Padat dan meriah! Itulah yang boleh digambarkan suasana di RASA Layan Curry Fiesta yang berlangsung pada 5 hingga 8 September yang lalu di Parking B, Setia City Convention Centre, Shah Alam. Malah kerjasama pertama kali antara portal majalah RASA dan HAVOC ini juga telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dimana seramai 335,000 pengunjung direkodkan telah berkunjung ke fiesta yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia ini.
Kemeriahan fiesta digegarkan lagi dengan booth JALEN yang menawarkan pelbagai promosi hebat buat para pengunjung. Mana tak meriahnya, hanya dengan serendah RM10, pengunjung berpeluang membawa pulang pelbagai produk istimewa JALEN.
Aneka kicap, sos dan kordial minuman, pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Memang kaw-kaw punya promosi. Dekat kedai pun tak akan dapat harga macam ni.
Ads
Bukan itu sahaja, setiap hari abang-abang dan kakak-kakak di booth JALEN menyediakan belon buat kanak-kanak, aneka minuman sejuk dan juga kentang goreng percuma buat para pengunjung. Cuaca panas, dapat pula minuman sejuk, memang kena serbu.
Ads
Istimewa sempena RASA Layan Curry Fiesta, pihak JALEN juga mengadakan Demo Masakan bersama chef professional yang dibawa khas dari Johor iaitu Chef Razak yang berkongsi resipi istimewa yang dimasak menggunakan produk JALEN.Kari Istana dan Daging Masak Jintan. Sangat sedap dan mudah. Chef hanya menggunakan Kicap Lemak Manis JALEN dan tidak menggunakan sebarang bahan perasa yang lain. Sedang elok rasanya. Tak terlebih masin dan manis. Paling penting kena guna kicap keluaran usahawan bumiputera muslim ini. Yang jarang masuk dapur pun boleh boleh masak macam pro.
Ads
Bayangkan dalam masa tak sampai satu jam, menu-menu enak ini dapat disiapkan. Masak memang jadi lebih mudah dan cepat bila menggunakan produk JALEN.
Lepas chef siap masak, para pengunjung dijamu dengan menu-menu Istimewa ini. Teruja habis! Masing-masing seronok bila dapat merasa air tangan chef profesional sampai ada yang minta tambah! Memang terbaik dan ‘sporting’ betul para pengunjung RASA Layan Curry Fiesta ni. Setelah empat hari menggegarkan Shah Alam, fiesta kali ini melabuhkan tirai dengan penuh memori manis dan kenangan indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat JALEN kerana sudi bekerjasama dan memeriahkan RASA Layan Curry Festival. Semoga berjumpa lagi di edisi yang akan datang.
JALEN Pastinya Pilihan Anda!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sebanyak RM30 bakal diagihkan mulai hari ini kepada 15 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, program e-Tunai Rakyat itu yang dilancarkan dengan dana keseluruhan RM450 juta akan disalurkan melalui tiga pengendali e-dompet terbesar di Malaysia iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go. Menurutnya, RM30 itu boleh dibelanjakan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang terdapat melalui platform pengendali yang terpilih.
Lim Guan Eng – Foto: Bernama
“Program e-Tunai Rakyat ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Oktober 2019.”
GUNA SEBELUM 14 MAC 2020
Menurut Lim Guan Eng lagi, inisiatif e-Tunai Rakyat ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital di kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor runcit. Oleh itu, Kementerian Kewangan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada insentif e-Tunai Rakyat sebelum 14 Mac 2020.
Insentif e-Tunai Rakyat ini adalah komitmen kerajaan bagi memenuhi agenda Kemakmuran Bersama dengan mengurangkan halangan ke arah digitalisasi dan meningkatkan keterangkuman kewangan.
“Bagi memastikan supaya insentif ini akan mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 tersebut perlu dibelanjakan oleh penerima bermula pada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020. Baki yang tidak dibelanjakan akan luput selepas 14 Mac 2020.
“Khazanah Nasional Berhad merupakan pelaksana program e-Tunai Rakyat ini. Ketiga-tiga pengendali e-dompet telah dipilih berdasarkan kepada kemampuan mereka untuk memastikan supaya insentif ini dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan selewat-lewat pada bulan Januari 2020,” katanya.
CARA TEBUS E-TUNAI
Melalui insentif RM30 yang diberikan ini anda boleh membelanjakannya melalui eDompet bagi pembayaran makanan, pengangkutan, penghantaran dan sebagainya. Ia tidak boleh dipindahkan ke akaun pengguna lain atau ditukar kepada tunai.
1. TnG eWallet
Muat turun aplikasi TnG eWallet untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
Kemudian pergi ke bahagian profile > Account Verification dan seterusnya tekan butang Verify Account.
Anda perlu ikuti langkah-langkah pengesahan akaun seperti mengambil gambar kad pengenalan, selfie dan mengisi beberapa maklumat.
Pengesahan ini dibuat untuk mengenal pasti, sama ada pengguna layak menerima atau sudah membuat penebusan di eDompet lain atau belum.
2. Grabpay
Muat turun aplikasi Grab untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
Setelah itu pergi ke bahagian Payment dan aktifkan Grabpay.
Anda akan diminta untuk membuat mengambil gambar kad pengenalan dan beberapa maklumat berkaitan.
Tekan butang Claim It Now pada GrabPay Wallet pada 15 Januari, kemudian ikuti 3 langkah; Sahkan kelayakan, sahkan identiti dan kemudian selfie.
Menurut laman soal jawab Grab, insentif RM30 itu mungkin mengambil masa sehingga 5 hari (dari tarikh penebusan) untuk dimasukkan dalam GrabPay Wallet.
3. Boost
Muat turun aplikasi Boost untuk Android atau iOS dan daftar akaun bagi pengguna kali pertama.
Naik taraf kepada Premium Wallet dan sahkan.
Klik iniasitif e-Tunai Rakyat pada paparan utama aplikasi Boost bermula 15 Januari 2020.
Berita baik buat seluruh rakyat! Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menubuhkan pusat jualan baharu khas bagi penjualan barang-barang basah di 77 lokasi di setiap negeri.
Ia adalah bagi mengawal kesesakan di pasar-pasar basah di waktu pagi. Oleh itu pihak kementerian bersetuju supaya FAMA mengambil peranan ini untuk mewujudkan pusat jualan baru iaitu pusat jualan barangan basah.
FAMA akan mewujudkan Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal di 97 lokasi di seluruh negara dalam waktu terdekat merangkumi 10 Pasar Tani terpilih, 33 Pasar Tani kekal, 17 Pusat Operasi FAMA, 3 MyFarm Outlet, 34 Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan, dan Kompleks Jabatan dan agensi yang bersesuaian.
Hanya barang basah sahaja dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal. Lapan kategori produk dibenarkan dijual di Pusat Jualan Barangan Segar Terkawal adalah:
Sayur sayuran
Buah buahan
Ayam, Ikan dan Daging
Barangan runcit
Barangan Asas Tani
Waktu operasi untuk Pasar Tani Terpilih adalah pukul 8.00 pagi – 12.00 tengahari yang beroperasi 2 kali seminggu. Waktu pusat operasi Pasar Tani Kekal pula bermula pukul 8:00 pagi – 12.00 tengahari dan juga sehingga pukul 4.00 petang setiap hari .
YB Dato Seri Ismail Sabri juga berkata satu SOP yang ketat iaitu penjarakkan sosial akan ditetapkan, gerai-gerai yang berniaga akan dijarakkan supaya tidak timbul kesesakan dan sebagainya. Pintu masuk dan pintu keluar akan dikawal oleh pihak polis dan juga tentera.
Ia sangat penting walaupun kerajaan membenarkan rakyat berbelanja dengan pilihan yang lebih banyak di pasar-pasar basah termasuk pasar tani tetapi SOP yang ditentukan mestilah dipatuhi di pasar-pasar tani.
Malah demi keselesaan juga menggalakkan rakyat untuk membeli secara atas talian, FAMA akan menjual produk-produk mereka secara ‘online’.
Diharap langkah yang diambil ini akan memberi lebih kemudiahan buat rakyat berbelanja barang-barangan segar dalam keadaan lebih terkawal, pilihan yang lebih banyak dan selamat. Doakan Covid-19 di negara ini dapat dihapuskan dengan secepatnya.
