Ni dia resipi Bubble Rice Choco Bar yang mudah betul membuatnya. Boleh tambahkan koleksi biskut raya anda. Gandingan coklat dengan bertih beras atau bubble rice ni memang padu sangat.  

Bubble Rice Choco Bar , Guna 2 Bahan Aje

Walau bahannya ringkas, tapi rasanya rangup dan sedap

BUBBLE RICE CHOCO BAR

IKLAN

Bubble Rice Choco Bar , Guna 2 Bahan Aje

BAHAN BAHAN:

  • 500 gm coklat masakan (boleh guna milk compound)
  • 25 ml minyak masak  *opsyen nak letak atau tidak
  • Bubble rice secukupnya
    *boleh juga letak kismis/kekacang

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 min lebih kurang/sehingga rangup,ketepikan
  2. Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya, masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati…
  3. Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/acuan cetak
  4. Taburkan bubble rice ke atasnya. Jangangn tekan..
  5. Tuangkan ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan, hentak-hentak sedikit acuan untuk diratakan. 
  6. *pastikan choklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan daripada lemau
  7. Boleh simpan boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika, Dah sejuk/beku boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia di makan

Bubble Rice Choco Bar , Guna 2 Bahan Aje

  1. * Letak minyak masak sikit, jadi nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras.

Selamat mencuba.

IKLAN

Kredit foto dan resipi : FB Masak apa ye?

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI