Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Jika ditanya, mana lebih berbaloi antara buat sendiri dengan yang dibeli, buat sendiri ni memberi banyak manfaat. Walaupun sekilo udang bila dikeringkan hanya akan tinggal berat dalam 200gm, tapi jika dibeli, 200gm pun harganya sudah RM20. Udang basah ini sekilo harganya baru RM8. Jimat banyak!
Malah ada satu lagi yang membuatkan ia berbaloi untuk dibuat adalah dari segi pemprosesannya. Bila buat sendiri, peralatan dan tempat jemuran tentunya diyakini bersih. Tiada haiwan berkeliran serta pastinya dijaga dengan rapi dari hurungan lalat serta serangga. Barulah tidak rasa was-was untuk menikmatinya.
Menerusi perkongsian di fb oleh saudari Faizah Husain, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Kalau susah nak jemur panas, keringkan guna ketuhar je. Memang senang. Boleh sangat kalau nak cuba.
1.Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood/makanan laut.
2. Udang yang sudah siap dibasuh.
3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
4. Masukkan sesudu garam kasar. Garam ini bertujuan supaya udang tidak busuk.
Ads
5. Rebus hingga air udang kering. Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
6. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung, keringkan udang dalam oven. Untuk suhu dan masanya, boleh cuba guna suhu 150C selama 20 minit.
7. Bila udang sudah kering dengan sempurna, masukkan dalam plastik. Lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di meja. Keluarkan isi udang dari dalam plastik.
8. Inilah hasil udang kering buat sendiri. Udang ini sudah bersih jadi boleh terus dimakan atau dimasukkan dalam masakan.
Ketam masak apapun tetap sedap, memang rugi korang yang tak makan ketam. Selain sedap, ketam juga sangat mudah dan cepat masak. Sebab tulah seafood bercengkerang ini sangat disukai ramai dan harga pun boleh tahan. Korang yang nak cuba ini ada lima cara masak ketam yang sedap, senang dan simple.
KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | dicuci bersih.
4 tangkai cili merah | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 batang serai |dikisar
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ketam, kemudian ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pes cili, cili merah kisar dan sos cili, kacau hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, masukkan ketam. Gaul rata dan tutup api
Sedia dihidangkan.
KETAM TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | dibersihkan
1 biji tomato | didadu kecil
1 biji bawang besar |didadu kecil
1 pokok daun ketumbar |dihiris halus
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR KASAR:
3 tangki cili merah
5 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia
CARA MEMASAK:
Ketam yang telah dibersihkan gauL bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
Sedia dihidangkan.
KETAM KICAP BERSOS CILI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam saiz XL | dipotong dan bersihkan
5 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia muda | dikisar
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa, kacau lagi.
Masukkan ketam, perasakan dengan kicap, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga ketam bertukar warna kemerahan dan kuah agak pekat,
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
4 ulas bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisarkasar
2.5cm halia | kisar kasar
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang
2 sudu makan air asam jawa
150ml susu rendah lemak
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Cuci bersih ketam kemudian toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis sehingga naik bau.
Masukkan daun kari, biarkan seketika.
Kemudian masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
KETAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam saiz XL
4cm halia muda | dihiris memanjang
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dititik
2 batang serai | dititik
1 batang seleri | dihiris menyerong
5 biji cili padi | dititik
1 sudu teh lada hitam | dikisar kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Bersihkan ketam, kemudian letakkannya di dalam bekas untuk dikukus. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hirisan dan titik.
Tuangkan di atas ketam, kemudian tuangkan juga jus limau kasturi, taburkan garam dan gula secukupnya.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang dan sup.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya dengan kulit dan kepala udang, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda.
Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Langkah-langkahnya adalah:
CARA BUAT AIR REBUSAN UDANG VERSI SEDAP & JIMAT
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh. Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan. Selalunya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya.
4. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.
Bahkan beliau juga berkongsi cara-cara membersihkan udang.
Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Sotong antara menu seafood yang sedap, cepat dimasak dan boleh dipelbagaikan menunya. Kali ini apa kata korng cuba empat menu sotong bertumis yang hanya perlu mengambil masa tidak lebih 10 minit masak. Menu ni memang sesuai untuk korang yang sibuk tapi nak makan sedap. Jadi tak rugi mencuba. SAMBAL SOTONG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
500gm sotong | bersihkan dan potong kecil
4 ulas bawang putih | cincang
1/2 batang lobak | [potong batang mancis dan rebus sekejap
2 biji cili merah |hiris
2 biji cili hijau | hiris
1 helai daun limau purut
1 biji buah tomato | potong dadu
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
100ml air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih,bawang bebsar dan daun jeruk purut hingga wangi.
2. Seterusnya masukkan lobak merah, hirisan cili merah dan hijau, terus kacau hingga layu.
3. Masukkan sotong, kacau rata dan masukkan tomato.
4. Perasakan dengan sos tiram, cili, sos tomato, garam, gula secukupnya.
5. Tambahkan dengan sedikit air, jika perlu.
6. Terus kacau hingga kuah pekat.
7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan angkat. SOTONG TUMIS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
600gm sotong | bersihkan dan hiris bulat
Air asam jawa secukupnya
2 sudu makan sos tiram
2-3 biji cili merah |kisar
Cili padi | hiris jika ingin lebih pedas
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air asam dalam kuali, kemudian masukkan pula sotong.
2. Kacau hingga air sotong kering, perasakan dengan garam, cili kisar, sos tiram dan gula secukup rasa.
3. Terus kacau hingga kuah pekat dan tambah dua sudu makan minyak masak.
4. Tambah hirisan cili padi jika ingin lebih pedas.
5. Setelah masak, tutup api dan sotong sedia dihidangkan. SOTONG SOS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
300 | hiris dan bersihkan
1 biji limau nipis | jus sahaja
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1/2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh sos ikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
4 ulas bawang meraah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 biji cili merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Gaul sotong denan garam danjus limau, perap lebih kurang 10 minit.
2. Bersihkan dan tos.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, sos tiram, cili dan tomato serta sos ikan.
4. Masukkan sotong , kacau rata selama dua minit saja.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.