![Untitled design - 2020-06-24T143928.414](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/06/Untitled-design-2020-06-24T143928.414-2.jpg)
Nak masak mi goreng ni kalau nak sedap, kena bermula daripada pemilihan mi selain daripada resipi yang super sedap. Mengikut Ben Safwan dalam perkongsian resipi di laman FB nya bila memilih mi kena pilih yang kurang kapur.
Mi yang kurang kapur tu nampak tak berminyak dan nampak segar, dan biasanya tempoh luputnya cepat. Bagi ben mi atau bihun goreng kena masukkan daging baru sedap kerana air daging yang keluar tu memang menyedapkan rasa.
Ben sarapan mee goreng ajeee.Maaflah awal-awal pagi dah muncul. Perut mudah lapar.. Akak sarapan apa tu? Kena makan walau diet punResepi untuk 450-500 gram mee ( 1 bungkus mee )
Bagi Ben,mi atau mihun goreng kena masukkan daging.Baru sedap air daging turun tu.
MI GORENG SEDAP ALA BEN
.
BAHAN-BAHAN :
- 450gm-500gm mi kuning (sebungkus) | tos bersih dulu
Bahan Kisar :
- 1 1/2 sudu makan cili kisar
- 1 1/2 biji bawah merah saiz ping pong*
- 2 ulas bawang putih saiz kecil*
bahan bertanda * dikisar 90 peratus halus
Bahan Lain :
- 200-300gm daging
- 1 1/2 sudu makan sos tomato
- 2 1/2 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan kicap pekat
- Sawi, taugeh, kucai (ikut nak pilih yang mana)
- Hirisan daun bawang
- Hirisan cili merah
- Bawang goreng
- Limau nipis
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan kisar biar kuning masak elok,baru tambah cili kisar.Masak hingga pecah minyak.Buh daging.Masak je daging letak segala sos yang diperlukan.
2. Masukkan udang dan tomato. Akhir sekali,masuk mi,sayur dan balik-balikkan hingga mi terpalit elok.
3. Taburkan daun bawang/sup, bawang goreng dan cili. Sedap dihidang dengan sambal
.
Kredit foto & resipi : FB Ben Safwan
#resepibensafwan
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH SECARA ONLINE, JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenali Bunga Telang & Menu Boleh Masak Guna Bunga Ni.
![Kenali Bunga Telang & Menu Boleh Masak Guna Bunga Ni.](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/06/Untitled-design-66.png)
Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitorea Ternatea adalah sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai pewarna dan juga tanaman hiasan. Bunganya yang berwarna biru terang sering digunakan sebagai pewarna bagi sajian Nasi Kerabu. Jika dahulu, bunga ini tidak dipedulikan dan hanya digunakan dalam masakan yang terhad namun kini, ia kembali mendapat perhatian.
Ia bukan sahaja berguna dari segi mewarnakan makanan malah turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan.
KHASIAT & MANFAAT BUNGA TELANG
![Kenali Bunga Telang & Menu Boleh Masak Guna Bunga Ni.](https://cdn.rasa.my/2018/08/38725340_10217590070002772_1715448614202900480_n.jpg)
1. MENGUBATI BISUL
- Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa kuntum bunga telang kemudian tumbuk dengan sedikit gula melaka. Tampal bahan tumbuk tadi di bahagian bisul. Ulang beberapa kali hingga bisul kecut.
2. MENAJAMKAN PENGLIHATAN
- Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu menajamkan penglihatan. Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga telang dan minum airnya. Untuk lebih enak, boleh dicampur bersama sedikit gula.
3. BANTU CUCI DARAH
- Darah yang kotor akan menyebabkan penyakit kulit seperti bisul dan jerawat. Untuk mengubati masalah ini secara semulajadi, amalkan pengambilan air bunga telang secara konsisten.
4. BAGUS UNTUK DETOKSIFIKASI
- Bunga ini juga dikatakan mampu menghilangkan racun dalam tubuh dan juga membantu melancarkan proses pencernaan.
5. MENGATASI STRES
- Bunga telang juga dikatakan boleh mengatasi masalah stres. Kandungan anti depresi yang ada pada bunga ini mampu memberikan rasa tenang dan meredakan tekanan yang dialami.
6. TINGKATKAN KEKUATAN OTAK
- Bunga ini juga mempunyai kemampuan dalam meningkatkan memori. Malah bunga ini juga mempunyai kesan positif pada saraf yang mampu memperkuat serta meningkatkan fungsi otak.
Jadi bila dah tahu khasiat bunga telang ni, bolehlah tanam dan gunakannya dalam hidangan harian. Antara yang boleh dicuba ialah enam resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ni. Sangat mudah dan enak. Jom cuba!
1. BLUE BUTTERFLY DRINK
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam bunga telang
- 2 cawan air suam
- 3 cawan air sejuk
- Gula batu secukupnya
- 1 helai daun pandan
- 2 biji jus limau nipis
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh bersih bunga telang dan rendam dalam air suam selama 30 minit.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air, gula batu dan daun pandan. Masak dan biar mendidih hingga air tinggal lebih kurang 3 cawan.
- Padam api dan tutup periuk. Biarkan sejuk.
- Letak air bunga telang ke dalam bekas berisi ais dan tuang jus limau nipis. Air biru akan berubah menjadi ungu.
- Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
2. ROTI JALA BUNGA TELANG DAN KUAH MANIS
BAHAN ROTI JALA:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 cawan air rebusan bunga telang
- 2 sudu makan minyak sayur
- 2 biji putih telur
- Secubit garam
KUAH MANIS:
- 1 1/2 cawan santan
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan gula merah
- 1 sudu makan tepung gandum + 2 sudu makan air | bancuh
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk mendapatkan air rebusan bunga telang, rebus 40 kuntum bunga telang bersama 1 cawan air hingga mendidih.
- Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
- Satukan kesemua bahan lalu tapis (supaya bancuhan licin dan tidak berketul).
- Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
- Masak untuk beberapa minit dan gulung kemas.
- Untuk membuat kuah manis; satukan semua bahan kuah manis.
- Didihkan hingga agak pekat dengan api sederhana. Sesuaikan rasanya.
- Sedia dihidangkan bersama roti jala.
3. PULUT TELANG SERUNDING
BAHAN PULUT:
- 400gm pulut
- 1 cawan air rendaman bunga telang | 30 kuntum bunga telang direbus & tapis
- 1/2 cawan santan pekat
- Garam secukupnya
BAHAN SERUNDING:
- 200gm daging | dadu kecil, rebus empuk & goreng garing
- 150gm udang kering | rendam dan tumbuk halus
- 1 biji kelapa parut | ambil putihnya
- 5 biji cili merah
- 1 batang serai | mayang halus
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1/4 inci belacan
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Pulut direndam dengan air rendaman bunga telang dan air secukupnya selama sejam.
- Kukus hingga separuh masak.
- Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga masak.
- Untuk membuat serunding; tumis bahan-bahan kisar, belacan dan udang kering hingga naik bau.
- Masukkan serai, serbuk kunyit dan kelapa parut lalu tumis lagi.
- Masukkan daging yang telah digoreng.
- Tambah garam dan gula. Tumis hingga serunding agak garing.
- Hidangkan pulut telang bersama serunding tadi.
4. NASI TELANG ULAM SAMBAL TAHAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras
- 2 cawan air rebusan bunga telang | 20 kuntum bunga telang direbus dan ditapis
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
BAHAN ULAM:
- Daun pegaga
- Daun selom
- Daun Selaseh
- Ulam Raja
- Kacang Panjang
- Taugeh
- Kobis
- Cili merah
- Bunga kantan
BAHAN SAMBAL TAHAI
- 100gm ikan tahai (boleh ganti dengan ikan tamban atau ikan bilis) – bersihkan
- 4 sudu makan cili kisar
- 5 ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bwang putih | kisar
- 1 labu bawang besar | mayang
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 inci belacan
- Garam dan gula secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk masak nasi. Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak hingga tanak.
- Kacau sekali-sekali supaya masak sekata.
- Semua bahan ulam dihiris dan ketepikan.
- Sementara itu sediakan sambal Tahai.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan belacan bersama air asam jawa. Tumis lagi.
- Seterusnya masukkan ikan Tahai, hirisan bawang besar dan sedikit air.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Cara menghidang, gaulkan nasi dengan bahan ulam hingga rata. Kemudian hidangkan bersama sambal ikan Tahai.
5. MI TELANG BERKUAH DAGING
BAHAN A:
- 1 peket mi beras kering | warna putih
- 2 cawan air rebusan bunga telang | menggunakan lebih kurang 40 kuntum bunga telang
- 2 pokok sawi | potong kecil & celur
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi /limau/lemon | belah dua | untuk diperah
- Telur rebus | belah dua
BAHAN B:
- 1kg tulang | rebus empuk
- 1 liter air rebusan tulang
- 400gram daging | cincang kecil dan rebus empuk
- 2 biji ubi keledek | rebus dan kisar halus
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan sos tomato
- 6 ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2sm halia | kisar
- Garam dan gula perang secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Mi beras kering direndam dalam air rebusan telang selama beberapa jam (hingga warna putih bertukar menjadi biru). Celur dan toskan.
