Suka makan Rendang? Boleh cuba buat rempah rendanghomemade perkongsian saudari Nurul Ateekahni. Menurut beliau, rempah ini adalah resipi asli dari Padang Indonesia. Ia sesuai untuk memasak 3kg rendang daging ataupun rendang kambing. Jom buat rempah ni. Sesekali bertukar selera, pasti enak.
2.Sangai (goreng tanpa minyak) kesemua bahan tersebut menggunakan api kecil selama 3-4 minit.
3.Bila sudah siap, masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar hingga halus tanpa menggunakan air atau minyak.
Ads
INFO: Bila dah ada rempah ni, tak perlu lagi masak rendang menggunakan rempah daging. Ini rempah asli untuk RENDANG PADANG – klik DISINI untuk resipi RENDANG DAGING CARA PADANG.
Mengikut perkongsian dari Rose Misymuchy resipi ini diberikan oleh ibu mertuanya yang biasa dimasak bila tiba hari raya. Kalau dah sedap tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh masak. Sesuai jer dimakan bila-bila masa, cuma banyak sikit rencahnya. Nak makan sedap kenalah bersabar ya! Selamat mencuba.
Sos perapan BBQ dan Daging serta Ayam Bakar homemade yang sangat mudah dan sedap. Sos perapan BBQ sangat sesuai digunakan untuk membuat kambing perap yang enak. Kambing, daging dan ayam perap ni kalau beli yang sudah ‘readymade’ memang agak mahal. Tak puas makan. Kalau nak nikmati untuk satu keluarga, lebih baik anda perap sendiri guna resipi perkongsian saudari Rosmaliza Omar ni. Sangat simple dan tak guna banyak bahan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT PERAPAN BBQ, DAGING & AYAM BAKAR HOMEMADE
CARA MEMASAK: 1. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar hingga lumat. 2. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas besar dan campurkan dengan serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar. 3. Masukkan juga pes asam jawa, garam, ajinomoto dan gula melaka yang telah diracik halus serta sedikit pewarna. 4. Gaul semua bahan rata-rata hingga gula hancur. Perap bersama-sama ayam atau daging yang telah dipotong kecil-kecil selama 3-4 jam atau semalaman. 5. Bakar atas dapur arang atau pemangang ajaib. Renjiskan minyak yang bercampur serai yang diketuk semasa membakar. 6. Untuk menyimpannya, boleh letak sos perapan dalam botol bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan daging kambing, ayam atau daging. Tos dan ketepikan. 2. Dalam bekas besar, gaulkan bahan-bahan kisar dengan kesemua jenis sos. Sebatikan. 3. Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren. Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati.
4. Masukkan kambing/daging/ ayam yang telah dicuci bersih dan ditoskan ke dalam bahan perapan tadi. Gaul rata.
5. Perap daging selama 2 jam. Jika mahu lebih sedap, perap semalaman.
Daging Masak Hitam ni adalah versi yang lebih ringkas dan simple aje.Daging tu rebus hingga empuk dulu, jadi lebih pendek masa memasaknya nanti.
Ramuan rempah ratus dan kicap ni memang cukup terasa sedapnya. Jom semak resipi perkongsian Mariana Zainal nih.
DAGING MASAK HITAM VERSI SIMPLE (oleh Mariana Zainal)
BAHAN-BAHAN: 1 kg daging |rebus hingga empuk dan potong 1 batang kulit kayu manis – beli online DI SINI 4 kuntum bunga lawang – beli online DI SINI 1 1/2 pcs asam keping(kalau guna air asam jawa letak 1/2 cawan) 1 sudu besar gula merah Kicap manis secukupnya – beli online DI SINI Kicap masin secukupnya – beli online DI SINI Sedikit bahan perasa(jika suka) 1 peket kecik kerisik 3 batang serai(diketuk) 2 cawan air 3 senduk minyak untuk menumis
Bahan kisar: 20tangkai cili kering(ikut suka pedas) 2 biji bawang besar(kalo x berapa besar buh 3 biji) 5-6 ulas bawang putih 1 sdb biji ketumbar – beli online DI SINI
1 sdb jintan manis – beli online DI SINI Halia sebesar ibu jari
CARA MEMASAK : 1.Panaskan minyak,masuk serai dan goreng sekejap. 2.Masukkan pula bunga lawang dan kulit kayu manis, dah wangi masukkan bahan kisar,asam keping dan gula. 3. Tumis hingga bahan kisar naik minyak elok.Kemudian masukkan kerisik,kicap manis dan kicap masin..bila dah naik minyak..masukkan daging dan air. 4. Masak hingga kuah pekat dan daging elok lembut(kalo daging x empuk buh sikit air dan masak hingga empuk)..