawang holland | dicincang
2 biji bawang merah | dicincang
10 ml santan
Gula secukup rasa
1/2 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati. 2. Panaskan pengukus dengan air. 3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit. 4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas. 5.Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama/kudapan Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan ayam dan toskan. 2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air. 3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam. 4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam 5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. 6. Kukus selama 5-6 minit 7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 15 minit Jenis masakan : Lauk utama Cara memasak : Kukus dan goreng Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam
TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam
Terasa nak cuba Mi Kolok yang femes dekat Sarawak tu? Inilah resipinya dan anda boleh cuba di rumah. Hidangan ini enak dinikmati bersama kicap manis. Namun jika tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula. Sedap! Pasti anda sukakan rasanya.
MI KOLOK SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
3-4 gulung mi sanggul
1 sudu makan perencah sup
100gm daging
5 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili api
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak masak
5 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji limau kasturi | ambil jusnya
1 sudu teh sos ikan atau sos soya
1 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK MI:
Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Gaul rata.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
Susun hirisan daging di atas mi dan nikmati bersama sup dan sambal.
CARA MENYEDIAKAN SAMBAL:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Salad kentang sedap penuh rasa lemak berkrim. Kalau versi Melayu, boleh panggil kerabu kentang.
Ia boleh dijadikan sebagai hidangan hidangan pembuka. Makan waktu sedang berehat selepas solat tarawih pun sedap.
Atau bagi yang tak suka makan makanan berat waktu sahur, boleh juga makan salad kentang ini. Hidangan ini boleh dimakan panas atau sejuk.
Menurut puan Siti Hazneza Abdul Hamid, yang berkongsi resipi ini, potato salad atau salad kentang ini seperti salad pembawa (carrier salad). Maksudnya salad yang boleh dijadikan alasan untuk masukkan bahan-bahan lain untuk dimakan.
Hendak tambah brokoli celur? Silakan.
Hendak tambah isi ayam? Silakan.
Hendak tambah sosej yang dicincang dan digoreng rangup? Silakan.
Okay, ini resipinya ye.
Salad Kentang Sedap Penuh Rasa Lemak Berkrim
Bahan-Bahan:
5 biji ubi kentang – rebus sehingga empuk 4 biji telur – rebus 1 labu bawang besar – cincang halus – boleh beli online di sini ¼ biji lobak merah – cincang halus ½ biji cili hidup (merah) – buang biji dan cincang halus – boleh beli online di sini ½ biji cili muda (hijau) – buang biji dan cincang halus 2 sudu makan daun bawang – dihiris 2 sudu makan daun sup – dihiris 1 batang saderi – dicincang halus
Dadukan ubi kentang yang telah direbus mengikut saiz yang memudahkan untuk dimakan. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk, lecek telur rebus menggunakan garfu.
Kemudian tambahkan mayonis, garam, serbuk Rosemary/ oregano/ Italian herbs, serbuk lada hitam kasar, gula dan cuka/jus lemon/ jus limau nipis. Gaul rata.
Masukkan sayur-sayuran yang dah dicincang dan dihiris halus tadi dan gaul rata.
Setelah itu, masukkan ubi yang didadu dan gaul rata.
Siap untuk dihidang atau disimpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup jika mahu makan sejuk.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.