Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua, Episod Keenam gamat dan kelakar tadi. Didie Alias sama kecoh dengan Datuk Chef Wan, macam-macam cerita dan tip masakan menarik yang disembangkan bersama.

Didie Alias lengkap berkebaya merah jambu menyala, menyerlah berseri pelakun dan pelawak handalan ni.

Resipi yang dikongsikan Didie memang cukup istimewa warisan dari ibunya, Asam Pedas Daging Tetel Mak Kiah dan kuih tradisional olahannya sendiri iaitu Keria Keladi Gula Melaka. Memang terbaiklah.

Untuk pengetahuan Didie memang hebat memasak kerana selalu menolong ibunya yang berniaga makanan. Sebut apa aje boleh aje masak untuk keluarga. Resipi keria ni biasanya guna keledek kan, tapi Didie olah semula gunakan keladi. Sedap weii.

Didie bagi tip masak keria menggunakan keladi disebabkan ia melekit jadi gaulkan tepung sedikit. Asam Pedas Daging Tetal pulak dari warisan ibunya. Maklumlah orang Melaka memang terror bab masakan asam pedas ni.

Nak resipi lauk dan kuih yang dimasak tadi, jom catat resipi yang dikongsikan RASA ini, jangan lupa mencuba ya. Selamat Berbuka.

1. ASAM PEDAS DAGING TETEL MAK KIAH

IKLAN

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging tetel
  • 4 sudu besar pes cili kering
  • 1 sudu makan belacan bakar
  • 5 tangkai daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 liter air rebusan daging
  • Minyak CARA MEMASAK :
    1. Panaskan minyak.
    2. Kisar bawang besar,bawang putih dan belacan bersama air.
    3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar (5-7 minit).
    4. Kemudian masukkan cili kering.
    5. Seterusnya, masukkan daun kantan bersama daun kesum.Masukkan air asam jawa.
    7. Masukkan air rebusan daging.
    8. Masukkan daging tetel yang telah direbus.
    9. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

2. KERIA KELADI GULA MELAKA MUMMY

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 400gm keladi | dikupas dan direbus
  • 150gm tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya Bahan untuk sira:
  • ¾ cawan gula melaka | telah dihiris
  • 1-2 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan air CARA MEMASAK :
    1. Rebuskan keladi sehingga lembut sebelum melenyekkannya.
    2. Campurkan keladi yang telah dilenyek bersama tepung gandum dan secubit garam.
    3. Bentukkan adunan keladi menjadi bulat dan buat lubang ditengahnya seperti donut.
    4. Panaskan minyak.
    5. Masukkan keladi yang telah dibentuk ke dalam minyak yang panas.
    6. Goreng keria keladi sehingga menjadi kuning keemasan.
    7. Angkat dan biarkan sehingga sejuk.

Cara membuat kuah Sira:
1. Panaskan periuk.
2. Masukkan gula Melaka dan air.
3. Kacau sehingga larut.
4. Masukkan gula.
5. Kacau sehingga menjadi pekat.
6. Kemudian gaulkan kuah sira bersama keria keladi yang telah digoreng.

AKSI SEBALIK TABIR :

IKLAN

TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI.

Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.

Rancangan Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Koleksi Resipi Lauk Pauk Kampung Yang Sedap & Mudah Masak.