Kanak-kanak yang sedang membesar pastinya kuat makan. Oleh itu sebagai ibu pastinya anda mahu beri yang terbaik buat anak-anak. Salah satu hidangan yang boleh dihasilkan ialah Agar-Agar Oren ni. Ianya menggunakan 100% buah oren asli dan tanpa pewarna serta perasa tiruan. Anda boleh cuba.
AGAR-AGAR OREN
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 biji oren
10gm serbuk agar-agar
1 liter air
250ml jus perahan oren
115gm gula
CARA MEMASAK:
Ads
Belah buah oren kepada dua bahagian dan perah jusnya. Lakukan dengan berhati-hati agar kulit oren tidak koyak.
Buang lebihan selaput pada kulit oren dan ketepikan seketika.
Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih. Kemudian campurkan jus oren. Kacau hingga rata.
Tuang bancuhan agar-agar ke dalam kulit oren. Sejukkan.
Ads
Info chef:Selain oren, boleh juga menggunakan buah-buahan lain seperti tembikai atau lemon.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cucur @ Cekodok Jagung ini tentunya disukai ramai. Nampak sangat sedap dan cara membuatnya juga cukup mudah. Bulat elok bila digoreng. Makan panas-panas, memang layan ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Suraya Yaacobni. Pasti anda akan sukakannya.
Aiskrim Milo homemade ni nampak sangt sedap dan menyelerakan. Malah bila tengok resipi perkongsian saudari Ummu Hani ni, memang mudah serta tak guna banyak bahan. Bagi puan-puan yang ada anak kecil, elok sangat cuba buat aiskrim homemade ni. Jimat & lebih bersih. Kos pembuatannya pun murah je. Malah boleh dipelbagaikan perisanya mengikut kegemaran si kecil anda.
Kuih Tepung Bunga dan Tepung Kapur, ni dua kuih lama yang cukup sinonim dengan masyarakat Terengganu. Mak-mak kalau ada resipi ni meh wariskan pada anak-anak ya.
Bahan ramuannya ringkas aje, maklumlah resipi orang dulu-dulu. Murah aje kosnya
1. TEPUNG BUNGA
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung pulut Air secukupnya untuk menguli 1 sudu teh garam 3 sudu makan santan 1 biji telur Minyak untuk menggoreng Gula halus (kastor)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air ke dalam tepung pulut bersama garam dan santan. 2. Uli sampai doh tidak melekat di tangan 3. Bulatkan dan leperkan. 4. Celupkan ke dalam telur yang dipukul sedikit. 5. Goreng dalam kuali panas, angkat dan toskan minyak. 6. Salutkan bersama gula, dan siap.
INFO CHEF : Tepung bunga termasuk dalam senarai kuih tradisi zaman berzaman, kuih lama Terengganu
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 20 Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Gabungan rasa manis dan tepung pulut menghasilkan rasa yang lazat
2. TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN :
3 cawan tepung gandum 2 cawan air 1 cawan gula melaka ( atau gula merah) 1 sudu teh kapur makan Garam secukup rasa Gula secukup rasa Kelapa parut secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Masakkan gula melaka dengan air sampai cair, sejukkan sekejap. 2. Masukkan air gula melaka ke dalam tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit. 3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu likat. 4. Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sedikit air. Juga masukkan garam. 5. Tapiskan dalam loyang yang dah diris dengan minyak atau mentega. 6. Kukus dalam masa 30-45 minit. 7. Bila dah masak, sejukkan sekejap dan kemudian potonglah kuih ini. Potong nipis supaya mudah dimakan. 8. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan sedikit gula. 9 .Kemudian gaulkan kuih yang dipotong tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dinikmati.
INFO CHEF : Jangan masukkan air manisan/gula melaka ke dalam tepung gandum sekali gus. Sebaliknya sedikit demi sedikit lalu digaul sebati. Ia penting supaya kita dapat mengagak adunan agak tidak terlalu lembik.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 45 minit hingga satu jam Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Kapur menjadi pelikat dan menambah rasa rangup pada kuih.
Menu kari kambing memang sinonim dengan kaum India untuk santapan sekeluarga. Enak dimakan dengan tosai,capati, nasi putih atau nasi briyani. Ada caranya untuk buat kari kambing 'Indian Style' yang pekat, likat dan penuh aroma rempah ratus ni.