Dari melayan mata yang asyik nak terkatup ni baik bangun buat sesuatu.Ada peminat tauhu kat sini? Dah biasa buat begedil atau tauhu berlauk kali ni kita buat bebola pula. Best layan hujan-hujan macam ni. Pasti tak cukup sebiji, cicah pula dengan sos tak sedar habis sepinggan.
BEBOLA TAUHU / TOFU BALLS Bahan-bahan:
1 tiub tauhu telur (hancurkan)
200gm daging ayam kisar
3 sudu besar daun bawang/sup/sayur (dadu halus)
2 sudu besar serbuk roti @ bread crumb-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam #zida2004
Sedikit serbuk lada hitam/sulah-BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur
Serbuk roti untuk salutan
Cara memasak:
Ads
1.Campurkan tauhu, ayam kisar, daun bawang,daun sup,sayur, serbuk roti, garam dan serbuk lada. Gaul sebati.
2.Bahagikan kepada doh-doh kecil. Kepal-kepalkan dan bentukkan membulat. Tidak apa jika ia melekat dan bentuk tidak cantik, boleh dibentuk ketika disalut dengan serbuk roti nanti.
3.Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit. Dalam pinggan sediakan serbuk roti untuk salutan.
4.Rendam/celupkan doh bebola tadi ke dalam telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti. Golek-golekkan doh sambil dibentuk menjadi bentuk bebola jika awalnya bentuk kurang cantik.
5.Gorengkan doh bebola dengan minyak yang panas dan api sederhana sehingga perang keemasan. Toskan lebihan minyak. Boleh dihidangkan bersama sos cili ataupun mayonis. Siap untuk dihidang.
Setiap kali menonton kdrama di peti tv, populariti sajian Korea amat terserlah. Begitu juga dengan masakan Jepun cukup popular di persada kulinari antarabangsa. Memandangkan dua negara ini ada hubungan sejarah dan politik sejak zaman dahulu, jadi kedua sajiannya saling mempengaruhi dan ada sedikit persamaannya. Rasa menampilkan resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang bekerja di Restoren Kampungku, Myeongdong, Seoul , Korea Selatan.
1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )
BAHAN-BAHAN:
½ cawan tepung gandum
1biji telur
2 sudu besar mentega | yang dicairkan
3 sudu besar gula kaster
Secubit garam
½ cawan susu segar
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh minyak masak
4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.
CARA MEMASAK :
Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati.
Panaskan oven sehingga 160-180’C.
Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh.
Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan.
Bakar lebih 13-15 minit sehigga adunan masak kuning keemasan.
Info chef: Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.
2. HOTTEOK (PENKEK MANIS KOREA )
BAHAN-BAHAN:
Bahan doh:
1 cawan air suam
2 sudu besar gula castor
2 sudu kecil yis kering
1 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam
2 cawan tepung serbaguna
Bahan inti :
½ cawan gula perang
4 sudu makan kacang walnut | dibakar dan didadu halus
1 sudu kecil serbuk kayu manis
CARA MEMASAK :
Campurkan air suam, gula kaster, yis kering, garam dan minyak sekali di dalam mangkuk adunan. Biarkan yis mengembang lebih kurang 5 minit sehingga mula berbuih.
Masukkan tepung ke dalam adunan. Gaul sebati sama ada menggunakan mesin, spatula mahupun tangan.
Tutupkan adunan menggunakan menggunakan kain basah. Biarkan adunan mengembang sekali ganda dalam 1jam.
Setelah kembang tumbuk adunan tersebut untuk membuang udara yang terperangkap. Tutupkan adunan sekali lagi dan biarkan adunan mengembang selama 20 minit.
Campurkan kesemua bahan untuk inti.
Bahagikan adunan kepada beberapa bentuk bebola kecil. Ratakan bola kecil tersebut. Letakkan isi inti di tengah adunan.
Akhir sekali cantum adunan tersebut hingga rapat. Andainya adunan melekat boleh tambahkan sedikit tepung.
