Pembukaan ini menjadi detik yang bersejarah bagi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dan membuktikan komitmen jenama ini untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat rakyat Malaysia.
Baru sahaja meraikan jubli peraknya pada September 2022, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia melangkah ke hadapan dengan melakar satu lagi detik yang bersejarah dengan pembukaan kafe ke-150 miliknya di Malaysia. Terletak di Sierra Fresco, Puchong, kafe baharu ini membuktikan dedikasi berterusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia untuk menyajikan citarasa sebenar dunia buat seluruh rakyat Malaysia.
Mohamed Amar Shah, Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia pada majlis pembukaan kafe ke-150 jenama tersebut berkongsi, “Sejak pembukaan kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® di Malaysia yang sulung pada tahun 1997, kami telah menjadikan Malaysia sebagai rumah kami. Dengan ini, kami terus menjulang komitmen untuk membawakan pelbagai pengalaman yang istimewa melalui setiap minuman dan makanan yang kami hidangkan.”
Kafe berkeluasan 2,800 kaki persegi ini menampilkan ruang duduk yang luas, termasuk meja komuniti untuk lapan orang, yang secara keseluruhannya dapat memuatkan sebanyak 110 orang pelanggan dan pengunjung. Reka bentuk dalaman kafe yang serba moden dilihat memanfaatkan konsep ruang terbuka,menampilkan gerbang-gerbang yang menawan pada seni binanya.
Motif California Selatan memberi penghormatan kepada asal usul jenama ini, sambil menyempurnakan kafe tersebut dengan pencahayaan gaya matahari terbit,menzahirkan ambien yang nyaman dan mesra.
Ads
Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi memberitahu, “Memetik ilham daripada pelbagai juadah dari seluruh dunia, kami sebagai sebuah jenama mempunyai cita yang tinggi terhadap inovasi. Kami terokai dan berusaha untuk mencipta resipi yang dapat menggamit selera rakyat Malaysia, sambil berpegang kepada asal usul yang mendefinisikan suatu juadah. Kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan ini untuk menyajikan citarasa dunia yang sebenar kepada mereka.Penawaran yang terkini oleh The Coffee Bean & Tea Leaf®Malaysia adalah musim Ramadan dan Raya, mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk Explore the Heart of Raya.
Diilhamkan oleh perisa-perisa yang biasa dan juga yang luar biasa, minuman yang disediakan terdiri daripada Vanilla Cardamom ColdBrew Coffee dan Cardamom Oat Milk Macchiato. Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, sentuhan rempah ini menambah kekayaan rasa minuman tersebut. Juga dibawakan untuk memuaskan dahaga para pelanggan ialah Mangoes & Cream Ice,Blended® dan Mangoes & Cream Cold Brew Tea.
Sementara itu, menu musim Ramadan dan Raya menampilkan kek The Straits dan Pine-lemon Sugee, di samping aneka pencuci mulut seperti kek Midnight Chocolate, Mangoes & Cheese Tart dan Cinnamon Raisin Swirl.
Bukan itu sahaja, pelbagai juadah berunsur Timur Tengah juga sedia untuk diterokai, dengan hidangan Fattoush Salad, Hummus with Tortilla Chips, Chicken Shawarma dan Baklava Delight.
Berita baik juga dibawakan untuk para peminat Meerqeen kerana The Coffee Bean & TeaLeaf® Malaysia baru sahaja melancarkan peraduan media sosial yang akan berlangsung dari 15 April hingga 5 Mei, di mana para peserta diberi peluang untuk memenangi sesi meet & greet eksklusif bersama dengan pelakon tersebut.
Kafe Sierra Fresco The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mula beroperasi dari 15 April 2023. Masa operasinya adalah dari jam 7 pagi hingga 12 malam setiap Isnin hingga Ahad.
Sime Darby Property’s Sime Darby Convention Centre (“SDCC”) menyambut bulan Ramadan dengan D’Anjung Buffet, yang berlangsung dari 4 hingga 27 Mac 2025. Menampilkan pelbagai hidangan kegemaran Malaysia dan hidangan antarabangsa, bufet ini ditawarkan pada harga RM145 nett bagi dewasa dan RM75 nett bagi kanak-kanak. Menggabungkan rasa Malaysia dengan pilihan masakan global yang dipilih dengan teliti, bufet ini adalah pilihan ideal untuk keluarga, perjumpaan korporat dan sahabat handai yang ingin menikmati hidangan berbuka puasa yang enak dan menyelerakan.
Hidangan menyelerakan
Antara hidangan menarik tahun ini termasuk Stesen Makanan Laut Sizzling, di mana tetamu boleh memilih udang, kerang dan ketam segar yang dipanggang mengikut pesanan. Hidangan istimewa lain termasuk Kambing Bakar, Lidah Bakar, Briyani Kambing, Ayam Masak Sapit, Daging Masak Dendeng dan Pucuk Paku Masak Lemak Petai dihidangkan bersama pelbagai salad tempatan dan jeruk.
