Dah lama rasanya tak buat bubur jagung ni. Paling sedap kalau waktu bulan puasa, bubur manis begini memang jadi rebutan. Eloklah tu puasa pun dah tak lama lagi, bolehlah buat nanti. Rasa lemak manis memang tak boleh bawa bincang.
BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
Ads
1 tongkol gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
CARA MEMBUAT:
1) Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2) Kisar halus jagung bersama satu cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.
Ads
3) Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama dua cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4) Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5) Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula Melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau.
6) Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Jika anda mahukan hidangan minum petang yang ringkas, boleh hidangkan roti bersama pencicah sekaya. Memang sedap dimakan panas-panas. Anak-anak pasti suka rasanya yang manis berlemak itu. Ayuh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Elyani Khai.
ROTI SEKAYA
BAHAN-BAHAN:
5 helai daun pandan
1 biji telur
1 kotak santan atau 1 tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
Gula
Garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar daun pandan bersama secawan air. Tapis dan ambil airnya sahaja.
2. Bancuh semua bahan bagi sebati.
3. Kemudian, letakkan di atas dapur dan biarkan ia mendidih.
4. Kacau selalu agar tidak berketul.
5. Siap.
INFO TAMBAHAN:
Sedap dimakan bersama roti. Guna roti Gardenia pun boleh. Kukus dahulu sebelum dihidang.
Selalu bingka ubi yang menjadi pilihan utama orang sekeliling admin, apa kata kita buat kelainan sedikit untuk menu bingka kita kalini. Saya kongsikan resipi Bingka Keladi Cheese yang boleh dimasak menggunakan air fryer sahaja. Resipi ini dikongsikan oleh Inek Aloumis Kitchen di Facebook. Sangat mudah dan tiada pewarna tambahan digunakan. Jom kita cuba resipi ni untuk menu santai kita sekeluarga.
Dah berlubang dah tuala tu tukarlah ke tuala baharu lebih bersih ni haa ada Muzy Microfiber Towel Set 2.0 boleh dapatkan pada harga istimewa dengan menggunakan code RASGSP5 sebelum checkout DISINI!!
CARA PENYEDIAAN:
1. Parut ubi keladi.
2. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu. Pukul lembut.
4. Campurkan adunan dengan santan dan ubi keladi yang telah diparut.
5. Bakar guna Air Fryer Suhu 170’c selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
TIPS: Ubi keladi boleh direbus dan dilenyek terlebih dahulu sekiranya suka bingka yang teksturnya lembut.
Teringin nak makan Kuih Lopes? Jika guna cara ni memang mudah. Anda tak perlu kukus dan tak payah gulung dalam daun pisang. Sesuai sangat buat berbuka atau moreg. Jom cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani.
KUIH LOPES ‘RICE COOKER’
BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau – jika perlu
Kelapa parut secukupnya
BAHAN AIR GULA MELAKA
1 keping gula melaka
1 cawan gula perang
5 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.