- Untuk membuat kuah; panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
- Kemudian, masukkan sos tomato, daging cincang yang telah direbus, air rebusan tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
- Masukkan ubi keledek kisar dan didihkan hingga kuah pekat. Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
- Untuk menghidang; letakkan mi telang bersama serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk dan tuang kuah ke dalam mangkuk. Hidangkan panas.
6. BIHUN TELANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm bihun | rendam dalam air rebusan 30 kuntum bunga telang
- 100gm isi ayam | cincang
- 6 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 2 biji kek ikan | potong kecil
- 1/4 biji kubis | hiris halus
- 1 biji lobak merah | parut halus
- 4 tangkai daun kucai | potong pendek
- 1 suu makan chilli flakes
- 1 sudu makan udang kering | rendam dan tumbuk halus
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Rendam bihun dalam air rebusan bunga telang selama sejam kemudian toskan.
- Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi.
- Masukkan ayam, kek ikan dan lada hitam ke dalam kuali. Tumis beberapa minit.
- Masukkan bihun dan chilli flakes lalu gaul sebati.
- Masukkan kucai, lobak merah dan kubis.
- Goreng hingga semua bahan lembut dan masak.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Jika suka, tambah bawang goreng dan hirisan cili merah ketika menghidang.
Tercari-cari ‘RICE COOKER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Jom pilih DISINI:
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Nak Buat Talam Cendol & Seri Muka Yang Sedap & Cantik
![Cara Nak Buat Talam Cendol & Seri Muka Yang Sedap & Cantik](https://cdn.rasa.my/2022/09/477988.jpeg)
Menu kuih talam dan seri muka, antara yang popular dihidangkan dalam majlis dan juga ramai yang buat tempahan. Senang untuk dihidangkan kerana boleh dibuat dalam saiz yang diinginkan.
Dua resipi yang dikongsi Niessa Chang ini, iaitu kuih talam cendol dan kuih seri muka, memang sedap dan sesuai sebagai menu minum petang.
TALAM CENDOL
LAPISAN BAWAH: BAHAN A
230g gula merah – beli online di sini
500ml air
*Masak hingga gula hancur dan tapis
LAPISAN BAWAH: BAHAN B
180g tepung gandum – beli online di sini
250ml santan – beli online di sini
2 biji telur gred B
½ sudu teh garam
Sedikit esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan bahan A bersama bahan B. Kacau rata, kemudian masak hingga naik wap. Tuang ke dalam loyang. Kukus selama 25 minit hingga masak.
LAPISAN ATAS: BAHAN A
130g gula – beli online di sini
230g tepung beras – beli online di sini
1sdb tepung jagung – beli online di sini
250ml santan
500ml air
1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS: BAHAN B
200g cendol
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan kecuali cendol dan gaul hingga sebati. Masak hingga naik wap.
2. Masukkan separuh cendol ke dalam adunan dan tuang ke atas adunan lapisan bawah.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Tabur lebihan cendol di permukaan lapisan atas. Kukus selama 30 minit atau hingga masak. Saya guna loyang 10x10x3.
TALAM SERI MUKA
LAPISAN BAWAH:
2 cawan pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak masak – beli online di sini
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Cuci pulut dan rendamkan selama 2 jam.
2. Masukkan pulut yang telah direndam ke dalam loyang 10x10x3 yang sudah digris minyak atau alas plastik.
3. Tuangkan santan cair yang dicampur sedikit garam. Tambahkan minyak, ratakan dan kukus selama 25 minit atau sehingga pulut masak.
4. Sementara tunggu lapisan bawah masak, sediakan bahan untuk lapisan bawah.
5. Setelah pulut masak, tekan-tekankan pulut sehingga padat. Masukkan semula ke dalam kukusan, dan tuangkan adunan bahagian atas.
LAPISAN ATAS:
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan gula pasir – beli online di sini
1 biji telur gred B
50g tepung gandum – beli online di sini
50gtepung kastard – beli online di sini
25g tepung beras – beli online di sini
1 sudu kecil garam
Sedikit pes pandan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan santan, gula, dan telur ke dalam pengisar dan kisarkan.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pasta pandan. Kisar lagi sampai sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Kemudian masukkan adunan yang telah dikisar ke dalam periuk. Masakkan sebentar adunan tadi dengan api yang sangat perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap (jangan sampai mendidih ya) selama 10 minit.
