Aroma biskut Coklat Chip Famous Amos yang dihidu dari kedai dan kiosknya bagaikan tarikan magnet menjadikan kita teringin sangat memakannya. Kecur air liur dibuatnya. Nak beli agak mahal juga dan kuantiti pun tak banyak mana.

Nak makan puas ni dia resipi biskut Choc Chip ala Famous Amos dari Nazurah Hasan yang gerenti sedap dan puas hati. Anak-anak mesti sukalah.

BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

Biskut Choc Chip Ala Famous Amos, Ni Versi Sedap …
BAHAN-BAHAN :

Bahan A:

  • 250 gram marjerin (Nazurah guna Farmcow)
  • 1 1/4 cawan gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur

* Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja
* Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

Tambahkan Bahan B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

*Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

IKLAN

Biskut Choc Chip Ala Famous Amos, Ni Versi Sedap …
.

CARA MEMASAK

1.Sejukkan adunan. Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

2. Sedia Dibakar. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

IKLAN

3. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

4. Masukkan dalam oven

5. Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!

IKLAN

Biskut Choc Chip Ala Famous Amos, Ni Versi Sedap …
.

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.

Bila dah masak, beginilah hasilnya… Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.

Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!

Kredit : nazurah hasan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI