Nampak macam ais krim Malaysia kan tapi inilah tofu telur atau tofu Jepun yang sedap dibuat lauk ni. Nak beli yang dah siap tentulah tak segar dan buatan homemade.Buat sendiri lagi jimat kan


.

Jom tengok resipi yang dikongsikan dalam FB:Resepi Isteri Viral ni. Korang boleh cuba memang terjamin kelazatan dan kesegarannya.



.

TOFU JEPUN @ TOFU JEPUN



.

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan air soya | yang pekat
  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan tepung jagung | untuk kentalkan tofu
  • Lada sulah secukup rasa | opsyen jika suka

CARA MEMASAK:

  1. Telur dipukul sedikit tetap tidak perlu sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan air soya dan tepung jagung, kacau sampai rata.
  3. Tapiskan bancuhan, kemudian masukkan bancuhan dalam plastik ais krim.
  4. Tinggalkan sedikit ruang udara sebelum mengikat.
  5. Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan selama 30 minit atau sehingga masak.

Mudah sangat buatnya, cubalah ya.

Kredit FB : Resepi Isteri Viral

Ni respi bonus untuk penggemar tofu atau disebut jugak tau foo .

STEW TAU FOO MERAH


.

BAHAN-BAHAN :

  • 5 peket tau foo | potong bulat dan disalut dengan tepung jagung
  • 2 batang saderi
  • 1 peket sayur campuran
  • 2 biji bawang merah besar | dipotong kiub
  • 6 ulas bawang putih | dicincang
  • 120gm halia | dimayang
  • 4 sudu makan sos tiram
  • Sedikit tepung jagung | larutkan dengan sedikit air
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan bawang diikuti halia hingga naik bau, dan masukkan air secukupnya.
2. Masukkan sayur campuran, batang saderi.Campur sos tiram, garam, sedikit gula dan perasa .
3. Pekatkan sup dengan tepung jagung. Tuangkan telur dan kacau perlahan. Padamkan api.
4. Tau foo digoreng terlebih dahulu dengan tepung jagung, dan letakkan dalam satu bekas
5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas stew/kuah ini tuangkan ke atas tau foo tadi.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, stew
Keistimewaan : Sup tau foo sesuai untuk mereka yang mengelakkan protein daging
Anggaran kos : RM 8

INFO CHEF : Boleh menggunakan pelbagai jenis tau foo. Sesuai dijadikan juadah untuk mereka yang tidak mahukan juadah yang berat atau vegetarian.