4. Tuangkan adunan pandan ke atas pulut tadi dan kukus lagi selama 25 minit dengan api yang sederhana sehingga masak.
TIP UNTUK LAPISAN ATAS SERI MUKA CANTIK RATA:
1. Pulut yang dah masak tekan-tekan bagi padat. Jangan ada ruang sikit pun supaya adunan tepung tak menggelembung masa mengukus.
2. Masak adunan tepung sampai naik wap dengan api paling kecil, jangan terlalu likat dan tuang ke atas lapisan pulut perlahan-lahan.
3. Selepas tamat waktu mengukus lebih kurang 25 minit, buka tudung periuk kukus dengan suhu api yang sama semasa mengukus selama 5 minit. Tujuannya, supya air lebihan di atas adunan tepung tadi jadi kering dan berkilat. Selepas 5 minit, bolehlah keluarkan loyang dan letak pada suhu bilik.
Kredit resipi: Niessa Chang
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Mudah Ala Chawanmushi @ Telur Kukus, Hanya Guna 3 Bahan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Ayam Rebus Sos Thai & Cara Buat Somtam Paling Sedap
![Resipi Ayam Rebus Sos Thai & Cara Buat Somtam Paling Sedap](https://cdn.rasa.my/2021/11/412261.jpeg)
Enaknya jika dapat menikmati hidangan Ayam Rebus ala Thai dan juga Somtam. Pedas, masin, manis semuanya cukup rasa. Maklumlah masakan Thailand sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sesekali berubah selera menikmati sajian dari negeri jiran, memang lagiah berselera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurha Muhammad ni. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK MENU AYAM REBUS ALA THAI, SOS THAI HOMEMADE & SOMTAM SEDAP
AYAM REBUS ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam bahagian paha (whole leg)
3 inci lengkuas
3 batang akar ketumbar
3 batang serai – ketuk
3-5 helai daun limau purut
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada putih biji – beli online disini
1 cawan sos ikan – beli online disini
1/2 cawan gula kabung – beli online disini
6 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dalam periuk kemudian rebus hingga ayam empuk.
2. Bila ayam sudah masak, keluarkan dari periuk dan tos airnya. Simpan air rebusan ayam.
3. Sejukkan ayam terlebih dahulu dan buang tulang. Potong kecil.
4. Ayam Rebus sedia dihidang bersama air rebusan ayam dan sos thai.
SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan cili padi
1/4 cawan bawang putih – beli online disini
1/2 sudu teh garam
1 pokok daun ketumbar
1 sudu makan taucu (jika suka) – beli online disini
1 sudu makan gula kabung – beli online disini
1/4 cawan jus limau nipis
2 senduk air rebusan ayam
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam, daun ketumbar dan taucu hingga halus.
2.Kemudian masukkan gula kabung, jus limau nipis dan air rebusan ayam.
3. Kacau sebati siap dan siap untuk dihidangkan bersama ayam rebus tadi.
SOMTAM
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – beli online disini
5 biji cili padi merah – beli online disini
3 tangkai kacang panjang – potong 1 inci
1 biji tomato – potong 6 bahagian
Udang kering secukupnya – basuh & sangai sekejap – beli online disini
Sos ikan secukupnya – beli online disini
Jus limau nipis secukupnya
Gula kabung secukup rasa – beli online disini
Betik muda – disagat
Mangga muda – disagat
Lobak merah – disagat
Kacang tanah secukupnya – sangai & tumbuk kasar – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga lumat.
2. Masukkan udang kering, kacang panjang dan tomato. Tumbuk manja-manja sahaja.
3. Masukkan sos ikan, jus limau nipis dan gula kabung dengan secukupnya. Sebatikan rasa biar ada rasa masam, masin dan manis.
4. Masukkan parutan betik, mangga dan lobak merah. Gaul sebati.
5. Somtam sedap sedia untuk dihidang. Taburkan kacang tanah sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurha Muhammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Masak Vanggey. Sangat Sedap & Nak Masak Pun Mudah
Resipi Daging Dendeng Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Kg Daging.
Cara Simpan Lebihan Santan Kotak Supaya Lebih Mudah Guna & Tak Basi
Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Keli & Isi Rasa Lebih Sedap Bila Masak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official