Spageti Bolognese Meatball adalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Ini dek kerana cara penyediaannya yang mudah, rasa yang sedap dan tidak pedas. Di pasaraya, terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada. Resipi perkongsian saudari Nur Masri menggunakan dua jenis sos pasta tradisional dan juga sos pasta mushroom. Hasilnya memang sangat enak walaupun menggunakan sos segera. Terasa nak makan Spageti Bolognese Meatball? Jom cuba resipi ni.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.
2. Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, cili kisar dan bawang holland hingga naik bau. 3. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering. 4. Kemudian masukkan kesemua sos pasta, sos cili, kiub pati daging dan sedikit air. 5. Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak. 6. Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api.
7. Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.
Tidak dapat di nafikan, menu rewang kenduri kendara sememangnya mendapat tempat dihati ramai. Bukan sahaja sedap menyelerakan, menu rewang ala kampung juga tetap menjadi pilihan bakal pengantin walau di zaman ini.
PAJERI TERUNG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung hijau
5 keping ikan gelama masin
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 sudu teh halba campuran
3 tangkai daun kari
6 ulas bawang merah | dikisar
2 inci halia | dikisar
30gm udang kering | dikisar
4 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 ketul gula Melaka
3 sudu besar kerisik
300ml air
500ml santan
100ml minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Goreng ikan masin sehingga garing.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, halba campuran, daun kari, bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan pula rempah kari daging. Tumiskan sehingga ia menjadi garing. Masukkan pula santan dan tambahkan garam dan air secukupnya.
Apabila sudah mendidih, masukkan terung hijau dan ikan gelama masin yang telah digoreng terlebih dahulu. Masak sehingga terung menjadi lembut.
Masukkan pula kerisik dan masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.
Info chef: Pastikan terung dipotong sekata untuk membolehkan ia masak dengan lebih cepat.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan patin | saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air
10 biji cili padi
2 inci kunyit hidup | dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi bersama kunyit hidup. Masukkan tempoyak dan kisar sehingga sebati.
Masukkan ikan dan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
Masak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga ia mendidih.
Tambahkan garam secukupnya sebelum dihidangkan.
Info chef: Tambahkan sedikit serbuk perasa untuk melazatkan hidangan.
IKAN KURAU MASIN DAN NANAS MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | kupas kulit dan hiris
8 ketul ikan kurau masin | direndam seketika
2 batang serai | diketuk
700ml santan cair
250ml santan pekat
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 biji bawang merah | dikisar
5 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1 inci kunyit hidup | dikisar
3 biji buah keras
Secubit belacan
CARA MEMASAK
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama serai yang telah dititik sehingga naik baunya.
Masukkan ikan kurau masin dan masak ia sebentar.
Tambahkan nanas dan gaulkan ia rata bersama ikan tadi sehingga ia menjadi lembut.
Tuangkan santan dan asam keping. Tambahkan garam secukupnya dan biarkan ia mendidih sebelum diangkat dan dihidangkan.
Info chef: Hidangan ini mempunyai rasa lemak dan masin yang sekata. Untuk menambahkan rasa, masukkan cili padi.
LALA MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
11/2 kilo lala
2 cawan pati santan pekat
BAHAN-BAHAN KISAR:
2 batang kunyit hidup
1 biji bawang besar
10 ulas cili padi
2 keping asam gelugor
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu ke dalam periuk.
Kemudian masukkan pula serai bersama lala yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Masak sehingga ia mendidih.
Tambahkan santan, daun limau purut dan asam gelugor ke dalam periuk.
Masukkan gula dan serbuk perasa mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, masukkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan hidangan.
Info chef: Untuk rasa yang lebih sedap, masukkan tomato di akhir proses memasak.
ASAM REBUS KELADI
BAHAN-BAHAN:
1 ikat batang keladi
2 keping asam gelugor
1 cawang udang | bersaiz sederhana
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMBUK:
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Siat batang keladi dan bersihkan di dalam air.
Sediakan periuk dan rebus batang keladi sehingga ia menjadi lembut.
Masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Rebus di dalam air secukupnya.
Biarkan ia mendidih dan masukkan batang keladi yang telah direbus terlebih dahulu.
Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ia mendidih sebelum dihidangkan.
Info chef: Untuk menghilangkan rasa gatal pada batang keladi, pastikan ia dibasuh dengan menggunakan sedikit air yang dicampurkan dengan garam.
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
1 kg siput sedut | dibuang hujungnya
5 cawan santan pekat
2 batang serai | dititik
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ biji nanas
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan siput dan buangkan bahagian hujungnya.
Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang dikisar bersama serai.
Biarkan ia mendidih dan kemudian masukkan siput yang telah dibersihkan terlebih dahulu.]
4.Tambahkan nanas dan serai. Kacau sehingga ia mendidih dan siput bertukar warna.
Pastikan nanas sudah masak empuk sebelum diangkat. Tambahkan garam dan tutup api.
Info chef: Hidangan ini perlu dimasak di dalam api yang sederhana dan dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
IKAN KELI SALAI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli|disalai
Sehelai daun kunyit
2 biji limau
1 kg santan
3 biji bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih|dikisar
15 biji cili padi|dikisar
2 inci kunyit hidup|dikisar
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama santan dan serai ke dalam periuk.
Kacau rata dan masak sehingga ia mendidih.
Masukkan ikan keli yang telah disalai bersama daun kunyit.
Kacau secara perlahan-lahan sehingga masak.
Tambahkan garam secukup rasa dan gula sebelum dihidangkan.
Info chef: Pastikan ikan dikacau perlahan-lahan agar ia tidak berkecai.
PENYELARAS: ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
FOTO: NURUL NIZA SUHAIMI
TERIMA KASIH: KENCANA KATERING & EVENT SOLUTION, TAMAN SRI ANDALAS, KLANG, SELANGOR.
Baru-baru ini viral mengenai resipi Kek Hari Jadidari buku teks Bahasa Melayu darjah 2. Ramai yang telah mencubanya dan ternyata menjadi dengan sempurna. Wow…Anda dah cuba? Resipi ini adalah resipi asas kek sahaja dan bebas untuk menambah bahan-bahan lain supaya hasilnya lebih enak dan gebu. Jika nak rasa, boleh ‘try’ resipi yang dicuba oleh saudari Shuai Shaik ni. Beliau telah mencuba resipi ini namun tepung gandum ditukar kepada tepung naik sendiri. Beliau juga menambah perisa coklat dan red velvet supaya kek kelihatan lebih menarik. Jom lihat cara-caranya.
BAHAN TAMBAHAN (JIKA SUKA): Perasa coklat & red velvet – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Ayak tepung gandum ke dalam bekas yang bersesuaian. 2. Dalam bekas berlainan, pukul mentega dan gula hingga kembang. 3. Masukkan telur satu persatu diikuti tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau adunan hingga semua bahan sebati. 4. Kemudian masukkan esen vanilla. Sebatikan. Jika ingin buat kek yang bercorak, boleh bahagikan adunan dan letak perasa atau pewarna ikut kreativiti masing-masing. 5. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. 6. Sapukan minyak pada loyang dan tuang adunan kek tadi. Boleh guna loyang saiz 7. 7. Bakar adunan kek selama 45 minit atau sehingga masak. 8. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Kuih talam memang digemari ramai. Kalau ke pasar malam macam macam jenis talam yang anda boleh pilih. Tapi sekarang kerana PKP, kuih talam yang biasa dijual tidak pula kelihatan. Teringin pula nak makan kuih talam ubi kayu. Dek kerana nak makan, kenalah gigihkan diri beli ubi kayu.
Talam Ubi Kayu Bahan-bahan:
Lapisan bawah 2 cawan ubi kayu. Parut. Perah. Jangan buat air perahan lagi..Buang bahagian atas air,Ambil mendapan saja. Gaul dengan ubi yang diperah tadi. Gaul ubi dengan mendapan dari perahan ubi tadi 11/2 cawan gula kastor Pewarna kuning 1 cawan santan pekat ½ cawan santan cair.
Cara buat: 1.Gaul sebati semua. 2.Masuk dalam periuk masak hingga santan nampak sikit pekat ,tutup api. 3.Panaskan kukusan. 4.Tuang masuk dalam loyang 5.Sapu minyak dulu Loyang, kemudian lapik plastik 6.Tuang adunan dalam loyang 7.Kukus 30minit
Lapisan atas 1 cawan tepung beras 1 cawan santan pekat 11/2 cawan santan cair Sedikit garam 1 biji telur – tak nak letak pun tak apa Esen vanilla
Cara buat: 1.Masuk semua bahan dalam satu bekas 2.Kacau sebati. 3.Tapis masuk periuk 4.Masak atas api sederhana. 5.Kacau hingga nampk pekat 6.Tutup api 7.Tuang atas lapisan ubi tadi 8.Kukus 25minit 9.10minit sekali angkat tudung kukusan supaya air tak menitik atas lapisan.
Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru dipotong.
Kredit:ieda Iedaa Jahaya
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...