Covid-19 yang melanda seluruh dunia masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan dan di negara ini, semua pihak sedang berusaha sedaya upaya untuk membendung wabak ini dari terus merebak. Hasilnya, setiap hari bilangan pesakit yang sembuh semakin meningkat. Setakat hari ini (31 Mac) seramai 537 orang pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Oleh itu demi meminimumkan jangkitan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di seluruh negara. Langkah ini diambil sebagai salah satu cara untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 dari terus menjangkit individu-individu sihat yang lain.
Bahkan kerajaan juga telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi Zon Merah iaitu di Simpang Renggam, Hulu Langat dan Menara City One, Kuala Lumpur dimana lokasi-lokasi telah disahkan mempunyai jumlah jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi.
PKP Tahap 1 telah dijalankan bermula 18 hingga 31 Mac, dan rakyat sesungguhnya mengharapkan ia ditamatkan secepat mungkin. Namun, sikap tidak endah sesetengah pihak yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini menyebabkan PKP Tahap 2 diteruskan bermual 1-14 April.
PKP Tahap 2 ini tentunya lebih ketat namun ianya berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Simpang Renggam dan Hulu Langat.
Semua premis perniagaan yang menjual keperluan harian termasuk Pasar Raya dan Pasar dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Restoran dan Kedai Makan boleh beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Operasi Stesen Minyak diterhadkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Perkhidmatan Penghantaran Makanan (Delivery) juga dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Waktu operasi pengangkutan awam dari 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan dari 5.00 petang hingga 10 malam sahaja.
Kenderaan persendirian hanya dibenarkan antara jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, termasuk perkhidmatan E-Hailing dan Teksi.
Semua kenderaan persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja, iaitu pemandu kecuali waktu kecemasan.
Pengangkutan komersil melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan digalakkan beroperasi dari 7.00 malam sehingga 7.00 pagi.
Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian. Kelonggaran akan diberi kepada golongan Autism dan Kurang Upaya (OKU) untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar, dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.
Diharap seluruh rakyat boleh mematuh PKPD Tahan 2 ini supaya kita dapat membantu para petugas barisan hadapan dalam menghapuskan wabak ini serta mengelakkan gelombang ketiga Covid-19 dari berlaku. Kita mampu mengatasinya jika semua rakyat memberikan kerjasam yang baik dan bersatu hati. Ayuh!
Hero Remaja kembali lagi dalam edisi yang ke-11 dengan kehadiran Scha Alyahya dan Dato’ Rosyam Nor sebagai juri tetap program pencarian “Hero Remaja 2021” dan Shaza Bae (Dewi Remaja 2019) bergandingan dengan Nadhir Nasar (Hero Remaja 2020) sebagai hos sepanjang program ini yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) atau boleh distrim melalui aplikasi Astro Go dan On Demand sebanyak 8 episod setiap hari Sabtu bermula 11 September ini tepat jam 9 Malam.
12 Finalis Hero Remaja 2021 akan di nilai dari segi potensi dan kelebihan setiap finalis sepanjang program ini sebelum dinobatkan sebagai juara di pusingan akhir nanti.
Mulai 22 September, penonton juga boleh menonton keletah dan gelagat sebanyak 8 “webepisode” pengalaman Bersama 12 finalis Hero Remaja 2021 ini menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja sebagai hiburan tambahan.
Kelebihan program pencarian “Hero Remaja 2021” kalini adalah finalis perlu merebut dua gelaran selain gelaran juara Hero Remaja 2021 iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite. Penonton yang mempunyai hero pilihan boleh mengundi dengan menekan butang ‘vote’ pada profil hero pilihan anda melalui laman web www.remaja.my/hero pada setiap hari dan akan terus di buka sehingga finale.
Turut di raikan selaku penaja program pencarian “Hero Remaja 2021”, Nivea Men yang akan mempersiapkan finalis sepanjang program ini ditayangkan.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021 melalui laman web www.remaja/hero, Facebook [Majalah Remaja], dan Instagram [majalahremaja]
Hashtag :
#HeroRemaja
#HeroRemaja2021
#majalahremaja
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!