Mi goreng kicap saja, tiada rencah atau sayur pun. Garam dan gula pun tak masuk tapi sedap sungguh pada tekak kita waktu sekolah dulu. Sampai hari-hari boleh makan mi goreng ini waktu rehat.
Bila dah lama tinggalkan alam persekolahan ada masa teringin pula nak makan mi goreng makcik kantin ini. Jangan kempunan, tak dapat makan di kantin sekolah kita goreng sendiri saja di rumah. Mi ini memang nampak gelap tapi rasanya sedap.
Bahan-bahan
2 bungkus mi kuning
3 ulas bawang putih (cincang)
Cili kisar
Kisar pedas (jenama Ikhwan)
Kicap lemak manis (jenama Jalen)
Kicap pekat (jenama Jalen)
Minyak bijan
Ads
Cara membuat:
1. Celur mi kemudian tos. Masukkan dalam bekas dan tuang semua jenis kicap. Gaul mi dengan kicap ini sampai rata.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan pes cili kisar hingga naik bau.
Ads
3 Masukkan mi kicap tadi, besarkan api dan kacau sebati.
4. Jika nak basah, masukkan sedikit air. Bila mi dah lembut tutup api dan renjis minyak bijan. Siap!
Ads
5. Miini memang tak letak garam dan gula hanya menggunakan kicap sebagai perasa. Sukatan kicap boleh sesuaikan kita citarasa.
Kalau rasa tak nak makan nasi malam ni, boleh buat bihun sup ala PAMA. Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun PAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh lada sulah (lada putih)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bihun secukupnya
1 liter air
BAHAN LAIN:
Secubit garam – jika perlu
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Sedapnya dapat makan kuey teow theng panas-panas ni. Tambah pula, bila lengkap dengan lauk sampingan yang banyak.
Resipi kuey teow theng yang dikongsikan Azlia Shakiela ini, sesuai untuk hidangan 4 hingga 6 orang makan. Resipinya pun simple je.
KUEY TEOW THENG
BAHAN SUP:
1 biji sengkuang (saiz paling kecil, ini untuk maniskan sup) 1 inci halia | diketuk – beli online di sini 2 batang serai | diketuk – beli online di sini 2 sudu besar lada putih Ayam (ikut anda nak banyak mana, lepas rebus, nanti carik-carikkan) 2 kiub pati ayam – beli online di sini 3-5 ketul besar gula batu (untuk jernihkan & maniskan sup) Gula secukup rasa Garam secukup rasa
Semua bahan di atas rebus sekali bersama kuantiti air yang anda inginkan.
TIP:
*Untuk sup, rasa manis lebih dominan berbanding masin. Jadi, anda boleh adjust sendiri ya. *Tak perlu tambah ajinamoto sebab nanti boleh hilangkan manis sup tu. *Tak perlu letak sup bunjut atau daun sup sebab kuey teow theng lebih kepada sup chinese style. Takut nanti ada rasa rempah-rempah. Bahan-bahan kuey teow theng bertujuan panaskan badan, buang angin. *Kalau gula batu kecil, boleh letak sepeket sebab manisnya kurang sikit berbanding gula putih.
Kisar cili kering. Kemudian, masak cili kering atas api sampai masak. Masukkan 1 kiub ikan bilis. Letak gula dan garam ikut rasa.
TIP: Rasa manis lebih dominan.
CARA PES CILI HITAM:
Kisar 30-40 cili padi dan 2 ulas bawang putih. Masak bahan kisar atas api. Letak gula ikut rasa. Garam saya tak letak dah sebab saya nak rasa pedas manis tu lebih dominan.
TIP: Kalau rasa malas nak buat cili hitam, boleh ja potong cili hitam halus-halus tuang kicap. Cili merah kena ada.
CARA BUAT BAWANG PUTIH GORENG RANGUP:
1. Tumbuk bawang putih sejumlah yang anda nak makan. Tak perlu terlalu halus. Kalau ada chopper, lagi cantik kisarannya. 2. Goreng bawang putih dalam minyak yang banyak. Goreng sehingga kuning keemasan, kemudian angkat. 3. Ambil sedikit bawang putih goreng bersama sedikit minyak untuk ditabur atas sup. Nanti sup anda akan harum semerbak.
TIP: Harus sentiasa kacau ya supaya bawang goreng tak hangit. Kalau hangit, rasa pahit dan tak sedap.
BAHAN SAMPINGAN:
Tauge Fish ball Fish cake Isi ketam
CARA HIDANG:
1. Semua bahan sampingan ni saya celur ja dalam air yang telah mendidih atas api. Anda boleh juga goreng ikut citarasa masing-masing. 2. Letak daun bawang dan tomato sebagai hiasan. Selamat menjamu selera semua.
Terasa nak makan mi? Sajian mi kicap ni paling cepat buat. Kalau anda ‘rushing’ nak ambik anak dari sekolah, kemudian nak masak lagi, nah…ini resipi yang sesuai cuba. 15 minit je dah boleh siap. Rasanya tentunya lebih sedap, kebersihan terjaga dan paling penting adalah hasil air tangan sendiri. Barulah suami dan anak-anak makin sayang.
MI KICAP EKSPRESS
BAHAN-BAHAN:
1 keping mi wantan ] rebus
250ml air
1 paket serbuk perencah sup ayam
BAHAN A (UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH):
3 biji bawang putih ] racik halus
Minyak masak secukupnya
BAHAN B (UNTUK SOS KICAP):
3 biji bawang putih ] racik halus
20ml minyak masak
1cm halia ]tumbuk
50ml kicap manis
50ml sos tiram
50ml kicap pekat
50ml cili sos
1 kiub pati bilis/ayam
5gm lada sulah
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat mi kicap; Celur pak choy hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
2. Letak mi wantan yang telah direbus terlebih dahulu ke dalam kuali atau mangkuk besar dan tuang sedikit minyak bawang putih. Untuk membuat minyak bawang putih: Panaskan minyak dalam kuali sebanyak yang anda mahu. Apabila cukup panas, tumis bawang putih kekuningan dan terbit wangi. Tutup api dan angkat. Ketepikan.
3. Tuangkan pula sos kicap. Untuk membuat sos kicap: Masukkan bawang putih dan halia, tumis hingga naik bau dan masukkan semua kicap, sos tiram dan cili sos dan sedikit air dan kicap pekat. Biar ia mendidih dan masukkan pati ikan bilis atau pati ayam. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biar mendidih hingga kuah pekat. Biar sejuk. Ketepikan.
4. Masukkan sedikit perasa ayam . Gaul sebati.
5. Angkat dan hias dengan pak choy, ayam goreng, hirisan cili merah dan parsli. Sedia dinikmati.