Andai pernah ke Indonesia, anda pernah cuba makan Tempe Mendoan? Sedap kan rasanya? Menu yang berasal dari negara seberang ini sangat enak dan sesuai dinikmati sebagai kudapan di waktu minum petang. Lepas sekeping-sekeping dikunyah. Memang ralit makan. Anda tak pernah cuba tapi berminat nak rasa? Ha…. Saudari Siti Zanariah Khalit ada kongsikan resipinya. Mudah je. Pasti menjadi kegemaran ramai selepas ni. Enak dinikmati bersama Sambal Kicap. Jom cuba! Pasti tak menyesal.
Memang sedap! Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk kudapan, sarapan atau minum petang, boleh cuba resipi Tauhu Goreng Crispy perkongsian saudari Mastura Razali ni. Sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Ia sangat enak dinikmati bersama Sambal Kicap. Padu…. Sekali cuba pasti tidak menyesal. Jom lihat cara-cara penyediaannya.
RESIPI TAUHU GORENG CRISPY SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 4 keping tauhu basah – potong 4 5 sudu makan tepung gandum – beli online disini 1 sudu makan tepung beras – beli online disini Secubit garam 1/2 sudu teh baking powder – beli online disini 1 cawan air 1 kiub pati ayam + 1/3 cawan air panas (air panas ini bertujuan untuk hancurkan kiub ayam) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Bancuh semua bahan kecuali tauhu. Adun sebati semua adunan.
2. Bila adunan sudah agak-agak sebati, barulah masukkan tauhu yang telah dipotong.
3. Gaul-gaul tauhu dalam bancuhan kemudian tapis atau sejat tauhu tersebut. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu tadi.
4. Air bancuhan tepung tadi jangan dibuang. 5. Goreng tauhu agak-agak sudah garing. Tuang air tepung tadi dalam kuali sambil kacau-kacau tauhu. Ia bertujuan nak bagi tepung melekat pada tauhu.
6. Kemudian tuang lagi air tepung sambil kacau tauhu. (empunya resipi tuang air tepung dalam kuali sebanyak 2 kali)
7. Biarkan tauhu garing dan angkat. Sejatkan minyak pada tauhu dan sementara itu bolehlah buat Sambal Kicap.
Salah satu kudap-kudapan tradisional yang sedap adalah rempeyek. Harga rempeyek sekarang ini pun boleh tahan. Sebab hendak membuatnya menuntut kesabaran tinggi. Perlu digoreng satu demi satu.
Jom lihat resipi yang RASA kongsikan ini daripada seorang ahli group facebook Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali.
REMPEYEK RANGUP
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1/2 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji telur ayam
1 sudu besar air kapur
330 ml santan cair
500 gram minyak masak
Ikan bilis
Kacang tanah
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, masukkan bawang putih, buah keras, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumbuk lumat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, garam, telur ayam, air kapur dan santan. Gaul sebati.
3. Masukkan lagi santan. Kacau lagi. Ketepikan.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
5. Panaskan sekali acuan bulat rempeyek selama 5 minit.
6. Keluarkan acuan. Letakkan bancuhan rempeyek ke atas acuan. Letakkan juga kacang tanah dan ikan bilis ke atasnya.
7. Masukkan acuan ke dalam minyak masak yang panas.
8. Goreng sehingga rempeyek timbul dan keperangan.
9. Ulang sehingga siap semua adunan. Siap!
Untuk lebih jelas, boleh tonton video di link ini.
Dalam episod ke-9 Rasa Nostalgia Ramadan hari ini menyaksikan gelagat Ifa Raziah dan anaknya, Syakir Aqili serta Azlee Senario sebagai jemputan. Memang meriah suasana dapur dengan aksi Ifa Raziah dan Azlee. Ifa Raziah dibantu oleh Azlee dan Syakir Aqili untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.
Asam Laksa yang dimasak oleh Ifa Raziah sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila sekali dah rasa, boleh termimpi-mimpi dibuatnya. Tak boleh buat hari-hari, nanti orang curi resipi katanya dalam nada bergurau.
Pek Nga pula merupakan kegemaran Syakir Aqili. Nak buat Pek Nga ni sangatlah mudah. Bahan yang digunakan juga ringkas je. Tapi anda tahu ke maksud Pek Nga? Haaa Pek Nga merupakan singkatan bagi ‘tempek-tempek atas belanga’.
Jadi, bolehlah cuba kedua-dua resipi ini untuk berbuka puasa. Selamat mencuba!
ASAM LAKSA
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan sardin | direbus, dibuang tulang dan dikisar
2 tin sardin (besar)
4 ulas bawang putih | dikisar
8 biji bawang merah |dikisar
½ inci halia | dikisar
½ inci lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
Cili kering | dikisar
4 batang cili besar
Seikat daun kesum
2 batang bunga kantan
2 inci belacan
10 keping asam keping
3 sudu makan asam jawa
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Petis otak udang
BAHAN HIASAN:
Mi laksa (Laksa Basah)
Timun
Bawang besar
Nanas
Salad
Lobak asin
Bunga kantan
Daun pudina
Cili padi
Telur rebus
CARA MEMASAK:
Rebus ikan sardin di dalam periuk. Bila ikan sudah masak, buang tulang ikan dan kisar.
Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan cili kering.
Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan segelas air. Kacau sebati hingga mendidih.
Kemudian, masukkan ikan sardin yang telah dikisar tadi. Kacau hingga mendidih.
Masukkan asam keping, air asam jawa, bunga kantan, daun kesum dan cili besar. Masak hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
Tambahkan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa anda.
Masukkan ikan sardin dalam tin ke dalam periuk. Kacau lagi hingga ikan masak.
Siap dan sedia untuk dimakan. Jangan lupa celur dahulu laksa sebelum makan.
PEK NGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 ½ biji kelapa parut | bahagian putih sahaja
½ sudu teh garam
3 sudu teh gula
Marjerin
1 ¼ cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati mengikut kepekatan adunan yang dikehendaki.
Kemudian, masukkan garam dan gula.
Panaskan kuali. Sapukan marjerin pada kuali dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuk terpulang pada kreativiti masing-masing.
Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.
Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...