
Bila ke kedai makan, teringinnya nak rasa sotong bakar. Tapi percayalah, lauk terutamanya makanan laut ni, mesti mahal. Tak berbaloi dengan harga. Ni RASA nak kongsi resipi sotong bakar bak yang dibeli di restoran. Lembut, berjus dan yang penting jauh lebih murah! Rasa pedas & manis. Pasti berselera.
SOTONG BAKAR KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm sotong ] buang kepala dan kulit arinya
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 helai daun salam
- Garam secukup rasa
- 2cm lengkuas ] ketuk
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili merah
- 2cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
- Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
- Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
- Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
- Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.
Menu Ala Hotel Di Chep’s Chicken Chop Dengan Harga Mampu Milik, Janjikan Kepuasan Buat Pelanggan

Buat penggemar menu “chicken chop” pasti tahu menilai mana satu yang benar-benar sedap dan memenuhi citarasa. Kunjungan ke Kafe Chep’s Chicken Chop pasti tidak menghampakan. Kafe ini diberi nama ‘chep’ yang memberi maksud chef atau tukang masak.
Kafe yang terletak di pinggir bandar, iaitu di Plaza Jelutong, Bukit Jelutong ini menghidangkan makanan Barat dan Eropah mengikut cita rasa semasa.
Menurut pemiliknya Zainuddin Abu Hassan yang merupakan seorang “chef” dengan pengalaman di hotel dan mengendalikan dapur selama 25 tahun pastinya tahu apa yang terbaik buat pelanggannya.
Kafe yang diusahakan bersama isteri ini memulakan operasi sejak bulan Ogos 2020. “ Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai Executive Chèf lebih dua dekad dengan menyajikan makanan ala Hotel dan sesuai dengan harga mampu milik.Walaupun dibuka ketika waktu pandemik, ia satu cabaran buat saya dan keluarga, tapi saya tetap menyahut cabaran sebab dengan keyakinan yang ada dan pengalaman saya mampu buat yang terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang bila mereka menikmati makanan yang disajikan,”ceritanya.
Pelbagai menu pilihan buat pelanggan
Memasuki ruang makan kafe ini ternyata memberi keselesaan untuk menjamu selera. Lebih 30 menu boleh dipesan oleh pelanggan mengikut cita rasa masing-masing.
Antara menu signature wajib cuba ialah Chicken Chop with Cheesy Cheese, Chicken Chop Salted Eggs, Meatballs (MeatBasher), Charcoal Chicken Chop Burger & Atlantic Salmon/ Salmon Aglio Olio with Mozzarella Cheese
Chicken Chop Salted Eggs memberi kepuasan sebenar buat penggemar telur masin. Potongan kepingan daging ayam dilapisi sos perasa telur masin. Salmon Panggang Atlantik’ dimasak sempurna juga dihias dengan salad dan sos enak, cukup rasa dan berbaloi menikmatinya. Selain itu kafe ini turut menyajikan Beef Steak, Sandwiches & Chep’s Caesar Salads.
Akui Chef Zainuddin sewaktu pandemik Covid-19 ini jualan kurang memberangsangkan namun media sosial seperti facebook , instagram , Telegram, Twitter banyak membantu bagi mempromosi menu yang ada di kafe ini. Buat yang ingin memesan makanan di waktu pandemik ini boleh saja lihat maklumat di bawah.
Alamat: Block C30/G, Persiaran Gerbang Utama, Plaza Jelutong, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam
Instagram: @Chep’sChickenchop
Fb: Chep’s Chicken Chop
Waktu Operasi: 11am-3pm and 6pm-10pm setiap hari (tutup pada hari Isnin)
Penghantaran: https://chepschickenchop.beepit.com/
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Chicken Mushroom Pie Mudah Dan Sedap.Memang Laku Keras
Cara Buat Cheese Tart Buncit. Puas Makan & Boleh Buat Jualan
Cara Masak Ayam Goreng Ala KFC Secara Homemade.

Sedapnya Ayam Goreng ala KFC ni. Kalau makan di restoran makanan segera, pasti mahal harganya. Kini anda boleh hasilkan menu yang seakan sama namun secara homemade. Lebih jimat dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Syakila Nasir ni. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM GORENG ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
- 10 ketul kepak ayam | dipotong dua
BAHAN PERAPAN:
- 1 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh ajinomoto | optional
- 3 sudu makan tepung beras
- 4 sudu makan tepung bestari
- 2 biji telur | letak lebih sikit supaya adunan perapan cair
BAHAN TEPUNG SADUR:
- Tepung bestari secukupnya
- Tepung beras secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan perapan dan perap ayam seketika.
2. Ambil ayam dan golekkan dalam bahan tepung sadur.
3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana.
4. Setelah garing, angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
.
INFO: Jika ada lebihan perapan ayam tadi, boleh disalut dengan tepung dan goreng. Hasilnya seakan ayam popcorn.
Kredit resipi & foto: Syakila Nasir
Nak beli AIR FRYER tapi takt ahu mana satu yang bagus? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Roti Sandwic Dah Nak Expired? Jangan Membazir. Jom Belajar Cara-Cara Buat Roti Kering.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Petua Masak Bubur Kacang Lagi Sedap & Wangi. Tak Perlu Rendam Pun Kacang

Bubur kacang hijau ini kalau layan waktu petang memang nikmat, makan pula yang disejukkan lagi sedap. Nak masak bubur ini ada macam-macam petua dan tip yang digunakan.
Salah satunya adalah perkongsian daripada No Or untuk sediakan bubur kacang hijau yang sedap dan wangi. Cara yang dipraktikkan, kacang hijau tak perlu direndam sebaliknya disangai.
Bubur kacang hijau cara arwah nenek sedap dan wangi
“Ada sesetengah orang akan rendam kacang hijau terlebih dahulu, selepas itu, barulah direbus. Bezanya, resipi ini kacang hijau digoreng tanpa minyak atau sangai dulu. Ini resipi dari arwah opah dulu.
Bahan:
2 cawan kacang hijau
1 ketul gula melaka / gula kabung
1 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula putih
3 sudu besar sagu (pilihan) – basuh dan rendam
Santan – Guna santan kotak je 200 ml + 1 cawan air.
Secubit garam
Daun pandan
Cara membuat:
1. Pilih kacang, buang yang hitam atau rosak mungkin ada batu. Basuh bersih dan toskan sekejap.
2. Goreng kacang tanpa minyak (sangai) sampai keluar bau wangi kacang.
3. Sediakan periuk dan masukkkan 2-3 cawan air. Masukkan kacang yang dah digoreng tadi.
4. Kemudian, masukkan daun pandan. Rebus sampai kacang lembut.
5. Seteruskan masukkan gula putih, gula merah dan gula melaka ke dalam periuk kacang tadi. Kacau sampai semua gula cair dan larut.
6. Kemudian masukkan santan, sagu dan garam. Masak hingga didih dan sagu elok masak. Kacau bubur jangan sampai santan pecah minyak.
7. Bila dah siap, boleh lah hidangkan, kalau nak makan panas panas. Tapi ada juga yang suka makan bubur sejuk sejuk.
Sumber: No Or