SDCC turut menyediakan tempat letak kereta percuma yang luas dan bilik solat khusus untuk para tetamu. Selain itu, terdapat juga dewan besar dengan pentas, projektor dan sistem PA yang tersedia untuk majlis yang lebih besar dengan 200 tetamu atau lebih, dengan pakej bermula dari RM145 nett seorang.
Sementara itu, Dapur KLGCC, yang sebelum ini diadakan di SDCC, kini boleh dinikmati di Kuala Lumpur Golf & Country Club (“KLGCC”), dengan harga bufet RM250 nett untuk walk-in, RM180 nett untuk ahli dan RM75 nett untuk kanak-kanak.
Dengan pelbagai pilihan masakan dan layanan mesra, D’Anjung Buffet di SDCC adalah lokasi sempurna untuk menyambut bulan suci ini bersama yang tersayang.
Merujuk FB Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat hari ini seramai 790 kes (setakat jam 5 petang) Covid-19 dilaporkan di Malaysia dengan dua kes kematian dicatatkan semalam. Situasi yang membimbangkan ini semestinya sangat serius malah pihak kerajaan telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan terhadap seluruh penduduk di negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa bermula hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid-19.
Namun disebalik usaha kerajaan dan juga barisan petugas kesihatan dalam membendung wabak ini, ada segelintir di kalangan rakyat yang ingkar dan tidak mematuhi langkah pencegahan yang telah ditetapkan. Ada yang masih berkumpul di tempat-tempat awam, pulang ke kampung halaman, menjamu selera di tempat terbuka dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan ini
“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau menggesa agar masyarakat membantu Kementerian Kesihatan dengan memainkan peranan masing-masing ke arah memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
“(Ini) kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Menegaskan bahawa kegagalan bukan pilihan dalam soal menangani Covid-19, Dr Noor Hisham turut memperkatakan tentang bahaya yang mungkin muncul jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa.
“Kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya.
Beliau mengakhiri hantaran itu dengan pesanan berikut kepada orang ramai, “Duduk di rumah dan jangan keluar.”
Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara untuk mencegah penularan baharu wabak Covid-19 yang dibimbangkan akan menjangkiti lebih ramai orang.
Malaysia mencatat dua kematian pertama akibat Covid-19 semalam.
Penjelasan lanjut bagi orang ramai tentang beberapa isu berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tiada apa yang lebih didambakan oleh seorang isteri selain dari melihat suami tercinta ada di depan mata. Berpisah berlainan negara, beribu batu jauhnya dek kerana tuntutan kerja, bukan suatu yang mudah untuk dihadapi.
Titip harian pasti disulami doa lebih-lebih lagi dikala dunia sedang galak diserang wabak Covid-19. Rasa gundah pasti ada…Itulah yang dirasai oleh Puan Yati Rahman, suri hati kepada chef selebriti Malaysia yang tidak asing lagi, Chef Dr Kamarul.
Setelah dua bulan berjauhan dengan suami yang berada di Malaysia kerana tugasan (keadaan ketika itu masih baik dan PKP belum dilaksanakan), perkhabaran indah dimana Chef Kamarul bakal pulang ke pangkuan keluarga di Gold Coust Australia semalam tentunya sangat mengembirakan.
Namun apakan daya, kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan segalanya. Ini kerana setibanya di Lapangan Terbang Melbourne, Chef Kamarul dan semua penumpang yang baru tiba bersamanya terpaksa dikuarantin selama 14 hari.
Sehingga kisah ini ditulis, Alhamdulillah Chef Kamarul telah selamat berada di satu lokasi di bandar Melbourne yang mana beliau akan menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu.
Malah pagi tadi, Chef Kamarul sempat bercerita serba sedikit mengenai keadaan beliau yang sedang dikuarantin. Tidak boleh keluar langsung, makanan disediakan dan dihantar, siap ada pengawal yang berjaga selama 24 jam. Memang ketat.
“Saya balik nanti masakkan Nasi Daging ya”, ini antara permintaan Chef Kamarul pada isterinya bila pulang ke Australia. Walaupun beliau seorang chef hebat dan terkenal, air tangan insan yang dicintai ini tentunya yang paling dirindui.
Bagi Puan Yati, beliau berasa redha dan bersyukur. Walaupun perlu menunggu sedikit masa lagi untuk berjumpa cinta hati, namun sekurangnya chef telah berada di Australia.
Namun sedikit menyedihkan bila beliau sudah pun bersiap-siap untuk memasak menu permintaan suami.
Dah plan nak masak nasi daging sejak tahu awak booking ticket balik. Malam tadi dengan penuh pengharapan dah kluarkan daging nak masak awal so that akan bertolak ke Airport Brisbane pukul 1 sambut awak kat sana jangkanya arrival 2.30. Tapi apakan daya awak dah kena kuarantin kat Melbourne. Kita jumpa awal puasa ya sayang.
Diharap Chef Kamarul, Puan Yati dan keluarga tabah menghadapi situasi ini. Semoga dua minggu ini memberikan lebih rahmat, kebahagiaan serta ganjaran buat semua. Stay safe & semoag wabak Covid-19 ini dapat diatasi sepenuhnya dengan cepat.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...