Panaskan kuali dengan minyak masak. Setelah panas letakkan bebola bersama ihti tadi . Menggunakan spatula yang rata tekan bebola tersebut hingga rata. Masak sehingga kedua-dua bahagian kuning keemasan.
Terbalikkan adunan tadi. Biarkan adunan dimasak lebih lama untuk memastikan gula perang cair sepenuhnya. Seeloknya dihidangkan ketika masih panas.
Info Chef: Hidangan ini menjadi sambutan yang amat popular di kalangan pelancong di Korea Selatan terutamanya pada musim sejuk kerana lebih enak dimakan ketika masih panas.
3.TTEOBOKKI (KEK NASI BERSAMA PES CILI)
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek beras:
250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
1 sudu kecil minyak bijan
Secubit garam
Bahan sos:
5 sudu besar minyak masak
1 cawan air
5 ulas bawang putih | dikisr
5 cili api | dikisar
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan cuka masak
1 sudu makan pes cili kering
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati
Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan.
Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan.
Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati.
Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat.
Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan.
Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.
Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri,
Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.
4. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUNCAI)
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1biji telur
½ cawan air
1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati.
Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum.
Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda.
Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali
Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan.
Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea
Info Chef: Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.
5. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN)
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
1 ikat daun bawang dihiris halus
1 sudu makan kicap
1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
6 cawan air
30 gm ikan bilis
10 gm rumpai laut kering
100gm lobak putih
CARA MEMASAK :
Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana.
Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus.
Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi.
Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan.
Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam
6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika.
Jika anda mahukan hidangan minum petang yang ringkas, boleh hidangkan roti bersama pencicah sekaya. Memang sedap dimakan panas-panas. Anak-anak pasti suka rasanya yang manis berlemak itu. Ayuh cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Elyani Khai.
ROTI SEKAYA
BAHAN-BAHAN:
5 helai daun pandan
1 biji telur
1 kotak santan atau 1 tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
Gula
Garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar daun pandan bersama secawan air. Tapis dan ambil airnya sahaja.
2. Bancuh semua bahan bagi sebati.
3. Kemudian, letakkan di atas dapur dan biarkan ia mendidih.
4. Kacau selalu agar tidak berketul.
5. Siap.
INFO TAMBAHAN:
Sedap dimakan bersama roti. Guna roti Gardenia pun boleh. Kukus dahulu sebelum dihidang.
Ayam Bakar Ala Dominos. Sedap juga kalau makan ayam ni sementara masih cuti sekolah ni. Sesuai sangat kalau nak buat hujung minggu ni. Menggunakan bahan ringkas, tak perlu keluar belanja mahal boleh buat di rumah dan makan sampai puas dengan anak-anak. Diperap dengan bahan-bahan yang biasanya ada di rumah, hasilnya penuh perasa dan berjus. Jom cuba resipi Ayam Bakar Ala Dominos seperti yang dikongsikan Kuali Kak Has
AYAM BAKAR ALA DOMINOS
BAHAN-BAHAN:
Drummet ayam 2 ulas bawang putih – tumbuk 2 sudu besar gula – beli online 1 sudu besar garam – beli online 1 sudu besar marjerin – beli online 1 sudu besar serbuk cili 5 sudu besar madu – beli online 5 sudu besar sos cili – beli online 5 sudu besar sos tiram – beli online 3 sudu besar sos masam manis 1 sudu besar lada hitam
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan ayam dan masukkan semua bahan. Satukan dan gaul sebati.
2. Masak di dalam kuali sehingga sos pekat dan ayam separuh masak. Tujuannya supaya ayam lebih berasa.
3. Lapikkan aluminium foil dan susun ayam di atasnya. Tuangkan sos di atasnya.
4. Bakar di dalam oven selama 40 minit pada suhu 180c.
5. Beginilah hasilnya. Nampak begitu menyelerakan. Bolehlah dihidangkan panas-panas.