Pernah cuba Karipap Kentang Daun Sup? BAgi anda yang suka makan karipap, pasti dah biasa anda makan karipap kulit kosong tu. Jadi kali ni bolehlah cuba Karipap Kentang Daun Sup perkongsian saudari Tie Watiezz. Mesti lagi wangi! Jom lihat cara-caranya.

RESIPI KARIPAP DAUN SUP

BAHAN KULIT KARIPAP:

CARA-CARA:

  1. Panaskan marjerin dan minyak. Setelah marjerin cair, biarkan suam.
  2. Satukan tepung, garam, daun sup dan marjerin suam tadi. Ramas supaya berderai.
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh.
  4. Perap sekejap dalam bekas bertutup selama 10 minit. Kemudian bolehlah mulakan proses buat karipap.

BAHAN INTI KENTANG:

CARA MEMASAK:
1.Rebus ubi kentang hingga empuk. Toskan kemudian tumbuk/potong kasar. Ketepikan.


2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.
3. Masukkan rempah kari dan air. Tunggu hingga pecah minyak sedikit anggaran 5 minit.

IKLAN


4. Perlahankan api, masukkan garam dan kiub pati daging.
5. Setelah rempah masak, padamkan api, buang rempah 4 sekawan.
6. Masukkan ubi kentang yang ditumbuk kasar tadi. Gaul rata bersama rempah.
7. Akhir sekali, tabur daun sup yang dicincang.


8. Ambil doh karipap tadi dan bentukkan bulat.


9. Ambil doh, canai jangan terlalu nipis.


10. Kemudian masukkan inti dengan secukupnya. Kelim dan bentukkan menjadi karipap.


11. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Tie Watiezz

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!

IKLAN

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu? Ini Caranya.

Cara Masak Ayam Varuval Paling Mudah & Sedap

12 Resipi Paling Popular Rasa.My Sepanjang 2020. Tahun Penuh Cabaran Buat Ramai Pandai Masak

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official