Suka makan Rendang? Boleh cuba buat rempah rendanghomemade perkongsian saudari Nurul Ateekahni. Menurut beliau, rempah ini adalah resipi asli dari Padang Indonesia. Ia sesuai untuk memasak 3kg rendang daging ataupun rendang kambing. Jom buat rempah ni. Sesekali bertukar selera, pasti enak.
2.Sangai (goreng tanpa minyak) kesemua bahan tersebut menggunakan api kecil selama 3-4 minit.
3.Bila sudah siap, masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus tanpa menggunakan air atau minyak.
INFO: Bila dah ada rempah ni, tak perlu lagi masak rendang menggunakan rempah daging. Ini rempah asli untuk RENDANG PADANG – klik DISINI untuk resipi RENDANG DAGING CARA PADANG.
Ada kisah menarik mengapa lauk Asam Pedas Jenahak Datin Liazalee Ahmad dipanggil Asam Pedas Meraung. Ada bahan ramuan yang jadi rahsia, tetapi kini dikongsikan dengan RASA.
“ Ni semuanya dari gara-gara abang saya, bila makan dia kata asam pedas ni cukup cili, asamnya dan ikan segar sedapnya sampai boleh ‘meraung’ . Setiap kali makan dia akan sebut ‘meraunglah’ asam pedas ini,” katanya tergelak kecil.
Membuka rahsia kelazatan masakannya, usahawan wanita yang berasal dari Segamat, Johor ini rupa-rupanya memasukkan sedikit madu tualang dalam setiap masakannya yang membangkitkan lagi rasa.
Sebagai usahawan tentulah mudah bagi dirinya untuk mengurus masa kerana kebanyakan daripada urusan perniagaannya boleh diuruskan di atas talian
“Seboleh mungkin saya akan memasak setiap hari kerana Datuk lebih selesa makan di rumah. Kami akan keluar makan di luar bila tiba hujung minggu, dan menikmati hidangan Jepun ,”ujarnya kepada RASA.
Bersama puteri kesayangan Amyreedha Adriana,
Kata orang suka menjamu tetamu makan adalah di antara punca melimpah ruah rezeki yang berkat. Begitulah yang penulis dengari dari rakan-rakan rapatnya yang hadir pada hari itu, terpikat dengan keenakan air tangannya menyebabkan beliau sering dicari rakan untuk menempah makanan.
Jom kita semak 3 resipi Datin Lia, Min dah rasa memang cukup sedap.
ASAM PEDAS MERAUNG (IKAN JENAHAK)
BAHAN-BAHAN :
800 gm ikan jenahak *anggaran 4 keping
600 ml air
2 sudu teh pati asam jawa | dibancuh dengan setengah cawan air
2 biji tomato | dibelah dua
7 batang biji bendi
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa
1 sudu makan madu tualang
/2 cawan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar :
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 sm belacan
2 sm kunyit hidup
2 sm halia
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa, gaul hingga sebati.
Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
Kemudian masukkan daun keseum dan bunga kantan serta ikan jenahak.
Masak ikan jenahak di antara 3-4 minit dan kemudian masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
Perasakan dengan garam dan madu.
Padamkan api, dan sajian sedia dihidang.
RENDANG DAGING PARU
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging | dipotong kiub kecil
1 kg paru/kelampung | dipotong 4 ketul, rebus selama 20 minit sehingga lembut dan dipotong kiub kecil
500 ml santan segar | daripada 2 biji kelapa
50gm kerisik
30 gm serbuk kari
2 helai daun kunyit | diracik halus
4 helai daun limau purut | buang urat daun dan hiris nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan madu tualang
Bahan dikisar :
35 tangkai cili kering | buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
5 biji cili padi
350 gm bawang merah
5 sm halia muda
2.5 sm lengkuas
6 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
CARA MEMASAK :
Tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari sehingga naik minyak dan naik bau.
Masukkan daging, paru dan santan ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih Perasakan dengan garam dan gula
Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala
Masukkan kerisik , asam keping, madu tualang, dan kacau selalu sehingga kuah kelihatan sangat pekat, berminyak dan daging serta paru lembut.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masukkan madu tualang, kacau sehingga rata dan padam api.
BUBUR KACANG DURIAN
BAHAN-BAHAN :
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
4 – 5 ulas durian
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam.
Bilas dan rebus sampai empuk.
Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dengan api yang perlahan.
Kacau sehingga semua gula larut dan tapiskan.
Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
Masukkan pula larutan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahana. Jika suka masukkan sagu mata ikan
Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Lumrah orang Melayu kita walaupun citarasa sudah bercampur dengan aneka sajian kota ala barat tetapi bila lama tak di makan lauk ini pasti akan dicari!
Bahannya mudah, kosnya rendah, masih ada lagi ke yang anggap sajian ni remeh?.. Terpulang ikut cara masing-masing, jika tak suka paru boleh tukar pada daging. Resipi ini pasti menyelerakan saat suapan pertama.
RESIPI PARU MASAK SAMBAL LADO
Bahan-Bahan
Paru setengah kilo (rebus dan hiris)
Bawang merah 2-3 biji besar
Bawan putih 3 ulas
Cili padi
Lada basah
Limau sambal 2 biji
Cara-Cara:
1. Goreng paru yang telah dikunyitkan dan ditoskan minyak
2. tumis bahan2 Kisar sehingga garing
3. Masukkan air limau,garam gula pak aji
4. gaul rata paru.