Ads

Begini Cara Buat CAKOI Lembut, Bersarang Cantik Sesuai Kudapan Waktu Moreh!

Kuih cakoi ini memang enak tapi lagi sedap kalau dapat yang banyak sarang di dalamnya dan tak liat walau dah sejuk. Cakoi begini hidang dengan  seri kaya pandan sesuai sangat untuk dibuat makan petang atau kudapan sewaktu moreh di bulan ramadan.

Bagi yang teringin buat sendiri boleh gunakan cara dan resipi dikongsi oleh Nur Nabilah Jailani.

Cara buat cakoi cantik bersarang 

 

Begini Cara Buat CAKOI Lembut, Bersarang Cantik Sesuai Kudapan Waktu Moreh!

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu teh baking soda
½ sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
½ cawan air

Cara membuat:

1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.

Ads

2. Uli semula adunan doh 9-10 minit (saya guna tangan saja)

3. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9jam). Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.

 

Ads

4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.

5. Semasa mengoreng kena selalu pusingkan cakoi, baru cakoi mengembang dengan jayanya.

Begini Cara Buat CAKOI Lembut, Bersarang Cantik Sesuai Kudapan Waktu Moreh!

Ads
Cara buat srikaya pandan (ala Boat Noodle)

1 ½ cawan susu cair
Pes @ esen pandan sedikit
Garam secubit
1 ½ sudu makan tepung kastard
3-4 sudu makan susu pekat
Pewarna hijau sedikit

 

Cara membuat:

Campur semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar. Waktu memasak adunan kena sentiasa dikacau.

Selamat mencuba

Sumber: Nur Nabilah Jailani.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN: Inisiatif Inspirasi Hebat Dekati...

Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...